WeMediaa Review: Adik Kepada IshareFans

22/11/2020

Akhir-akhir ini, banyak aplikasi atau platform yang menawarkan pendapatan mudah dengan hany like,share, follow, view akaun media sosial. antaranya adalah LikeShare, Isharefans, Ezjob99 dan WeMediaa.

Sebelum ini kami telah membuat review dan menilai risiko bagi platform Likeshare, dan IshareFans. Kali ini kami akan cuba menyelidik tentang platform baru WeMediaa. Kami penuhi permintaan pelawat kami juga untuk review Wemediaa ni.

Wemediaa menggunakan platform atau domain www.wemediaa.com sebagai platform untuk para ahli untuk melakukan tugas dan operasi mereka. domain mereka ini masih baharu dan telah didaftarkan pada 10 November 2020.

Pada permulaan, wemediaa mengalakkan ahlinya untuk menambah downline dengan memberikan insentif yang lumayan kepada ahli yang berjaya mencapai sasaran jumlah downline. 

Harga task di Wemediaa agak tinggi sikit iatu RM1.20 bagi pakej Intern Media partner atau dalam isharefans pakej ordinary (pakej free). Harga tawaran yang tidak masuk akal jika dibandingkan dengan harga tawaran bayaran diterima daripada influencer atau pemilik akaun media sosial yang ingin gunakan service boost follower( kalau wujudlah service ini di Wemediaa)

Siapakah Pemilik Wemediaa

Siapakah empunya wemediaa ini? berdasarkan kepada laman mereka, ia dimiliki oleh INS DIGITAL MARKETING SDN BHD yang telah ditubuhkan pada 26 September 2018 dengan pendaftaran perniagaan 1296791-A.

Syarikat ini telah ditubuhkan pada 26 September 2020, yang menjalan perniagaan "OTHER INFORMATION TECHNOLOGY SERVICE ACTIVITIES N.E.C. ". Syarikat ini beralamat di SUITE 5-3-4, HUNZA COMPLEX,, JALAN GANGSA,, 11600 JELUTONG, PULAU PINANG, MALAYSIA dan alamat perniagaan adalah di 1-21-1, SUNTECH @ PENANG CYBERCITY,, LINTANG MAYANG PASIR 3,, 11950 BAYAN BARU, PULAU PINANG, MALAYSIA. 

 Pemilik atau Pengarah syarikat ini adalah Koay Shen Ni, yang kini berumur 32 Tahun, berasal dari Arau, Perlis. Apa yang agak mengejutkan bahawa syarikat ini hanya bermodalkan RM1 atau dipanggil syarikat RM1. kebiasaan syarikat RM1 atau RM2 ini adalah shelf company.

Shelf Company dan Shell company adalah kedua-dua jenis syarikat yang tidak aktif sejak pendaftaran. Kedua-duanya dikenali sebagai syarikat yang digunakan syarikat besar untuk pengurangan cukai dan kadang-kadang, aktiviti haram. 

Namun apa yang menjadi pertanyaan adalah mengapa akaun untuk tujuan recharge adalah berbeza daripada nama yang didakwa pemilik wemediaa ini?

Ini Sebab Wemedia adik kepada Isharefans.

1. Template Platform yang hampir sama

Jika anda pernah menggunakan Isharefans, anda akan perasan bahawa template yang digunakan adalah hampir sama.

2. Pembayaran secara dalam talian adalah menggunakan payment gateway  yang sama

pembayaran secara dalam talian isharefans dan wemediaa diperkenalkan pada masa yang hampir sama. Kedua-dua platform ini menggunakan payment gateway gzshop318.com. Penyedia payment gateway yang sangat meragukan. Kami telah cover berkaitan ini di review Isharefans. Kami sarankan anda tidak menggunakan pembayaran secara dalam talian kerana besar risiko login akaun bank anda akan terdedah. HIGH ALERT!!!

3. Pembayaran kepada Ahli juga akan menggunakan pelbagai akaun yang berbeza.

Platform ini masih lagi baharu, dan mungkin testimoni pembayaran masih sedikit. Tapi sudah dijangka, jika syarikat pengemudi platform ini cuba untuk berselindung dengan membuat pembayaran dengan akaun berbeza. Ada yang tidak ambil perhatian dengan hal ini, kerana yang penting duit masuk? betul tak? 

Risiko atau Ciri Wemediaa yang anda perlu perhatian.

Jika dilihat, wemediaa ini sama sahaja dengan platform lain seperti isharefans, likeshare, ezjobs99. so tak perlulah diulang semula di sini ya. Ringkasnya sini, ia adalah ciri-ciri berikut:

1. skim ponzi

2. skim piramid

3. platform tidak secure

4. tiada terma dan syarat yang jelas

Nak lebih detail boleh baca lanjut di sini : Adakah iShareFans Legit atau Scam? Hanya Like dan share boleh dapat duit

Likeshare, Isharefans dan EZjob999: Ciri dan Persamaan Meragukan Yang Anda Perlu Tahu

LikeShare Malaysia Review : Adakah Benar atau Hanya Scam? Perkara Penting yang anda perlu tahu sebelum Join

Persamaan Likeshare Indonesia (Kini Tutup) dan Likeshare Malaysia yang anda perlu tahu

Kesimpulan

Bagi anda yang masih ragu-ragu dan belum join, belum terlambat untuk anda. jika anda masih mahu mencuba, anda boleh buat akaun palsu dengan menggunakan nombor telefon yang lain, anda boleh buat task yang free sahaja jika rasa ingin tahu dan mencuba tidak tertahan. Risiko Keselamatan data anda jangan diabaikan.

Saranan kami adalah fahami risiko, dan janganlah upgrade dan mencari downline. Ini kerana skim seperti ini mempunyai peluang yang akan runtuh bila-bila masa dan seterusnya anda akan menganiaya rakan-rakan anda. Malah jika anda selidiki lebih lanjut, keuntungan yang anda miliki sebenarnya adalah milik ahli yang membeli pakej tersebut. begitulah money game dan ponzi beroperasi. 

Ikutlah nasihat orang yang lebih berilmu daripada kita. 

Status pihak syarikat penganjur juga kelihatan meragukan serta tidak didedahkan kepada awam di web mereka. khususnya tiada info jelas syarikat dan identiti tim pengurusan mereka. Justeru, pandangan peribadi saya, jauhi skim seperti ini dan ia penuh dengan syubhah. Sumber - Dr Zaharuddin Abd Rahman

Latest posts in our blog

Read what's new this week
 

Selepas pandemik Covid-19 yang melanda seluruh dunia, dimana percutian terpaksa ditangguhkan, kini mulai pulih. Sempadan negara mulai dibuka dan pelancongan mulai rancak semula. Walaupun pandemik ini telah berakhir, namun langkah-langkah pencegahan penyebaran virus ini tidak patut diendahkan.

Trustpilot