Wajarkah operasi kedai gunting rambut dibenarkan semasa perintah kawalan pergerakan (PKP fasa 3)

12/04/2020

Pada 10 April 2020, Perdana Menteri Malaysia, Tan Sri Muhyiddin Yassin, dalam perutusan khas Covid-19 telah memaklumkan perlanjutan Tempoh Perintah Kawalan Pergerakan dari 14 April sehingga 28 April 2020. Ia adalah satu keputusan yang tepat memandangkan wabak Covid-19 di negara masih lagi belum reda.

Selain itu, Beliau juga telah mengumumkan akan membuat penambahan beberapa sektor tambahan iatu tujuk sektor yang boleh beroperasi semasa PKP fasa 3 ini.  Anda boleh rujuk di sini : Terkini : Senarai  Sektor Tambahan yang dibenarkan untuk beroperasi PKP fasa 3

Salah satunya adalah kedai gunting rambut. Agensi yang membuat perbincangan dan mengawal selia industri ini adalah daripada agensi MITI iatu Ministry of International Trade and Industry.

Selepas pengumuman ini, penerimaan rakyat adalah agak kurang memberangsangkan dan merasakan ia bukanlah satu keputusan dan tindakan yang tepat semasa PKP ini. Ia dilihat agak bertentangan dengan tujuan PKP iatu social distancing. Netizen melihat risiko penyebaran virus Covid-19 ini lebih besar pemberatnya berbanding dengan kepentingan kekemasan rambut.

antara reaksi netizen yang kita boleh lihat di laman sosial adalah : 

Malah para pengusaha kedai gunting rambut juga turut tidak bersetuju dan bimbang dengan keselamatan mereka dengan risiko jangkitan virus ini. Walaupun langkah-langkah awal pengesanan seperti pemeriksaan suhu badan dilakukan sebelum memasuki premis (salah satu SOP) namun terdapat pesakit covid-19 yang tidak menunjukkan apa-apa simptom dan akan menyukarkan langkah pencegahan penyebaran dilakukan. Rata-rata netizen bersetuju dan memuji tindakan pengusaha kedai gunting rambut untuk tidak membuka operasi mereka semasa PKP fasa 3 ini.

Persatuan pendandan rambut tidak bersetuju dengan langkah kerajaan membenarkan kedai gunting dan salon rambut memulakan semula perkhidmatan mereka dalam tempoh pelaksanaan perintah kawalan pergerakan (PKP).

Pengerusi Persatuan Pendandan Rambut India Selangor dan Wilayah Persekutuan Ganathiban Murugan memberitahu FMT, beliau tidak pasti kenapa kerajaan membenarkan orang ramai menggunting rambut di kedai gunting. dipetik daripada FreeMalaysiaToday

Para Netizen turut mengongsikan berita Kematian tukang gunting rambut dari Amerika syarikat disebabkan virus covid-19 disebabkan operasi kedai mereka diteruskan semasa wabak covid-19 masih melanda negara mereka. 

Setakat ini, tiga negeri iatu Pulau Pinang, Sarawak dan Negeri Sembilan telah mengambil keputusan untuk tidak membenarkan atau menangguhkan operasi kedai gunting rambut dan menunggu SOP dan saranan daripada pihak KKM.

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah pun menyarankan kerajaan menangguhkan sementara operasi kedai gunting rambut yang dibenarkan semasa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) Fasa Tiga.  

Namun begitu, seorang penyokong Azmin Ali tampil mempertahankan keputusan menteri kanan tersebut untuk membenarkan perkhidmatan gunting rambut dibuka sewaktu Perintah Kawalan Pergerakan.

Penyokong tersebut Afif Bahardin yang juga seorang doktor perubatan antara lain mendakwa, perkhidmatan itu antara lain perlu dibuka untuk membolehkan orang ramai mengawal darah tinggi. Dakwaan beliau adalah berasaskan kepada satu kajian perubatan yang dilaksanakan oleh The New England Journal of Medicine menjelaskan bahawa perkhidmatan ini mampu mengurangkan tekanan darah tinggi; antara salah satu tekanan yang dihadapi rakyat Malaysia ketika ini," katanya. Beliau menambah lagi bahawa langkah itu untuk membantu pengusaha gunting rambut yang terjejas dengan PKP kerana perusahaan itu juga dibenarkan dibuka kerana menggunakan jumlah tenaga yang sedikit. (sumber : MalaysianInsight

Walau bagaimana pun, Saranan tersebut bagaimanapun tidak meyakinkan ramai pengguna media sosial yang mempersoalkan kemampuan kerajaan untuk mengelak penularan Covid-19 di kedai gunting rambut.

Sektor tambahan yang dibenarkan beroperasi akan bermula pada hari Isnin, 13 April 2020 dan perlu memohon dengan agensi MITI bagi mendapatkan permit beroperasi dan mengikut SOP yang telah ditetapkan. 

Akhir sekali, ini bergantung kepada keputusan anda sendiri. Anda perlu membuat keputusan sama ada keperluan kekemasan rambut adalah lebih penting atau anda berdepan dengan risiko jangkitan penyebaran Covid-19. Anda mungkin membandingkan dengan keluar membeli barang keperluan, kerana turut mendatangkan risiko yang sama. tetapi adakah Keperluan asas seperti makanan adalah keperluan untuk terus hidup, tetapi rambut? Anda juga harus memikirkan situasi bahawa SOP social distancing adalah 1 meter. Adakah semasa menggunting rambut, SOP ini dapat dilakukan? Fikir-fikirkanlah.


Latest posts in our blog

Read what's new this week
 

Tahukah anda? terdapat bantuan lain lagi yang ditawarkan oleh kerajaan Selain daripada Bantuan Prihatin Nasional (BPN)?. Ya betul, terdapat bantuan lain dari pihak kerajaan tapi kali ini bantuan adalah melalui agensi kerajaan lain iatu NADMA atau nama penuhnya adalah AGENSI PENGURUSAN BENCANA NEGARA.


TIPS DAN PANDUAN PERCUTIAN

Negeri Sabah adalah salah satu negeri dalam negara Malaysia yang paling bertuah. Ini kerana Sabah mempunyai pelbagai tempat menarik yang anda boleh lawat. Pada perkongsian kali ini, kami ingin memperkenalkan daerah Kudat, Sabah. Kudat pun mempunyai banyak tempat menarik yang anda boleh lawat dan menikmati pengalaman percutian yang berbeza.

Anda pasti pernah mendengar gunung kinabalu, bukan? gunung kinabalu adalah gunung yang tertinggi di asia tenggara dan terletak di negeri Sabah, Malaysia. Gunung kinabalu menjadi destinasi utama para peminat Hiking sama ada dari dalam negara mahupun luar negara. Gunung kinabalu adalah menjadi kebanggaan sabahan dan mempunyai cerita lagenda...

Gunung Kinabalu sememangnya merupakan tarikan utama negeri Sabah, dan terkenal di seluruh dunia. Anda pernah naik gunung kinabalu tak? jika belum, anda harus senaraikan gunung kinabalu dalam bucket list anda. pada perkongsian pada kali ini, kami ceritakan kisah seorang budak umur 3 tahun berjaya ke puncak gunung kinabalu. Jom ikuti kisahnya.


MASIH MENCARI INFO ? GUNAKAN RUANGAN SEARCH DI BAWAH. ANDA MUNGKIN TERKEJUT DENGAN PENEMUAN ANDA!