Peter Anthony-Unduk Ngadau dan Sugandoi Kaamatan 2020 akan Diteruskan, Wajar Atau Tidak?

25/05/2020

Setiap tahun, Pesta Kaamatan diraikan pada setiap bulan Mei, khususnya di Negeri Sabah. Perayaan ini disambut dengan meriah setiap tahun kerana ia adalah pesta kebudayaan salah satu etnik di Sabah iatu KadazanDusun. Perayaan ini turut diraikan oleh semua rakyat Malaysia tanpa mengira agama dan bangsa.

Salah satu acara popular dalam perayaan Kaamatan adalah Pertandingan Unduk Ngadau. Pertandingan Unduk Ngadau adalah mirip kepada Pertandingan ratu cantik, tetapi penilaian peserta dan acara pertandingan mungkin sedikit berbeza.

Pada tahun 2020, sambutan Pesta Kaamatan mungkin agak berbeza dan tidak semeriah seperti tahun-tahun sebelum disebabkan wabak Covid-19. Perintah kawalan Pergerakan (PKP) telah dikuatkuasakan bagi menangani penyebaran virus berbahaya ini. 

Menurut berita Tempatan pada hari ini, Menteri Pembangunan Infrastruktur Datuk Peter Anthony berkata pertandingan Unduk Ngadau dan Sugandoi bagi tahun 2020 akan tetap diteruskan tetapi dengan sedikit perbezaan dengan mengambil kira SOP pengawalan penularan wabak Covid-19.

Antara kelainan yang ditetapkan adalah:

  • Pertandingan terbuka kepada seluruh warga sabah termasuk yang berada di semenanjung
  • Cara penyertaan dengan menghantar video rakaman ke Facebook Unduk Ngadau 2020 dan facebook Sugandoi Artist Management (SAM)
  • Pemilihan tujuh peserta akhir akan ditentukan melalui undian Online.
  • Penyertaan akan dibuka 25 mei dan ditutup pada 29 Mei 2020.
  • Pertandingan akhir akan dilakukan di bangunan Hongkod Koisaan, KDCA Penampang.

Hadiah bagi johan untuk Unduk Ngadau adalah ialah wang tunai RM18,000 manakala RM13,000 untuk naib johan, RM10,000 bagi pemenang tempat ketiga, RM7,000 (keempat), RM5,000 (kelima), RM4,000 (keenam) dan RM3,000 (ketujuh). Sementara itu tempat kelapan hingga ke-20 masing-masing akan mendapat RM2,000 dan RM1,500 setiap seorang bagi yang menduduki tempat ke-21 sehingga 65

Jumlah keseluruhan hadiah wang tunai bagi Sugandoi 2020 pula ialah RM44,500 iaitu RM6,000 bagi johan, RM4,000 (naib johan), RM3,000 (ketiga).Bagi peserta tempat keempat hingga ketujuh masing-masing akan menerima RM1,000 manakala RM500 setiap seorang bagi tempat kelapan hingga ke-65. 

Pertandingan ini memperuntukkan hadiah sebanyak RM150,000.

Pertandingan Unduk Ngadau dan Sugandoi 2020, Wajar atau Tidak?

Melihat kepada respon warga sabahan di media sosial, rata-rata tidak bersetuju agar pertandingan Unduk Ngadau dan Sugandoi diteruskan. Mengikut Datuk Peter Anthony, Pertandingan ini diteruskan demi menyemarakkan semangat Kaamatan di Sabah. 

Mereka(warga sabahan) melihat keutamaan pada masa sekarang adalah kebajikan rakyat Sabah yang dilihat terkesan dengan wabak Covid-19. Mereka berpendapat bahawa Hadiah berkenaan patut dijadikan sebagai bantuan kepada rakyat yang memerlukan.

Mereka juga melihat penganjuran agak terburu-buru dan agak lewat.

Tambahan terkini, satu petisyen atau pungutan suara telah dibuat bagi menolak penganjuran pertandingan ini di change.org dan sudah mencapai 1,850 orang. Jika anda turut sama tidak menyokong penganjuran ini, anda boleh turut serta dalam petisyen ini di sini :

NO UNDUK NGADAU KAAMATAN 2020 #noUNon9 #sunduankaamatan2020

Namun ada juga segelintir warga Sabah yang bersetuju dengan penganjuran ini dengan hujah bahawa tradisi harus diteruskan dengan tidak menjadikan Covid-19 sebagai satu alasan. 

Anda pula bagaimana? Adakah anda bersetuju dengan penganjuran Unduk Ngadau dan Sugandoi bagi tahun 2020? Kongsikan pendapat anda dengan kami.



CERITA TRAVEL SABAH

TIPS DAN PANDUAN BERGUNA


Trustpilot