Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP): 8 Perkara Penting Yang Anda Perlu Tahu

08/06/2020

Rakyat tertunggu-tunggu pengumuman perdana Menteri semasa perutusan khas beliau pada 5 Jun 2020 tetapi hampa kerana PM tidak menyentuh perkara berkaitan PKPB ini. Rakyat tertanya-tanya adakah PKPB ini dilanjutkan atau tidak. 

Kami menulis sedikit pandangan kami berkenaan dengan PKPB ini iatu :PKPB : Akan Disambung atau Tidak? . Jangkaan kami agak tepat iatu pengumuman berkenaan dengan PKPB ini akan dibuat sebelum 9 Jun 2020. 

Akhirnya pada 7 Jun 2020, Perdana Menteri telah membuat pengumuman berkaitan dengan PKPB ini. Anda boleh merujuk teks ucapan beliau bertajuk : PELAKSANAAN PERINTAH KAWALAN PERGERAKAN PEMULIHAN (PKPP).

Dalam ucapan Perdana Menteri berkenaan, beliau mengumumkan bahawa PKPB akan berakhir pada 9 Jun dan selepas itu akan digantikan dengan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) yang akan bermula pada 10 Jun hingga 31 Ogos 2020.

Dalam artikel ini, anda akan mengetahui 8 perkara penting iatu kelonggaran yang diberikan sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP)

8 Perkara Penting Anda Perlu Tahu Semasa PKPP

Terdapat banyak kelonggaran yang diberikan dalam tempoh PKPP ini. Antaranya adalah;

  • Mulai 10 Jun 2020, perjalanan rentas negeri akan dibenarkan kecuali di kawasan yang diisytiharkan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan atau PKPD.
  • Perkhidmatan gunting rambut dan salun akan dibenarkan. Pasar terbuka, pasar pagi, pasar malam, pasar tamu, 3 bazaria, medan selera, pusat penjaja, food truck dan gerai makan juga akan dibenarkan.
  • Aktiviti komersial yang melibatkan urus niaga jualan dan pemasaran bukan dalam premis perniagaan juga dibenarkan seperti h lawatan ke muzium, indoor busking, dobi layan diri, aktiviti perikanan rekreasi termasuk kolam pancing komersial dan penggambaran filem. Mesyuarat dan bengkel juga dibenarkan dengan syarat mematuhi sepenuhnya protokol kesihatan dan mengoptimumkan ruang.
  • Beberapa jenis sukan dan rekreasi akan dibuka semula iatu latihan persediaan pasukan permainan sukan, aktiviti sukan yang tidak melibatkan sentuhan badan seperti bowling, badminton, memanah, menembak dan lain-lain. Aktiviti berkumpulan di luar seperti kayuhan basikal dan konvoi motosikal juga dibenarkan.
  • Aktiviti pelancongan domestik akan dibenarkan. Pelancongan ke Luar Negara masih lagi tidak Dibenarkan.
  • Sambutan Hari Raya Aidiladha dan ibadah korban akan dibenarkan tertakluk kepada SOP pihak berkuasa agama Islam. Aktiviti keagamaan lain turut akan turut dilonggarkan yang mana pengumuman berkenaan jumlah yang dibenarkan akan dibuat tidak lama lagi.
  • Sekolah akan dibuka secara berperingkat dalam tempoh PKPP ini setelah mendapat nasihat daripada Kementerian Kesihatan.
  • Beberapa aktiviti atau sektor masih dillarang. Ini termasuk pub, kelab malam, pusat hiburan, pusat refleksologi, pusat karaoke, taman tema, perarakan keagamaan dalam jumlah yang ramai, kenduri-kendara, rumah terbuka dan apa-apa aktiviti lain yang melibatkan kehadiran orang ramai yang bersesak di suatu tempat.

Pengumuman ini pasti telah memberikan kelegaan kepada anda, bukan? Namun kelonggaran ini bukanlah satu alasan untuk anda melupakan SOP yang telah ditetapkan. Norma baru dan penjagaan jarak dan kebersihan diri harus sentiasa diamalkan kerana risiko penularan virus Covid-19 ini masih ada.

Jika berlaku peningkatan kes Covid-19, Kerajaan akan melaksanakan kembali Perintah Kawalan Pergerakan Diketatkan (PKPD) di kawasan berkenaan.

ARTIKEL MENARIK SETERUSNYA

Read what's new this week
 

Selepas pandemik Covid-19 yang melanda seluruh dunia, dimana percutian terpaksa ditangguhkan, kini mulai pulih. Sempadan negara mulai dibuka dan pelancongan mulai rancak semula. Walaupun pandemik ini telah berakhir, namun langkah-langkah pencegahan penyebaran virus ini tidak patut diendahkan.

Trustpilot