Negara Malaysia sekali lagi dilanda gelombang kedua wabak Covid-19 yang mana hampir semua negeri dikenakan PKP kecuali negeri Sarawak. Malah kes jangkitan virus adalah sangat tinggi yang mencecah ribuan kes setiap hari.
Travel : AirAsia akan memulakan semula penerbangan Surabaya ke Malaysia

Syarikat Penerbangan tambang murah AirAsia Indonesia akan memulakan operasi penerbangan dari bandar Surabaya ke bandar Malaysia iatu Kuala Lumpur dan Johor Bahru selepas operasi mereka dihentikan pada 1 April disebabkan oleh wabak Covid-19.
"AirAsia Indonesia memutuskan untuk membuka semula penerbangan dari surabaya ke bandar Malaysia bermula 18 Mei 2020, berikutan penurunan kes Covid-19 di Malaysia", Kata Presiden Pengarah Veranita Yosephine Isnin lalu.
"Kuala Lumpur telah menunjukkan trend jangkitan Covid-19 yang positif, dan kami bercadang untuk membuka semula laluan penerbangan tersebut, namun kami akan terus memantau keputusan ini dari masa ke semasa dan memastikan kami mengekalkan standard kesihatan". katanya semasa persidangan di alam maya.
Airasia Indonesia telah menghentikan semua jadual penerbangan semenjak 1 April 2020 disebabkan kekurangan penumpang dan kerajaan telah meminta kepada orang awam agar duduk di rumah dan mengelakkan perjalanan. Kerajaan Indonesia secara rasminya menghentikan semua penerbangan bermula 24 April 2020 sebagai langkah pencegahan penyebaran virus Covid-19.
Bagi mengekalkan pendapatan, Syarikat penerbangan Indonesia termasuk AirAsia Indonesia telah beralih kepada perkhidmatan kargo dan penerbangan sewa khas yang masih dibenarkan oleh kementerian pengangkutan.
setakat ini AirAsia Indonesia hanya menggunakn 10 daripada 28 kapal terbang yang ada. AirAsia indonesia mengalami kesukaran untuk mengekalkan aliran tunai dengan kerugian hampir USD13..4 juta setakat 15 April 2020.
Bagi mengekalkan syarikat terus mapan, Syarikat itu terpaksa membuat pemotongan kos dengan pemotongan gaji pekerja dan perbincangan semula bayaran kapal terbang dan mencari sumber dana baru.
Dia menambah bahawa syarikat penerbangannya akan terus memantau perkembangan kes Covid-19 dalam kedua-dua negara dan mungkin akan membatalkan penerbangan jika terdapat peningkatan kes.
Setakat hari Isnin, kes jangkitan di Indonesia melihat peningkatan dengan penambahan 395 kes, manakala di Malaysia, menunjukkan penurunan keluk jangkitan dengan hanya 55 kes jangkitan baru.
Sumber : The Jakarta Post

Latest posts in our blog
Read what's new this week
Malaysia memulakan tahun 2021 dengan cabaran gelombang kedua wabak Covid-19 dan terpaksa melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan PKP di seluruh negara kecuali Negeri Sarawak.
Pada hari ini, admin ingin kongsikan pelbagai bantuan yang anda boleh mohon. Rupanya, banyak jenis bantuan yang ditawarkan oleh kerajaan Malaysia melalui Jabatan Kebajikan Masyarakat.
Penjawat Awam Akan Menerima Bantuan Khas Pada 25 Januari 2021 dan Kategori Layak dan Tidak Layak
Melalui Belanjawan 2021, Kerajaan telah bersetuju untuk memberikan Bantuan khas Kewangan Tahun 2021 dibayar kepada pegawai Perkhidmatan Awam Kumpulan Pengurusan dan Professional serta kumpulan pelaksana Gred 56 dan ke bawah. Bayaran ini akan turut diberikan kepada pesara Kerajaan yang menerima pencen dan veteran tidak berpencen.
Raiz Investment Review : Simpan dan Labur
Anda minat melabur? tetapi modal yang ada hanya sedikit? Kini anda boleh membuat pelaburan dengan jumlah pelaburan yang minimum serendah RM5 dengan RAIZ.
Baru-baru ini, Malaysia heboh dengan scam platform menjana pendapatan secara mudah dalam talian seperti isharefans dan likeshare. Kini platform ini telah ditutup menyebabkan ramai yang menjadi mangsa scam dan kerugian ribuan ringgit.
Anda telah memohon Geran Khas Prihatin 2.0 tetapi gagal? ketahui Alasan tidak lulus?
Kini, Platform iShareFans telah ditutup dan menyebabkan ramai ahli kerugian sehingga ribuan ringgit. Sebelum ini kami sudah telah memberikan amaran bahawa operasi isharefans ini meragukan dan adalah scam. Kami adalah yang terawal memberikan review tentang platform ini iatu pada awal bulan oktober.
Kerajaan telah melancarkan program bagi membantu rakyat yang mengalami kesukaran ketika dalam wabak Covid-19 ini. Tekanan daripada rakyat akhirnya kerajaan bersetuju untuk memberikan kebenaran pengeluaran KWSP Akaun 1 melalui program i-Sinar.