Selepas pandemik Covid-19 yang melanda seluruh dunia, dimana percutian terpaksa ditangguhkan, kini mulai pulih. Sempadan negara mulai dibuka dan pelancongan mulai rancak semula. Walaupun pandemik ini telah berakhir, namun langkah-langkah pencegahan penyebaran virus ini tidak patut diendahkan.
Tips dan Panduan Travel : Mahu Travel? Jangan Lakukan 5 Kesilapan yang selalu dilakukan oleh Rakyat Malaysia
Perjalanan @ percutian di Luar negara dengan Tenang dan tanpa masalah adalah satu impian setiap orang. Percutian akan menjadi lebih seronok dan cuma kenangan yang indah kita akan bawa semula. Namun begitu, bak kata pepatah, "malang itu tidak berbau", kita tidak tahu apakah nasib yang menimpa kita.
Misalnya Kemalangan di Turki yang melibatkan warga Malaysia yang sedang bercuti pada 17 oktober 2019 yang mengakibatkan kematian seorang warga malaysia harus menjadi iktibar kepada kita. Lihat sini untuk maklumat lanjut berita kemalangan : Harian Metro.

Oleh yang demikian, kami ingin mengongsikan lima tips bagi warga Malaysia jika melancong ke negara luar.
Pertama : Tidak Mengambil Travel Insurans
Kebanyakkan warga Malaysia mengabaikan kepentingan ini. Mereka merasakan insurans ini kurang penting dan hanya berharap agar tidak berlaku apa-apa kemalangan semasa trip nanti. Jika anda mempunyai travel insurans, maka anda akan dilindungi dan boleh mendapatkan pampasan kerugian jika berlaku sebarang perkara yang tidak diingini.
Kedua : Tidak membuat salinan Dokumen Penting
Jangan ambil mudah akan kepentingan dokumen seperti salinan pasport, salinan kad bank, salinan tiket flight dan salinan tempahan hotel @ tempat penginapan. Dokumen ini adalah sangat penting semasa pemeriksaan imigresen di negara yang anda hendak masuki.
Pihak imigresen mahukan bukti bahawa anda masuk ke negara mereka untuk bercuti dan bukannya untuk masuk dan bekerja secara haram. Kita telah mendengar berita bahawa banyak warga malaysia tidak dibenarkan masuk dan dihantar pulang ketika ingin ke Australia ataupun korea.
Untuk memudahkan anda, anda boleh scan dokumen tersebut dan simpan di dalam phone. saya sarankan jangan simpan dalam email atau cloud, kot masa tu tiada liputan rangkaian telefon. Di luar negara kan anda perlu aktifkan roaming.
Ketiga : Beranggapan Percutian akan sentiasa Tenang tanpa Dugaan
walaupun dengan perancangan cuti yang teliti, dugaan ataupun masalah semasa percutian pasti akan tetap berlaku. Sesuatu yang tidak dijangka seperti Flight Delay, Sesat, bas tak sampai, kereta sewa tak sampai mungkin akan berlaku kepada anda.
Jika berlaku masalah, anda harus tenang dan berbincang dengan rakan-rakan lain untuk mengatasi masalah ini. Tak perlu melenting atau marah, kerana bagaimana anda menyelesaikan masalah itu yang menunjukkan personaliti @ perangai sebenar seseorang.
Keempat : Travel ke tempat Jauh pada waktu siang.
Jika perjalanan anda ke point A ke point B semasa percutian anda mengambil masa 6-8 jam, kami sarankan agar anda bertolak pada waktu malam khususnya apabila anda menaiki bas. anda boleh berehat dan tidur di dalam bas. so anda akan dapat menjimatkan masa dan kos penginapan!.
Kelima : Ketahui Modus operandi pencuri/penyeluk saku yang ada di tempat percutian anda
Pelancong Malaysia selalu terlupa akan hal ini. Mereka terlalu excited dan menjadi cuai dan menjadi sasaran mudah penyeluk saku dan pencuri. Anda hendaklah mengambil langkah pencegahan seperti pemilihan Beg atau bagasi yang tidak mudah dikoyakkan, dan berhati-hati apabila orang yang tidak anda kenali menegur anda di kawasan yang padat.
Sekian sahaja perkongsian tips dan panduan travel kali ini daripada kami. Harapan kami agar perkongsian ini dapat membantu anda. Jangan lupa untuk follow kami untuk update-update terkini ya.
Anda mempunyai masalah untuk mencari KERETA SEWA BEST, MURAH lagi TRUSTED di KOTA KINABALU, SABAH?
Jika YA! Kini anda tak perlu risau lagi. Kami di BEST BORNEO CAR RENTAL dapat menyelesaikan semua masalah anda.
Kenapa anda MESTI pilih kami ?
Respon cepat ✅
Kereta bersih & Selesa ✅
Penghantaran percuma ke KKIA ✅
Staff peramah & mesra pelanggan ✅
Delivery kereta on time / tepati masa ✅
Support team jika berlaku kerosakan ✅
Testimoni Pelanggan kami
"Deliver good service with affordable price. My second time rent their car. Definitely will deal with them again in future. Tq best borneocar rental" Josephine ; Kuching
"Great service and friendly... We book again in the future.." Shirlin- Johor Bahru
"Easy booking. Easy collection. Easy return. Good car in clean condition. Would definitely recommend" Tania - Kuala Lumpur.
Untuk booking dan Segala pertanyaan, Anda boleh hubungi kami di 👇
+601110570862 SANIL (Direct Line)
www.bestborneocarrental.com (Online Booking)
https://www.wasap.my/601110570862(Whatsap)
Ada Diskaun tak?
Eh ada, jangan susah, booking online dan dapat diskaun, Ada ganjaran cashback lagi bosku. Cepat-cepat booking sebelum Promosi kami tutup. Lawat Laman web kami untuk maklumat lanjut diskaun dan cashback.
#Bestborneocarrental #KeretaSewaMurahKk #KeretaSewakotakinabalu #Kkia #Kkcity #SabahTourism #TourismMalaysia #Kundasang #KeretaSewaSabah #KeretaSewaKotaKinabalu #KotaKinabalu #keretaSewakk #Pakejpercutiansabah #CutiCutiSabah #CutiCutiMalaysia #Homestaykk #HomestayKotaKinabalu #KkCarRental #CarRentalSabah #CarRentalKk #KotaKinabaluCarRental #KeretaSewaMurahKotaKinabalu #SabahCarRental #KeretaSewaStudent #KeretaSewaUms #KeretaSewaAreaKotaKinabalu
Hello guys..Selamat tahun baru 2022!! apa azam baru tahun 2022? nak mendaki gunung kinabalu? Syukur sekarang pelancongan domestik di Malaysia kini sudah dibuka. Sektor pelancongan di Sabah beransur kembali beroperasi.
Yeah!. Sektor pelancongan di Sabah telah dibuka semula untuk kedua kalinya yang mana telah bermula pada awal bulan disember 2020. Bah apa lagi, jom kita ronda-ronda Sabah!.
Anda pasti sangat rindu untuk pergi bercuti dan travel bersama keluarga tersayang? Jom bercuti di Sabah, SOP PKPB yang bermula 7 disember hingga 20 Disember telah dilonggarkan dimana rentas negeri di Malaysia telah dilonggarkan. Ini bermaksud anda boleh bercuti ke seluruh negeri di Malaysia kecuali kawasan yang masih dalam status PKPD.
Ada yang sudah pernah ke Semporna Sabah? Jika belum, mari kami kongsikan cerita-cerita travel ke semporna yang dikongsikan oleh traveller. Dengan cerita ini, mungkin anda boleh mendapat tips dan gambaran bagaimana anda hendak merancang percutian anda ke Semporna Sabah pada masa akan datang.
Negeri Sabah atau lebih dikenali sebagai Borneo Sabah mempunyai kekayaan alam yang mempunyai keindahan yang unik dan setaraf dengan tempat-tempat menarik di negara luar. Anda boleh sebutkan apa sahaja yang anda mahu, nak hiking? ada gunung kinabalu, Nakkan suasana nyaman dan sejuk? ada kundasang dan Bukit Kokol. Nak pantai ? sabah dikelilingi oleh...
Ada yang merancang untuk mendaki Gunung Kinabalu? Anda perlu ketahui tips dan peralatan yang sesuai untuk mendaki. Persediaan yang betul dan tepat dapat memudahkan pendakian anda nanti. Kami berikan anda tips bonus iatu langkah keselamatan atau SOP mendaki gunung kinabalu semasa PKPP dan wabak Covid-19.
Bagaimana Bercuti Dengan Selamat Semasa PKPP
Sektor pelancongan di Malaysia sudah mula dibuka pada 11 Jun 2020. Pembukaan semula pelancongan ini menjadi berita baik kepada para pengusaha pelancongan dan pemilik hotel dan homestay. operasi sektor Pelancongan menjadi lumpuh sepanjang tempoh PKP dan PKPB.
Pelancongan di Sabah telah dibuka semula!. Betul, Anda sudah boleh pergi bercuti-cuti semasa Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP).