Selepas pandemik Covid-19 yang melanda seluruh dunia, dimana percutian terpaksa ditangguhkan, kini mulai pulih. Sempadan negara mulai dibuka dan pelancongan mulai rancak semula. Walaupun pandemik ini telah berakhir, namun langkah-langkah pencegahan penyebaran virus ini tidak patut diendahkan.
TIPS DAN PANDUAN BERCUTI : TOP 'BUCKETLIST' DI SABAH BAGI TAHUN 2020
SABAH, negeri yang terletak di bahagian atas Kepulauan Borneo sangat dikenali dengan Pulau-pulau yang cantik, pemandangan yang luar biasa menawan dan mempunyai kepelbagaian flora dan fauna yang unik dan mengenyangkan rasa ingin tahu anda. Jika anda seorang yang suka akan pengembaraan dan pengalaman baru, Jangan lepaskan peluang anda ke Sabah. Antara Aktiviti yang wajib anda lakukan @"bucketlist" ketika melawat sabah bagi tahun 2020 adalah seperti yang berikut.
MENDAKI GUNUNG KINABALU
Pendakian gunung kinabalu adalah dibuka sepanjang tahun kecuali jika dihebahkan penutupan. Pendakian gunung kinabalu semestinya akan memberikan pengalaman yang sangat menarik dan sesuatu yang boleh dibanggakan. Gunung kinabalu dengan ketinggian 4,095 Meter di atas paras laut pasti akan memberikan pemandangan yang sangat menarik. anda seperti berjalan di atas awan di puncak gunung ditambahkan dengan angin sejuk yang akan menyegarkan jiwa anda!
PELAYARAN PERSIARAN SUNGAI/LAUT (CRUISES)
Pelayaran persiaran di Sabah sama ada di Laut atau Sungai menawarkan pengalaman yang berbeza. Pelayaran persiaran di laut akan menawarkan anda pemandangan unik sunset yang anda tidak dapat lupakan. anda boleh dapatkan pelbagai package daripada North Borneo Cruises seperti Sunset Dinner Cruise, KK City Night Dinner Cruise dan Kota Kinabalu Islands Morning Cruise. Harga pun amat berbaloi serendah RM 90 seorang.
Peminat alam semulajadi dan haiwan unik, jangan lepaskan peluang untuk mengikuti aktiviti River Cruise. Pelayaran di sungai pun tidak juga kurang hebatnya. Jika anda seorang peminat alam semulajadi dan haiwan unik, jangan lepaskan peluang untuk mengikuti aktiviti River Cruise. antara river cruise yang anda boleh nikmati di Sabah adalah Kinabatangan River Cruise, Klias Wildlife River Cruise, dan Kota Kinabalu Fireflies River Cruise. Di kinabatangan River Cruise, anda berpeluang untuk melihat haiwan yang unik iatu orangutan, Proboscis Monkey, Hornbill, Sun Borneo dan Elephant Pigmy.
kita akan cover cerita pasal River Cruise on Next Artikel ya, so stay tuned dan like facebook page kami untuk update terkini ya.
SNORKELING
Sabah mempunyai banyak pulau yang cantik dan setanding dengan pulau-pulau lain di luar negara, so anda kena masukkan aktiviti snokerling ini sebagai salah satu bucket list anda. di sini kami senaraikan 10 pulau di sabah yang anda boleh lakukan aktiviti snorkeling.
- Tunku Abdul Rahman National Park
- Pulau Mantanani
- Pulau Tiga Park
- Pulau layang-layang
- Pulau Lankayan
- Tun Sakaran Marine Park
- Pulau Mabul
- Pulau Kapalai
- Pulau Pom Pom
- Pulau Mataking
setiap pulau mempunyai keunikan sendiri. Apa kata anda melawat semua pulau ini? pasti sangat berbaloi. Kami Mengesyorkan Pulau Mabul dan Tun Sakaran Marine Park untuk pengalaman terbaik.


MARI-MARI CULTURAL VILLAGE
Jika anda ingin mengenali budaya, adat dan kehidupan etnik di Sabah, anda harus melawat mari-mari cultural village. Anda akan mendapat lebih pengalaman jika anda melihat dengan mata anda sendiri berbanding hanya membaca di blog, buku mahupun tulisan orang lain. see to believe!. Kampung Kebudayaan ini agak jauh dari kesibukan bandaraya kota kinabalu iatu terletak di kionsom, Inanam. Antara tarikan di sini adalah melihat pembuatan sumpit, tattoo, persembahan tarian, kostum tradisional dan merasa makanan tradisional.

HIDANGAN MAKANAN LAUT SEGAR
Sabah terkenal juga dengan hasil laut yang banyak dan segar. Adalah menjadi kemestian agar anda merasa keunikan rasa hidangan makanan laut di sabah yang dimasak dengan pelbagai cara. Makanan laut di sabah seperti udang, ketam, ikan dan kerang-kerangan adalah sangat segar kerana ia masih hidup disimpan dalam aquarium. Anda boleh membuat pilihan dan mereka akan memasak mengikut citarasa anda. Antara Restoran makanan laut yang popular adalah Restoran Kampung Nelayan dan Food Court Asia City. Banyak pilihan restoran lain tetapi ini merupakan restoran kesukaan admin. di restoran kampung nelayan, ada turut dihiburkan dengan tarian kebudayaan etnik Sabah. Jangan lupa juga ke Restoran Makanan Laut di Dataran Todak Kota Kinabalu, terdapat pelbagai gerai pilihan anda yang menyediakan makanan laut yang segar dan anda boleh menikmatinya makanan tersebut ditemani bayu laut china selatan. Harganya pun sangat berpatutan dan berbaloi!!


KUNDASANG
Kundasang merupakan salah satu destinasi yang paling popular di sabah. Ini disebabkan pemandangan yang sangat best dan suasana yang aman dan damai. Kundasang ini terletak Kaki gunung Kinabalu dan cuaca sangat sejuk. Kundasang juga sangat popular kerana terdapat Pelbagai tarikah yang ada di sekitarnya. antaranya ialah Desa Farm, Mesilou cat village, Kundasang War Memorial, Arnab Village dan banyak lagi. Terdapat pelbagai malah ratusan pilihan homestay dan resort yang menjadi pilihan anda. Anda perlu menginap di Kundasang untuk merasai pengalaman yang anda tidak dapat lupakan.


Menarik bukan? Untuk tahun 2020, dan anda merancang untuk ke Sabah, anda harus mencuba semua perkara di atas untuk mendapatkan pengalaman maksimum. Jika anda ada pengalaman bercuti di Sabah atau bucket list percutian anda, apa kata anda kongsikan dengan kami di bahagian Komen. kami sangat mengalu-alukan.
Jika anda inginkan kebebasan bercuti dengan ittenary yang fleksibel dan bercadang untuk menyewa kenderaan, kami menyediakan perkhidmatan sewa kereta kota kinabalu, sabah, bolehlah dapatkan perkhidmatan kereta sewa pandu sendiri atau sekali dengan driver. kami boleh berikan khidmat ittenary yang lengkap untuk anda, dan kami bantu sesuaikan ikut masa dan keperluan anda.
Perkhidmatan kami mempunyai rekod yang baik, tuan-puan boleh melihat testimoni pelanggan. Nak runding harga? hubungi atau whatsapp kami di 01110570862. Untuk update terkini boleh follow kami di Facebook, instagram dan twitter.
Jom bercuti ke Sabah!!!!
Hello guys..Selamat tahun baru 2022!! apa azam baru tahun 2022? nak mendaki gunung kinabalu? Syukur sekarang pelancongan domestik di Malaysia kini sudah dibuka. Sektor pelancongan di Sabah beransur kembali beroperasi.
Yeah!. Sektor pelancongan di Sabah telah dibuka semula untuk kedua kalinya yang mana telah bermula pada awal bulan disember 2020. Bah apa lagi, jom kita ronda-ronda Sabah!.
Anda pasti sangat rindu untuk pergi bercuti dan travel bersama keluarga tersayang? Jom bercuti di Sabah, SOP PKPB yang bermula 7 disember hingga 20 Disember telah dilonggarkan dimana rentas negeri di Malaysia telah dilonggarkan. Ini bermaksud anda boleh bercuti ke seluruh negeri di Malaysia kecuali kawasan yang masih dalam status PKPD.
Ada yang sudah pernah ke Semporna Sabah? Jika belum, mari kami kongsikan cerita-cerita travel ke semporna yang dikongsikan oleh traveller. Dengan cerita ini, mungkin anda boleh mendapat tips dan gambaran bagaimana anda hendak merancang percutian anda ke Semporna Sabah pada masa akan datang.
Negeri Sabah atau lebih dikenali sebagai Borneo Sabah mempunyai kekayaan alam yang mempunyai keindahan yang unik dan setaraf dengan tempat-tempat menarik di negara luar. Anda boleh sebutkan apa sahaja yang anda mahu, nak hiking? ada gunung kinabalu, Nakkan suasana nyaman dan sejuk? ada kundasang dan Bukit Kokol. Nak pantai ? sabah dikelilingi oleh...
Ada yang merancang untuk mendaki Gunung Kinabalu? Anda perlu ketahui tips dan peralatan yang sesuai untuk mendaki. Persediaan yang betul dan tepat dapat memudahkan pendakian anda nanti. Kami berikan anda tips bonus iatu langkah keselamatan atau SOP mendaki gunung kinabalu semasa PKPP dan wabak Covid-19.
Bagaimana Bercuti Dengan Selamat Semasa PKPP
Sektor pelancongan di Malaysia sudah mula dibuka pada 11 Jun 2020. Pembukaan semula pelancongan ini menjadi berita baik kepada para pengusaha pelancongan dan pemilik hotel dan homestay. operasi sektor Pelancongan menjadi lumpuh sepanjang tempoh PKP dan PKPB.
Pelancongan di Sabah telah dibuka semula!. Betul, Anda sudah boleh pergi bercuti-cuti semasa Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP).
Negeri Sabah adalah salah satu negeri dalam negara Malaysia yang paling bertuah. Ini kerana Sabah mempunyai pelbagai tempat menarik yang anda boleh lawat. Pada perkongsian kali ini, kami ingin memperkenalkan daerah Kudat, Sabah. Kudat pun mempunyai banyak tempat menarik yang anda boleh lawat dan menikmati pengalaman percutian yang berbeza.
Anda pasti pernah mendengar gunung kinabalu, bukan? gunung kinabalu adalah gunung yang tertinggi di asia tenggara dan terletak di negeri Sabah, Malaysia. Gunung kinabalu menjadi destinasi utama para peminat Hiking sama ada dari dalam negara mahupun luar negara. Gunung kinabalu adalah menjadi kebanggaan sabahan dan mempunyai cerita lagenda...
Choosing a car rental in Kota Kinabalu, Sabah can be very tough, isn't it? There are so many providers here and you don't even know how to choose for the best. Worry not, let us help you with your problem.