
TIPS DAN PANDUAN BERCUTI : CARA MENERIMA KENDERAAN SEWA DI KOTA KINABALU YANG ANDA HARUS TAHU!

Jika anda ingin travel dengan bebas, sudah tentu pilihan yang tepat adalah dengan menyewa kenderaan di tempat percutian anda. Anda bebas pergi ke tempat pilihan anda tanpa kekangan atau jadual yang ketat. Anda Sudah tempah Kenderaan Sewa tak? Jika belum dan ingin ke kota kinabalu, Sabah? Jom usha service dengan kami, pasti service terbaik, Tekan jak link sini untuk check senarai harga kereta sewa di kota kinabalu, sabah ya : Senarai harga kereta sewa di Kota Kinabalu Sabah.
Pertama : Pastikan Jenis Kenderaan adalah Betul
Ketika kenderaan yang anda nak sewa sampai, anda pertama kali hendaklah pastikan ia adalah jenis kenderaan yang anda tempah. Ini kerana harga setiap kereta agak berbeza mengikut jenis kenderaan. Contohnya, untuk kenderaan MPV, terdapat pelbagai jenis seperti alza (Rm170 sehari), exora (Rm 190 sehari) Avanza (Rm 200 sehari) dan Innova RM (200 sehari). Sebab yang kedua adalah setiap jenis kenderaan agak berbeza dari segi kapasiti muatan. Jika anda mendapati kenderaan anda bukan kenderaan yang anda tempah, anda perlu mendapatkan penjelasan daripada syarikat penyewaan tersebut. Jika pertukaran kereta adalah berbentuk upgrade secara percuma (contoh , daripada Alza ke Avanza) anda boleh mempertimbangkan pertukaran tersebut jika tanpa ada cas tambahan.
Kedua : Periksa Sebarang kecacatan di badan Kenderaan
Langkah ini juga agak penting bagi mengelakkan anda dikenakan denda ganti rugi kerosakan pada masa akan datang, yang mana mungkin bukan berasal atau berlaku kerosakan semasa tempoh sewaan anda. Kebiasaannya Pemeriksaan kenderaan akan dilakukan oleh kakitangan syarikat penyewaan juga, tetapi adalah lebih baik jika pemeriksaan itu dilakukan bersama-sama. Pastikan sebarang kecacatan seperti kemek dan calar dicatatkan dalam dokumen pemeriksaan kenderaan atau dokumen persetujuan sewa kenderaan. Anda juga disarankan untuk merekod gambar atau video sebarang kecacatan pada kenderaan berkenaan untuk bukti anda pada masa akan datang jika perlu.
Ketiga : Periksa Keadaan Tayar Kenderaan.
Keadaan tayar juga adalah penting bagi keselamatan anda. Pastikan tayar kenderaan masih lagi berbunga dan cukup angin. Jika tayar telah haus, Anda boleh meminta agar pihak penyewaan mengaturkan penukaran tayar kenderaan. Perbincangan tersebut adalah harus mengikut budi bicara dan ke arah win-win situation. Bagi mengelakkan masa anda terbuang untuk menunggu kenderaan anda ditukarkan tayar, anda boleh gunakan kenderaan tersebut ke Hotel di bandar kota kinabalu untuk check-in dan syarikat kenderaan sewa boleh menukarkan tayar berkenaan sementara anda berehat di Hotel. Penukaran kenderaan mungkin akan mengambil masa sejam- sejam setengah untuk ditukarkan.

Keempat : Periksa kadar bahan api kenderaan.
Kebanyakkan syarikat kereta sewa di kota kinabalu tidak menggunakan prinsip full to full tank. oleh yang Demikian , anda harus memeriksa tahap bahan api kenderaan berkenaan. Sebab pertama adalah supaya anda boleh mengembalikan kenderaan dengan tahap yang sama. sebab kedua adalah, jika kadar bahan api terkurang semasa anda mengembalikan kenderaan, anda mungkin akan dikenakan cas tambahan antara RM 10-RM 20 perbar. Bagaimana kalau anda yang terlebih isi? Anda boleh berunding dengan syarikat kenderaan sewa berkenaan untuk redeem semula bahan api yang terkurang berkenaan. Tetapi harga yang diberikan oleh syarikat penyewa mungkin lebih rendah. So anda harus pandai tawar menawar.
Kelima : Dapatkan Salinan Surat Perjanjian sewa kenderaan dan Resit Bayaran
Anda harus dapatkan salinan surat perjanjian sewa kenderaan dan Resit bayaran untuk kegunaan anda pada masa akan datang. Kebiasaannya anda harus menandatangani surat setuju perjanjian berkenaan. Anda boleh gunakan dokumen ini untuk rujukan pada masa akan datang dan rujukan no perhubungan syarikat kenderaan sewa.
Keenam : maklumkan segera jika terdapat masalah kenderaan.
Selepas anda menerima kenderaan sewa berkenaan dan mula memandu, Jika anda perasan terdapat masalah seperti brek, atau masalah steering misalnya, anda harus maklumkan kepada syarikat kenderaan sewa secepat mungkin, dalam sejam pertama. Ini bagi mengelakkan anda yang akan dipertanggungjawabkan dengan kerosakan berkenaan.
Anda mempunyai masalah untuk mencari KERETA SEWA BEST, MURAH lagi TRUSTED di KOTA KINABALU, SABAH?
Jika YA! Kini anda tak perlu risau lagi. Kami di BEST BORNEO CAR RENTAL dapat menyelesaikan semua masalah anda.
Kenapa anda MESTI pilih kami ?
Respon cepat ✅
Kereta bersih & Selesa ✅
Penghantaran percuma ke KKIA ✅
Staff peramah & mesra pelanggan ✅
Delivery kereta on time / tepati masa ✅
Support team jika berlaku kerosakan ✅
Testimoni Pelanggan kami
"Deliver good service with affordable price. My second time rent their car. Definitely will deal with them again in future. Tq best borneocar rental" Josephine ; Kuching
"Great service and friendly... We book again in the future.." Shirlin- Johor Bahru
"Easy booking. Easy collection. Easy return. Good car in clean condition. Would definitely recommend" Tania - Kuala Lumpur.
Untuk booking dan Segala pertanyaan, Anda boleh hubungi kami di 👇
+601110570862 SANIL (Direct Line)
www.bestborneocarrental.com (Online Booking)
https://www.wasap.my/601110570862 (Whatsap)
Ada Diskaun tak?
Eh ada, jangan susah, booking online dan dapat diskaun, Ada ganjaran cashback lagi bosku. Cepat-cepat booking sebelum Promosi kami tutup. Lawat Laman web kami untuk maklumat lanjut diskaun dan cashback.
Latest posts in our blog
Read what's new this week


TIPS DAN CARA MURAH TEMPAH MENDAKI PUNCAK GUNUNG KINABALU

Panduan Bercuti di Sabah Ketika PKPB (Dec 2020)

Bercuti Di Sabah Ketika PKPB? Ini Panduan Masuk Rentas Negeri Ke Sabah

Cerita Travel Sabah : Solo Trip Di Semporna, Sabah

8 Pulau Terbaik Tercantik Popular di Semporna, Sabah yang wajib anda Lawat
Tips Naik Gunung Kinabalu Semasa PKPP Covid-19 dengan Selamat

Bagaimana Bercuti Dengan Selamat Semasa PKPP

Nak Bercuti Di Sabah Masa PKPP? Ini Perkara Yang Anda Harus Tahu

Senarai Tempat menarik di Kudat : 8 Pantai paling memukau yang anda wajib lawat

Tips dan panduan bercuti di sabah : Laluan baru di gunung kinabalu?-Gambar
Car rental in Kota Kinabalu, sabah- The BEST Option you can have!

Tips dan Panduan Bercuti : Backpacking di Kota Kinabalu, Dimana Nak Makan dan Tempat Tinggal

Tips dan Panduan Bercuti di Sabah : Pengalaman Naik Kokol Hill (kokol Haven Resort) Guna kereta bezza auto
