TIPS DAN PANDUAN BERCUTI : WAJIB BACA : LAPAN HAK PENUMPANG KAPAL TERBANG YANG ANDA PERLU TAHU. 

17/01/2020

Anda pernah mengalami masalah semasa atau sebelum penerbangan kapal terbang? masalah yang selalu berlaku adalah kelewatan penerbangan kapal terbang. Flight delay menyebabkan perancangan perjalanan terpaksa ditukar mengikut keadaan. Jika anda mengalami masalah  seperti yang berikut, anda boleh mendapat lapan perkara daripada syarikat penerbangan berkenaan. antaranya adalah : 

Pertama : penerbangan kapal terbang ditunda atau lewat

Jika kelewatan berkenaan melebihi dua jam, penumpang seharusnya akan diberikan pampasan. Jika kelewatan melebihi 2 jam, penumpang boleh diberikan perkhidmatan minimum seperti makanan, akses telefon terhad dan akses internet jika ada. Jika masalah berlarutan lebih dari 5 jam, penumpang boleh menerima penginapan hotel dan pengangkutan pergi balik ke hotel dan lapangan terbang jika perlu.

Kedua : Perubahan Status Penerbangan

Penumpang seharusnya dimaklumkan secepat mungkin jika terdapat perubahan status penerbangan seperti penundaan, pembatalan dan penukaran laluan penerbangan sama ada melalui telefon, email dan pesanan ringkas.

Ketiga : Pembatalan Penerbangan

Jika penerbangan anda telah dibatalkan, syarikat penerbangan harus memberikan pampasan minimum seperti pilihan pembayaran semula atau perubahan laluan.

Keempat : Kehilangan, kelewatan atau Kerosakan Bagasi

Jika bagasi anda didapati mempunyai kerosakan, lewat atau kehilangan, anda boleh membuat tuntutan pampasan kepada penyedia penerbangan.

Kelima : Tuntutan dan Pampasan bagi Orang Kurang Upaya (OKU)

Kehilangan atau kerosakan Peralatan Pengangkutan atau kerusi roda Penumpang warga OKU membolehkan tuntutan pampasan dilakukan mengikut harga pasaran peralatan berkenaan. Penafian untuk mendarat bagi warga OKU pula membolehkan mereka menerima pilihan sama ada menerima pembayaran balik, penerbangan pulang atau perubahan laluan.

Keenam : Tambang Penerbangan.

Pelanggan mempunyai hak penuh untuk mengetahui kos keseruluhan tiket pernerbangan termasuk tambang asas penerbangan, cukai sebarang caj seperti bahan api dan lapangan terbang, bayaran tambahan dan yuran seperti bagasi dan keselamatan serta bayaran perhkidmatan penumpang. Pastikan segala maklumat pembayaran dicatat secara terperinci dan tiada caj tersembunyi.

Ketujuh: Larangan Menaikkan harga tiket kapal terbang selepas pembelian.

Syarikat penerbangan dilarang menaikkan harga tiket selepas bayaran dibuat kecuali kenaikan itu disebabkan oleh dua perkara iatu caj cukai kerajaan atau bayaran dikenakan oleh suruhanjaya. kenaikan caj juga dibenarkan jika penumpang diberikan notis kemungkinan kenaikan harga dan bersetuju secara bertulis sebelum menyempurnakan pembelian

Kelapan : Larangan menaiki Pesawat

Penumpang yang tidak dibenarkan menaiki pesawat perlu menerima penjagaan atau pampasan seperti makanan, panggilan telefon terhad dan akses internet sekiranya ada. Penumpang juga boleh menerima penginapan  jika perlu dan pengangkutan ke hotel dan sebaliknya. Yang paling penting adalah penumpang perlu diberikan pilihan sama ada pembayaran balik atau perubahan laluan.


Senarai Harga Kereta Sewa Kota Kinabalu Sabah

Promosi 5% Cashback!



Be the first to read what's new!

Trustpilot