Tips dan Panduan Bercuti di Sabah : Pengalaman Naik Kokol Hill (kokol Haven Resort) Guna kereta bezza auto

14/02/2020

Hello Guys, Siapa yang pernah naik ke Kokol Hill? Kokol Hill mempunyai banyak tempat menarik dan penginapan yang anda boleh lawati. Jika anda datang bercuti di kota kinabalu, bukit kokol di mengatal haruslah dilawati. Tempat ini semakin terkenal disebabkan keunikannya dimana ianya merupakan salah satu tempat menarik yang ada berhampiran dengan Bandaraya Kota Kinabalu.

Antara Tarikan di Bukit Kokol ini adalah Kasih Sayang resort, kokol Farmstay, Kokol haven resort, Mr. Muscle Burger, Bukit Kokol Paragliding, Sinamalai Waterfall dan New Camp site kampung Kokol. 

Pada penulisan kali ini, kami mengongsikan pengalaman kami sendiri pergi ke bukit kokol menggunakan kereta bezza pada 13 Februari 2020. 

Pada hari sebelumnya, kami mendapat whatsapp daripada regular customer kami untuk membawa mereka berjalan-jalan sempena hari mereka bertemu (pasangan suami isteri). Walaupun dengan notice yang singkat, kami dapat mengaturkan permintaan mereka. Kebetulan ada kereta bezza yang available pada 13 februari, maka gembira untuk memenuhi hajat mereka. 

Trip ini bermula pada petang jam 3.00 petang, dengan menjemput mereka di tempat tinggal mereka di Harrington Suites. Mereka request perhentian pertama ke Kionsom Waterfall di kawasan Inanam. Dengan menggunakan waze, maka perjalanan kami menjadi mudah. kami tiba di kionsom waterfall lebih kurang dalam jam 3.35 petang. ketika kami sampai, kawasan pendaftaran kionsom waterfall agak lengang. Rate yuran masuk  bagi pelancong antarabangsa  adalah RM 10 perkepala, namun mungkin disebabkan kekurangan pengunjung (mungkin sebab wabak Covid-19) mereka diberikan separuh harga. 

Di air terjun ini kelihatan hanya 3 orang tempatan yang mandi manda. kesan daripada wabak virus ini agak besar juga dalam industri pelancongan sabah.

selepas puas guest mengambil gambar, kami pun keluar dari air terjun ni. Next Destinasi kami adalah ke Kokol Haven Resort. saya check waze dan ada laluan terus dari kionsom waterfall ini ke bukit kokol. secara jujurnya, ini adalah pertama kali saya melalui laluan dari kionsom waterfall ke bukit kokol ini. laluan biasa yang diambil untuk ke bukit kokol adalah melalui pekan menggatal yang mana pendakian adalah agak mudah dan kurang curam berbanding laluan kionsom waterfall - bukit kokol. 

start naik bukit, saya berdoa harap-harap bezza ni boleh naik laluan berbukit ini. laluan yang curam adalah laluan kampung dan dusun, ia agak sempit dan laluan bersimen sahaja. Banyak lubang-lubang kecil yang menyukarkan pemanduan. Saya rasakan kecuraman jalanan 50-40 Darjah sudut di beberapa tempat. Ada beberapa tempat itu saya terpaksa mematikan aircond bagi memberikan lebih kuasa kepada enjin kereta. Pedal minyak terpaksa di tekan sampai ke lantai. huhu...

Sedikit cemas juga ketika kami hampir bertembung dengan kereta 4x4 yang turun bukit di laluan kampung dan kebun tersebut. dengan laluan sempit itu, kereta 4x4 terpaksa ke tepi dan nasib tiada apa-apa perkara buruk yang berlaku. pendakian teruk hanya dalam 5-6 minit sahaja. selepas simpang itu, perjalan menjadi lebih selesa kerana sudah sampai di jalan utama. Dalam hati kecil saya berkata, next nak naik ke sini melalu jalan ini, kena pakai 4x4 juga. baru senang hati.

sedikit tips yang saya boleh kongsikan daripada pendakian ke bukit kokol daripada kionsom waterfall adalah.

  • Gunakan kereta yang berkuasa tinggi. 1.5 cc ke atas
  • Jika terpaksa gunakan bezza atau kereta 1.3 cc, jangan berhenti di tengah bukit, jika tidak terpaksa turun semula ke tempat yang sedikit rata dan cuba semula.
  • Cuba kekalkan kelajuan, abaikan lubang-lubang kecil.
  • Matikan penyaman udara.


Pada jam 4.00 petang, kami selamat sampai ke Kokol Haven Resort. Perkara yang sama juga berlaku di sini iatu agak lengang, biasanya tempat ini penuh dengan pelawat. pengunjung boleh dikira dengan jari, lebih kurang 8-10 orang sahaja. kami masuk percuma sahaja, biasanya yuran masuk adalah RM 10.00 dan boleh redeem 1 minuman di restoran mereka.

Pemandangan di bukit kokol hill pasti akan lebih cantik untuk sunset, namun guest tak mahu tunggu, dalam 15 minit di sini, kami pun turun ke bandar kota kinabalu melalui jalan menggatal.  Pada jam 6.00 petang, selamat Sampai di tempat tinggal mereka. laluan bukit kokol menggatal kurang mencabar dan kereta bezza auto tiada masalah untuk naik. cuma jika anda menggunakan laluan berbeza iatu dari kionsom waterfall, kemahiran pemanduan sangat diperlukan. Jika tak yakin, boleh dapatkan pemandu berpengalaman daripada syarikat kami.

Laluan Biasa Bukit Kokol
Laluan Biasa Bukit Kokol

Demikianlah perkongsian kami pada kali ini. Harap perkongsian ini dapat membantu anda untuk membuat keputusan pilihan kereta yang sesuai untuk ke bukit kokol. 

Bukan sahaja kereta sewa pandu sendiri, kami boleh sediakan kereta bersama pemandu, dan daytrip area kota kinabalu dan Kundasang. 


Jika nak cari kereta sewa yang trusted di sabah dengan harga yang murah, jom hubungi kami sekarang.

Latest posts in our blog

Read what's new this week
 

Selepas pandemik Covid-19 yang melanda seluruh dunia, dimana percutian terpaksa ditangguhkan, kini mulai pulih. Sempadan negara mulai dibuka dan pelancongan mulai rancak semula. Walaupun pandemik ini telah berakhir, namun langkah-langkah pencegahan penyebaran virus ini tidak patut diendahkan.

Anda pasti sangat rindu untuk pergi bercuti dan travel bersama keluarga tersayang? Jom bercuti di Sabah, SOP PKPB yang bermula 7 disember hingga 20 Disember telah dilonggarkan dimana rentas negeri di Malaysia telah dilonggarkan. Ini bermaksud anda boleh bercuti ke seluruh negeri di Malaysia kecuali kawasan yang masih dalam status PKPD.

Ada yang sudah pernah ke Semporna Sabah? Jika belum, mari kami kongsikan cerita-cerita travel ke semporna yang dikongsikan oleh traveller. Dengan cerita ini, mungkin anda boleh mendapat tips dan gambaran bagaimana anda hendak merancang percutian anda ke Semporna Sabah pada masa akan datang.

Ada yang merancang untuk mendaki Gunung Kinabalu? Anda perlu ketahui tips dan peralatan yang sesuai untuk mendaki. Persediaan yang betul dan tepat dapat memudahkan pendakian anda nanti. Kami berikan anda tips bonus iatu langkah keselamatan atau SOP mendaki gunung kinabalu semasa PKPP dan wabak Covid-19.

Sektor pelancongan di Malaysia sudah mula dibuka pada 11 Jun 2020. Pembukaan semula pelancongan ini menjadi berita baik kepada para pengusaha pelancongan dan pemilik hotel dan homestay. operasi sektor Pelancongan menjadi lumpuh sepanjang tempoh PKP dan PKPB.

Negeri Sabah adalah salah satu negeri dalam negara Malaysia yang paling bertuah. Ini kerana Sabah mempunyai pelbagai tempat menarik yang anda boleh lawat. Pada perkongsian kali ini, kami ingin memperkenalkan daerah Kudat, Sabah. Kudat pun mempunyai banyak tempat menarik yang anda boleh lawat dan menikmati pengalaman percutian yang berbeza.

Anda pasti pernah mendengar gunung kinabalu, bukan? gunung kinabalu adalah gunung yang tertinggi di asia tenggara dan terletak di negeri Sabah, Malaysia. Gunung kinabalu menjadi destinasi utama para peminat Hiking sama ada dari dalam negara mahupun luar negara. Gunung kinabalu adalah menjadi kebanggaan sabahan dan mempunyai cerita lagenda...

Trustpilot