Tips dan panduan bercuti di sabah : Laluan baru di gunung kinabalu?-Gambar

14/03/2020

Anda pasti pernah mendengar gunung kinabalu, bukan? gunung kinabalu adalah gunung yang tertinggi di asia tenggara dan terletak di negeri Sabah, Malaysia. Gunung kinabalu menjadi destinasi utama para peminat Hiking sama ada dari dalam negara mahupun luar negara. Gunung kinabalu adalah menjadi kebanggaan sabahan dan mempunyai cerita lagenda tersendiri. Gunung kinabalu amat dekat di hati sabahan khususnya orang dusun yang mana terdapat tradisi dan kepercayaan orang terdahulu bahawa Kinorohingan berada di puncak gunung kinabalu dan masyarakat dusun akan melakukan ritual pemujaan setiap tahun.

pada perkongsian kali ini, admin ingin memberitahu bahawa gunung kinabalu akan ada laluan baru?  ya betul. Di sini admin kongsikan gambar-gambar laluan berkenaan. pasti ini adalah satu pengalaman yang baru dan dengan pemandangan yang belum pernah anda nampak di gunung kinabalu. 

sumber gambar : Facebook Yassin Miki.

gambar ini diambil ketika pekerja di Taman Kinabalu dan Malim gunung (komuniti kg.Kiau) menjalankan misi mencari dan memantau keselamatan laluan pendakian gunung kinabalu melalui Marai-Parai - Gurkha Hut - Panalaban.

Di mana laluan ini ya ? kami akan kongsikan pada blog post pada masa akan datang. so follow kami di facebook dan instagram ya.

Jika nak cari kereta sewa yang trusted di sabah dengan harga yang murah, jom lihat sini.

Latest posts in our blog

Read what's new this week