Tips dan Panduan Bercuti Di Sabah : Tujuh Kapsul Hotel Yang Menarik Di Kota Kinabalu, Sabah

23/01/2020

Pernah dengar tentang kapsul Hotel? Sekarang di Sabah pun sudah ada, dan banyak pula tu. Jom kita tengok hotel kapsul ala-ala masa depan yang ada di kota kinabalu sabah. 

Tahukah Anda? Hotel kapsul pertama di dunia dibuka pada tahun 1979 dan merupakan Capsule Inn Osaka, terletak di daerah Umeda, Osaka, Jepun. Di negara barat ia turut dikenali sebagai Hotel Pod. Hotel kapsul menyediakan penginapan-penginapan semalaman yang murah untuk tetamu yang tidak memerlukan atau yang tidak mampu membeli bilik yang lebih besar dan lebih mahal yang ditawarkan oleh lebih banyak hotel konvensional.  Anda backpackers? pasti sesuai untuk anda!

sumber : Wikipedia
sumber : Wikipedia
sumber : Wikipedia
sumber : Wikipedia

jom ketahui Kapsul Hotel yang ada di kota kinabalu sabah.

Pertama : Seaview Capsule Hotel, Kota kinabalu

SeaView Capsule Hotel merupakan salah sebuah hotel kapsul yang agak popular di Sabah kerana ia terletak di Warisan Square, Kota Kinabalu. Ia hanya mengambil masa selama 15 minit perjalanan dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu. Yang bestnya hotel ini juga dilengkapi dengan sistem kawalan climate control yang boleh mengubah suhu mengikut persekitaran. Kemudahan lain yang disediakan adalah seterika. Tarikan utama kapsul hotel ini ialah kedudukannya yang menghadap laut. Anda boleh melihat suasana laut dan langit yang mendamaikan sewaktu menginap di sini.

Alamat : C-03, 03, Jalan Tun Fuad Stephen, Warisan Square, 88000 Kota Kinabalu, Sabah.

No Telefon : 088-234 634

Alamat Facebook https://www.facebook.com/SeaviewCapsuleHotel

Range Harga : RM 85 - RM108


Kedua :  Le Le B&P Capsule Hotel, Kota Kinabalu

Terdapat pilihan lain selain daripada SeaView Capsule Hotel, iatu Le Le B&P Capsule Hotel yang juga terletak di Warisan Square. Jika anda menginap di sini, kemudahan yang boleh anda temui dengan hanya berjalan kaki ialah transit bas ke lapangan terbang, Wisma Mall, market kraftangan, pusat membeli belah Imago, Pasar Filipina, dan Gaya Street. 

B-G-15, Warisan Square, Kota Kinabalu, 88300 Kota Kinabalu

No Contact : +60 16-833 2819

Facebook https://www.facebook.com/lelebnp

Range Harga : RM 64- RM 101

Ketiga : Space Cap Kota Kinabalu, Sabah

Space Cap KK ini mempunyai reka bentuk dalaman seperti kapal angkasa serta mempunyai sistem kawalan climate control. Setiap kapsul dilengkapi dengan set televisyen interaktif. Seperti mana hotel kapsul yang lain, ia juga menyediakan beberapa kemudahan percuma seperti sarapan, Wi-Fi, mesin basuh, pengering rambut, seterika, tuala mandi dan papan permainan.

Alamat : block C,lot 1&2,3rd floor, Kota, Warisan square, Kota Kinabalu, 88000 Kota Kinabalu, 

No Perhubungan : 088210131

Facebook https://www.facebook.com/CapsuleHotel.KK

Range Harga : Rm 72 - RM 88

Keempat : JK Capsule Hotel, Kota Kinabalu


Bagi anda yang sukakan suasana hipster dan ceria, JK Capsule Hotel menyediakan ruang hotel kapsul yang berwarna warni. Terletak di KK Times Square, tempat ini menyediakan 8 buah ruang kapsul yang merangkumi Budget Single Room dan Budget Double Room. Kemudahan asas seperti ruang makan, ruang tamu yang dilengkapi televisyen serta seterika disediakan untuk kegunaan tetamu secara berkongsi.

Alamat : Lot No. 34, 3F Block F, KK Times Square Off Coastal Highway, 88100 Kota Kinabalu 

No Perhubungan : 0 88-203 098

Facebook https://www.facebook.com/JK-Capsule-Hostel-159248324721768

Range harga : RM 98 - RM 135 

Kelima : Audrey Capsule Hostel, Kota Kinabalu

Hotel ini mendapat penarafan 4 bintang di laman tempahan hotel Booking.com, Agoda, Expedia dan Traveloka. Audrey Capsule Hotel ini merupakan hotel kapsul yang terdekat dengan Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu. Tarikan utama hotel kapsul ini ialah hiasan dalamannya yang tampak futuristik seperti di dalam kapal angkasa. Ia mempunyai sebanyak 21 bilik berhawa dingin dan setiap satunya dilengkapi dengan 3 bilik mandi serta kemudahan Wi-Fi.

Alamat : lot 3, plaza millennium, Jalan Pintas Penampang, 88300 Kota Kinabalu, Sabah

No Perhubungan : +60 11-5502 3913

Facebook https://www.facebook.com/gomodoppenampang/

Range Harga : RM 22- 24

Keenam : B-Bang Capsule Hostel, Kota Kinabalu


B-Bang Capsule Hotel ini menyediakan 3 jenis kapsul yang berlainan untuk para pengunjung. Antaranya ialah mix capsules, kapsul merah jambu untuk pengunjung perempuan dan VIP capsule yang boleh menempatkan lebih daripada 3 orang. Anda juga boleh melihat pemandangan bandaraya dari bilik anda. Setiap bilik mempunyai bilik mandi yang boleh dikongsi dan ruang tamu.

Alamat : Jalan Singgah Mata Block J, 1st to 3rd Floor, Lot 6, Asia City, 88000 Kota Kinabalu, 

No Perhubungan : 0 88-201 888

Laman Web : b-bang-hostel.kotakinabalutophotels.com

Facebook https://www.facebook.com/BBangCapsuleHotel

Range Harga : RM 35- RM 140

Ketujuh : Capsule Inn Kota Kinabalu

Untuk mereka yang lebih gemar untuk menggunakan servis shuttle dari lapangan terbang terus ke tempat penginapan, mungkin anda boleh mempertimbangkan Capsule Inn KK ini. Hotel ini menempatkan 32 ruang kapsul yang dibahagi antara kapsul lelaki dan perempuan. Paling best, hotel ini dikelilingi dengan restoran makanan laut. Bukan itu sahaja, pelbagai tempat-tempat menarik berada di sekitar hotel ini termasuklah Pasar Minggu Gaya, Warisan Square, Menara Jam Atkinson dan Muzium Negeri Sabah. Barangan keperluan peribadi pun tidak menjadi masalah untuk didapati di sini kerana Watsons hanya terletak di bawah kompleks hotel ini sahaja.

Alamat : Lot 3.33, Asia City Complex,, Jalan Singgah Mata 2, Asia City, 88000 Kota Kinabalu,

No Perhubungan : +60 12-877 7623

Facebook https://www.facebook.com/capsuleinn

Range harga : RM 42 - RM 55 


Sumber Artikel : ILoveBorneo

BONUS : MAPS Kedudukan Setiap Capsule Hotel Di Kota Kinabalu 

kami Sediakan Lokasi kedudukan setiap capsule Hotel seperti yang dinyatakan di atas bagi memudahkan anda mencari kedudukan setiap kapsul hotel dan membantu anda membuat pilihan yang tepat.

Anda mempunyai masalah untuk mencari KERETA SEWA BEST, MURAH lagi TRUSTED di KOTA KINABALU, SABAH?

Jika YA! Kini anda tak perlu risau lagi. Kami di BEST BORNEO CAR RENTAL dapat menyelesaikan semua masalah anda.

Kenapa anda MESTI pilih kami ?

Respon cepat ✅

Kereta bersih & Selesa ✅

Penghantaran percuma ke KKIA ✅

Staff peramah & mesra pelanggan ✅

Delivery kereta on time / tepati masa ✅

Support team jika berlaku kerosakan ✅

Testimoni Pelanggan kami

"Deliver good service with affordable price. My second time rent their car. Definitely will deal with them again in future. Tq best borneocar rental" Josephine ; Kuching

"Great service and friendly... We book again in the future.." Shirlin- Johor Bahru

"Easy booking. Easy collection. Easy return. Good car in clean condition. Would definitely recommend" Tania - Kuala Lumpur.

Untuk booking dan Segala pertanyaan, Anda boleh hubungi kami di 👇

+601110570862 SANIL (Direct Line)

www.bestborneocarrental.com  (Online Booking)

https://www.wasap.my/601110570862  (Whatsap)

Ada Diskaun tak?

Eh ada, jangan susah, booking online dan dapat diskaun, Ada ganjaran cashback lagi bosku. Cepat-cepat booking sebelum Promosi kami tutup. Lawat Laman web kami untuk maklumat lanjut diskaun dan cashback.

Latest posts in our blog

Read what's new this week
 

Trustpilot