
Tips dan Panduan Bercuti di Sabah : Bagaimana cara-cara membuat tempahan Kereta sewa di Kota Kinabalu, Sabah
Anda sudah merancang untuk bercuti di sabah? Anda nak ambil package sekali atau nakkan kebebasan berjalan sendiri dengan menyewa kereta sahaja? terdapat pro dan contra bagi setiap pilihan yang anda buat. Keputusan anda bergantung kepada citarasa dan budget anda.
Jika anda ingin bercuti dan membuat perancangan percutian sendiri, maka adalah lebih baik anda menyewa kenderaan di kota kinabalu sabah agar memudahkan anda untuk pergi ke mana-mana tempat menarik di sabah. perjalanan dan masa bergantung kepada perancangan anda. Adalah Disarankan agar anda membuat tempahan kereta sewa lebih awal agar anda dapat membuat perancangan dengan lebih baik dan lock kereta anda. Takut nanti jika anda membuat tempahan last minute, tiada pula kereta yang available, terutama pada musim cuti.
Bagaimana cara anda membuat tempahan kereta sewa dengan best Borneo Holiday & Rent a Car (dulu dikenali sebagai Best Borneo car rental).

Pertama : Buat pemilihan kenderaan
Dalam membuat pemilihan kenderaan, anda perlu memikirkan jumlah penumpang, bagasi dan tempat destinasi di sabah agar anda dapat membuat pemilihan kereta dengan tepat. jika group 1-5 orang, boleh mengambil kereta axia, bezza, saga, vios dan seumpama dengannya. jika 5- 7 orang, kereta yang sesuai adalah kereta jenis MPV iatu alza, innova, avanza mahupun Exora. untuk kumpulan yang ramai iatu 8-12 orang, boleh memilih kereta jenis van iatu Van hiace, Van urvan atau Hyundai Starex. anda boleh rujuk senarai kenderaan kami di sini. Home Untuk melihat senarai harga sewaan kereta sewa best borneo car rental, boleh merujuk di sini : Price list
Kedua : Mengisi Borang Tempahan Kereta Sewa
Setelah anda sudah mempunyai keputusan untuk kereta sewa yang anda pilih, anda boleh ke bahagian CAR BOOKING. Anda perlu mengisi sedikit maklumat diri dan pick-up dan return kereta. Anda boleh memilih tempat Pick up dan return kereta sama ada di Kinabalu International Airport atau Hotel / Homestay berdekatan dengan bandar kota kinabalu. Anda perlu memuat naik gambar lesen anda untuk tujuan pengesahan maklumat diri anda. Adakah Cara lain untuk membuat tempahan? ya ada, anda boleh berhubung terus dengan kami di talian 01110570862 atau berhubung melalui chat website yang kami sediakan dalam laman ini.
Ketiga : Mendapatkan Invoice
Selepas anda berjaya menghantar borang berkenaan, kami akan memproses permohonan anda dengan memeriksa kekosongan kenderaan yang anda kehendaki. Pihak Bestborneo Holiday @ rent a car akan menghubungi anda melalui Whatsapp untuk tujuan pengesahan tempahan kenderaan dan perbincangan lanjut jika diperlukan. Selepas itu, pihak kami akan menyediakan invoice dan menghantar kepada anda melalui email dan pemberitahuan melalui telefon dalam tempoh satu hari bekerja. Anda disarankan juga untuk menghubungi kami di talian 01110570862 selepas anda menghantar borang berkenaan bagi memaklumkan penghantaran borang tempahan anda.
Keempat : Membayar Deposit RM 100 untuk Confirmation booking
Selepas anda mendapat Invoice daripada pihak best borneo holiday & Rent a car, anda perlu membayar RM 100 deposit melalui pindahan bank untuk mengesahkan tempahan kenderaan berkenaan. Anda perlu memaklumkan kepada pihak kami melalui email atau whatsapp selepas pindahan telah dilakukan. Kami akan menghantar email pengesahan tempahan kereta sewa selepas kami menerima deposit anda. Deposit anda akan dikembalikan selepas kereta sewa dikembalikan tanpa kerosakan ataupun saman daripada pihak berkuasa.
Kelima : Membuat bayaran penuh semasa Pick up Kenderaan.
Anda perlu menyediakan wang tunai ataupun membuat pindahan wang melalui bank semasa pick up kereta sewa. Staff penghantaran kami akan menghubungi anda sejurus mereka sampai di tempat pick up kereta yang anda tetapkan. Jangan lupa untuk membuat pemeriksaan kenderaan semasa pick up kereta bagi mengelakkan anda dikenakan denda kerosakan. baca ini,

Mengapa anda perlu memilih syarikat kami berbanding syarikat yang lain?
Pasti banyak pengendali kereta sewa yang menawarkan harga yang murah kepada anda kan? Adakah anda yakin bahawa perkhidmatan mereka adalah yang baik dan bukan scammer? kami telah establish sejak 2016 dan telah mendapat lebih daripada seratus lebih feedback dan testimoni daripada pelanggan kami, dan Syukur hampir 97% feedback adalah positif. mereka sangat berpuas hati dengan service yang kami berikan. Kami juga menawarkan diskaun 5-10% dalam bentuk cashback bagi setiap tempahan yang anda sahkan. Boleh rujuk di sini : GREAT PROMOTION!! 5% CASHBACK.*tertakluk kepada terma dan syarat.
Anda mempunyai masalah untuk mencari KERETA SEWA BEST, MURAH lagi TRUSTED di KOTA KINABALU, SABAH?
Jika YA! Kini anda tak perlu risau lagi. Kami di BEST BORNEO CAR RENTAL dapat menyelesaikan semua masalah anda.
Kenapa anda MESTI pilih kami ?
Respon cepat ✅
Kereta bersih & Selesa ✅
Penghantaran percuma ke KKIA ✅
Staff peramah & mesra pelanggan ✅
Delivery kereta on time / tepati masa ✅
Support team jika berlaku kerosakan ✅
Testimoni Pelanggan kami
"Deliver good service with affordable price. My second time rent their car. Definitely will deal with them again in future. Tq best borneocar rental" Josephine ; Kuching
"Great service and friendly... We book again in the future.." Shirlin- Johor Bahru
"Easy booking. Easy collection. Easy return. Good car in clean condition. Would definitely recommend" Tania - Kuala Lumpur.
Untuk booking dan Segala pertanyaan, Anda boleh hubungi kami di 👇
+601110570862 SANIL (Direct Line)
www.bestborneocarrental.com (Online Booking)
https://www.wasap.my/601110570862 (Whatsap)
Ada Diskaun tak?
Eh ada, jangan susah, booking online dan dapat diskaun, Ada ganjaran cashback lagi bosku. Cepat-cepat booking sebelum Promosi kami tutup. Lawat Laman web kami untuk maklumat lanjut diskaun dan cashback.
Latest posts in our blog
Read what's new this week


TIPS DAN CARA MURAH TEMPAH MENDAKI PUNCAK GUNUNG KINABALU

Panduan Bercuti di Sabah Ketika PKPB (Dec 2020)

Bercuti Di Sabah Ketika PKPB? Ini Panduan Masuk Rentas Negeri Ke Sabah

Cerita Travel Sabah : Solo Trip Di Semporna, Sabah

8 Pulau Terbaik Tercantik Popular di Semporna, Sabah yang wajib anda Lawat
Tips Naik Gunung Kinabalu Semasa PKPP Covid-19 dengan Selamat

Bagaimana Bercuti Dengan Selamat Semasa PKPP

Nak Bercuti Di Sabah Masa PKPP? Ini Perkara Yang Anda Harus Tahu

Senarai Tempat menarik di Kudat : 8 Pantai paling memukau yang anda wajib lawat
