Tips dan Panduan Bercuti di Sabah : Apa yang boleh dibuat di Desa Cattle Dairy Farm, Kundasang?

29/01/2020

Desa Cattle Dairy Farm adalah salah satu tempat wajib apabila anda berkunjung ke kundasang, Setiap package tour ke kundasang pasti akan memasukkan Desa Cattle Dairy Farm dalam ittenaries mereka. Desa Cattle ini sangat terkenal dan mendapat jolokan nama New Zealand di Malaysia. Ini kerana cuacanya yang sangat sejuk dan indah pemandangan di kaki gunung kinabalu.

Daya tarikan sebenar di sini adalah ladang lembu, menghasilkan sekitar 900,00 liter susu setahun. Ladang itu adalah 199 hektar dan sebahagian besar lembu yang memerah susu adalah Friesians, pengeluar susu tertinggi semua baka lembu. Ia adalah destinasi yang ideal untuk seluruh keluarga, di mana terdapat aktiviti seperti memberi makan anak lembu dengan susu botol, memberi makan kambing dengan rumput, bagaimana susu diproses serta proses pemerah susu disediakan untuk semua orang. Jika anda pernah tertanya-tanya bagaimana susu dibuat, Desa Cattle Farm adalah tempat untuk anda.

sumber : Facebook Desa Cattle Dairy Farm
sumber : Facebook Desa Cattle Dairy Farm

kami mengongsikan aktiviti yang boleh dilakukan di sini dengan beberapa tips seperti yang dikongsikan oleh saudara M Redzuan A Rahman di facebook.

Aktiviti-aktiviti yang boleh dilakukan di sini:

1. Bergambar berlatarbelakangkan Gunung Kinabalu dan lembu-lembu di ladang ini. Ini merupakan aktiviti wajib

2. Memberi makan (atau susu) pada anak lembu dan anak kambing. Anak-anak kecil akan sukakan aktiviti ini. 8.30 pagi - 12 tengahari dan 1.30 petang - 4.30 petang

3. Melihat bangsal (tempat tinggal lembu). 9 pagi - 2 petang

4. Melihat aktiviti penyusuan lembu (2 petang - 4 petang). Kami tidak berkesempatan melihat aktiviti ini kerana kami tiba pagi di ladang ini.

5. Melihat pemprosesan dan pembungkusan susu. Aktiviti ini pada hari tertentu sahaja (Selasa, Khamis dan Ahad : 8 pagi - 12 tengahari)

6. Acara wajib supaya tidak menyesal setelah pulang adalah merasai kesedapan aiskrim di sini. Hanya RM5.30 satu.

Sedikit info berguna kepada mereka yang nak ke Desa Cattle Dairy Farm ini :

1. Tempat letak kereta yang berhampiran dengan pintu masuk agak terhad. Jadi datang awal ke sini. Terbaik tiba di sini dalam jam 8 pagi. Jika lewat terpaksa letak kereta di tepi jalan dan terpaksa berjalan agak jauh sedikit, lebih-lebih lagi ketika cuti panjang.

2. Sediakan wang kecil untuk memudahkan urusan bayaran masuk lebih-lebih lagi pada waktu awal pagi.

3. Pilihan makanan di tempat ini agak terhad. Saya cadangkan bersarapan siap-siap sebelum tiba di tempat ini.

4. Untuk pergi ke tempat-tempat menarik di sekitar ladang ini, pengunjung terpaksa berjalan. Jadi pakailah pakaian dan kasut yang selesa. Jika membawa mereka yang berumur, perlu pimpin mereka untuk bergerak dari satu tempat ke satu tempat.

5. Apabila berpeluang bergambar berlatarbelakangkan Gunung Kinabalu tanpa kabus, manfaat peluang tersebut sebaik mungkin. Tempoh masa Gunung Kinabalu untuk tidak diliputi kabus sangat singkat. Jadi manfaatkan sebaik mungkin.

6. Aiskrim perisa yogurt asli jauh lebih sedap daripada aiskrim perisa coklat.

7. Yogurt jenama Desa ini sangat sedap. Silalah beli saiz paling besar (475 gram) untuk di bawa pulang dari ladang ini. Kami beli 2 bekas dengan cadangan untuk bawa pulang ke Kuala Lumpur tapi malangnya 1 bekas dah habis dimakan pada hari terakhir di Sabah. 1 bekas jer Berjaya sampai ke Kuala Lumpur.

sumber : M Redzuan A Rahman
sumber : M Redzuan A Rahman
M Redzuan A Rahman
M Redzuan A Rahman

8. Bayaran masuk adalah RM5 untuk dewasa (umur 13 tahun ke atas) dan RM4 untuk kanak-kanak (7 - 12 tahun)

Tempat ini dibuka setiap hari dari jam 8 pagi sehingga 5 petang. Kalau sesiapa yang bercuti ke Sabah - jangan lepaskan peluang untuk ke Desa Cattle Dairy Farm ini. Anak-anak pasti akan gembira datang ke tempat ini.

M Redzuan A Rahman
M Redzuan A Rahman

seronok mendengar cerita dan perkongsian mereka kan? Bah, apa lagi, jom ke sabah dan merasa sendiri pengalaman terbaik. kami akan sentiasa mengongsikan tips-tips dan tempat menarik di sabah, so ikuti kami dan like facebook page kami ya. tekan simbol kat atas sekali tu. Sehingga berjumpa lagi di perkongsian akan datang.

Anda mempunyai masalah untuk mencari KERETA SEWA BEST, MURAH lagi TRUSTED di KOTA KINABALU, SABAH?

Jika YA! Kini anda tak perlu risau lagi. Kami di BEST BORNEO Holiday & Rent a Car dapat menyelesaikan semua masalah anda.

Kenapa anda MESTI pilih kami ?

Respon cepat ✅

Kereta bersih & Selesa ✅

Penghantaran percuma ke KKIA ✅

Staff peramah & mesra pelanggan ✅

Delivery kereta on time / tepati masa ✅

Support team jika berlaku kerosakan ✅

Testimoni Pelanggan kami

"Deliver good service with affordable price. My second time rent their car. Definitely will deal with them again in future. Tq best borneocar rental" Josephine ; Kuching

"Great service and friendly... We book again in the future.." Shirlin- Johor Bahru

"Easy booking. Easy collection. Easy return. Good car in clean condition. Would definitely recommend" Tania - Kuala Lumpur.

Untuk booking dan Segala pertanyaan, Anda boleh hubungi kami di 👇

+601110570862 SANIL (Direct Line)

www.bestborneocarrental.com (Online Booking)

https://www.wasap.my/601110570862  (Whatsap)

Ada Diskaun tak?

Eh ada, jangan susah, booking online dan dapat diskaun, Ada ganjaran cashback lagi bosku. Cepat-cepat booking sebelum Promosi kami tutup. Lawat Laman web kami untuk maklumat lanjut diskaun dan cashback.

Trustpilot