
Tips dan panduan bercuti : Dapatkan Refund tiket penerbangan Air Asia dengan berkesan
Wabak Covid-19 sekarang telah melanda seluruh dunia. mengikut statistik terkini, Kes kematian akibat COVID-19 seluruh dunia hampir mencecah 5,000 mangsa, menurut statistik daripada Worldometer berkaitan wabak tersebut. Setakat jam 11 pagi Jumaat, angka kematian direkodkan sebanyak 4,979 kes seluruh dunia manakala angka jangkitan positif COVID-19 mencecah 134,702 kes. Daripada jumlah itu, sebanyak 70,381 pesakit telah sembuh daripada wabak tersebut.
Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) telah mengisytiharkan COVID-19 sebagai pandemik, iaitu merujuk kepada wabak yang menyerang dalam skop lebih besar dan tidak terhad kepada sesuatu komuniti atau daerah semata-mata. Virus itu telah menyerang 127 buah negara dengan sebuah kapal pesiaran yang mempunyai penumpang lebih daripada 3,500 orang iaitu Diamond Princess.
China masih merekodkan jumlah jangkitan dan kematian tertinggi setakat ini dengan masing-masing sebanyak 80,814 dan 3,176. Sementara itu, Itali merekodkan kes kematian tertinggi di luar China dengan melebihi angka 1,000 mangsa iaitu 1,016, pada Jumaat. Jumlah kes jangkitan di negara itu pula mencecah 15,113.
Dalam pada itu, Iran merupakan negara ketiga tertinggi kes jangkitan positif COVID-19 dengan jumlah kes mencecah 10,075 dan 429 kematian. Korea Selatan pula menjadi negara keempat tertinggi jangkitan COVID-19 yang menyertai tiga negara teratas mempunyai kes positif melebihi 5,000 dengan 7,979 kes positif manakala 67 kes kematian. Sementara itu, di Malaysia setakat jam 11 pagi ini, sebanyak 158 kes positif dikesan dengan pertambahan sebanyak sembilan kes pada Khamis.(sumber berita : awani)
Statistik pasti sangat menakutkan kita semua. mungkin ada yang telah membayar dan menempah tiket penerbangan. Pada situasi kini, adalah digalakkan tidak keluar negara bagi menangani wabak ini. So persoalan besar di sini, Tiket penerbangan boleh minta refund tak?
Kami kongsikan beberapa langkah yang anda boleh gunakan untuk proses refund/reclaim tiket penerbangan Air Asia.

Langkah-langkah proses claim refund tiket air asia.
1. Buka Website Airasia, Login dan klik chat with AVA.
2. Semasa Chat dengan AVA, klik REFUND-AIRASIA NEW REQUEST REFUND-MORE-KOREA REFUND. bukan klik Airport Tax Refund ya.
3. masukkan semua maklumat yang AVA minta mengikut maklumat tiket yang kita telah beli. AVA akan meminta nombor booking, nama dan surname penumpang (masukkan salah satu nama penumpang yang ada dalam maklumat tempahan) dan email (email yang telah digunakan untuk tempahan berkenaan)
4. selepas kita melengkapkan semua butiran yang diperlukan, dia akan keluar all route tempahan berkenaan. Kemudian anda pilih route dan penumpang yang anda inginkan untuk tujuan refund. pihak air asia akan memberikan pilihan sama ada refund berkenaan akan dikembalikan dalam akaun Air Asia atau terus ke akaun bank asal yang telah digunakan semasa membuat pembayaran tempahan. Bahagian ini sangat penting kerana maklumat harus mengikut maklumat semasa dalam tempahan, jika tidak, request refund anda mungkin tidak akan diterima.
5. Setelah selesai semua, anda akan mendapat nombor kes dan email.
6. Dia akan beri makluman melalui email lagi setelah pembayaran semula diproses.
Pihak air asia akan info bahawa proses refund mengambil masa 30 hari waktu bekerja. Namun anda boleh check email dan akaun air asia di bahagian my cases. Terdapat permohonan refund yang dapat semula kurang dari dua minggu.
sumber : Facebook Pija Hashim
Jika nak cari kereta sewa yang trusted di sabah dengan harga yang murah, jom lihat sini.
Follow dan like page facebook @bestborneocarrental untuk perkongsian tips dan panduan bercuti terkini.
Latest posts in our blog
Read what's new this week


TIPS DAN CARA MURAH TEMPAH MENDAKI PUNCAK GUNUNG KINABALU

Bantuan Prihatin Sabah 2.0 : Panduan Permohonan dan Semakan

Geran Khas Prihatin Tambahan PERMAI 2021 RM1000

Senarai Bantuan Di Bawah Jabatan Kebajikan Masyarakat dan Cara Permohonan

Penjawat Awam Akan Menerima Bantuan Khas Pada 25 Januari 2021 dan Kategori Layak dan Tidak Layak
Raiz Investment Review : Simpan dan Labur

Panduan Bercuti di Sabah Ketika PKPB (Dec 2020)

10 Cara Mudah Elak Terkena Scam (dan Apa Yang Perlu Anda Buat Jika Menjadi Mangsa)

Panduan Mohon Rayuan GKP 2.0 dan Alasan Tidak Lulus Geran Khas Prihatin

Bercuti Di Sabah Ketika PKPB? Ini Panduan Masuk Rentas Negeri Ke Sabah

iShareFans dan LikeShare Kini Tutup, Terbukti Scam dan Tipu

i-Sinar: (Baru) Kelayakan dan Tips Permohonan Pengeluaran Akaun 1 KWSP RM10K

Cerita Travel Luar Negara: Tips Persediaan Pendakian Gunung Anapurna Base Camp
