Selepas pandemik Covid-19 yang melanda seluruh dunia, dimana percutian terpaksa ditangguhkan, kini mulai pulih. Sempadan negara mulai dibuka dan pelancongan mulai rancak semula. Walaupun pandemik ini telah berakhir, namun langkah-langkah pencegahan penyebaran virus ini tidak patut diendahkan.
Tips dan Panduan Bercuti : Cara Untuk Mengesan Kamera Tersembunyi Di Tempat Penginapan
Anda pernah masuk ke Hotel, homestay, atau Airbnb dan rasa ragu-ragu dan syak wasangka ada kamera tersembunyi di dalam bilik@tempat penginapan anda? Keraguan anda ada asasnya sebab Airbnb membenarkan pemilik Rumah atau @host memasang kamera pengawasan dengan syarat boleh dilihat dengan jelas dan terdedah dan terhad@ tidak boleh dipasang di tempat mandi ataupun bilik tidur (boleh rujuk sini). Namun begitu, Ada juga pemilik penginapan @Host Airbnb yang tidak mengikut syarat dan peraturan tersebut.
Jika anda merasakan atau nampak sesuatu yang agak ganjil dan berlainan, seperti jam dinding or jam meja yang mempunyai USB Port, atau Pengesan Asap yang mempunyai benjolan di tepi, atau soket elektrik yang mempunyai lubang tambahan. Anda harus membuat pemeriksaan lanjut. Perkongsian pada kali ini adalah cara untuk mengesan Kamera tersembunyi di tempat penginapan anda.

Pertama : Gunakan Lampu Suluh untuk mencari Lensa Kamera.
Anda boleh mencuba dengan menutup semula lampu di dalam bilik atau ruangan tersebut, kemudian dengan menggunakan cahaya lampu suluh, anda pancarkan ke arah tempat yang anda ragui. jika terdapat silauan atau reflection, Mungkinia adalah berpunca daripada kaca lensa kamera!.
Kedua : Buka semua Laci yang ada.
Terdapat kamera yang begitu kecil dimana ia boleh muat di celah laci dalam kabinet. mungkin alat ini juga disimpan di dalam laci. so anda kena teliti untuk mencari.
Ketiga : Kesan Rangkaian Wi-fi
Kamera kecil biasanya menggunakan sambungan wifi agar pemilik dapat melihat rakaman video secara dalam talian. Walaupun cara ini tidaklah berkesan 100%,tetapi ia dapat membantu anda dalam usaha ini. Anda boleh menggunakan aplikasi telefon pintar anda untuk mengesan sambungan Wifi. Antara Aplikasi telefon yang boleh digunakan adalah:
- Don't Spy ( iOS)
- Fing (Android dan iOS)
- Glint Finder (Android)
- Hidden Device Detector (Android)
- Hidden Spy Camera Detector ( Android dan iOS)
Keempat : Gunakan Pengesan RF
Dengan menggunakan Pengesan RF, anda boleh mengesan semua RF(radio Frequency) yang ada di dalam ruangan atau bilik. Semua Peralatan Wireless akan mengeluarkan isyarat radio ( RF).
Kita bukan mahu menakut-nakutkan anda atau merosakkan industri Homestay, Lodge, hotel ataupun Airbnb tetapi perkongsian ini adalah berdasarkan kejadian sebenar. langkah ini boleh mengelakkan anda daripada dianiaya dan penyalahgunaan teknologi oleh orang yang tidak bertanggungjawab.
Tuan-tuan Nak ke Kota kinabalu, Sabah untuk melancong?. Dah sampai kota kinabalu nanti pasti perlukan kereta sewa, betul tak? Jom tempah dengan kami ya. kami pun sediakan diskaun hebat untuk anda, 5% discount cashback untuk setiap tempahan yang anda buat. Rujuk Senarai harga kereta sewa di kota kinabalu SINI. Nak tempah terus, boleh Klik SINI ya. Nak usha-usha testimoni terbaik pelanggan best borneo car rental boleh klik SINI je. Kalau tak pun, terus jak contact customer service dorang kat sini : 01110570862.
Jom Follow media sosial kami di sini untuk update dan perkongsian tips dan panduan bercuti.
Hello guys..Selamat tahun baru 2022!! apa azam baru tahun 2022? nak mendaki gunung kinabalu? Syukur sekarang pelancongan domestik di Malaysia kini sudah dibuka. Sektor pelancongan di Sabah beransur kembali beroperasi.
Yeah!. Sektor pelancongan di Sabah telah dibuka semula untuk kedua kalinya yang mana telah bermula pada awal bulan disember 2020. Bah apa lagi, jom kita ronda-ronda Sabah!.
Anda pasti sangat rindu untuk pergi bercuti dan travel bersama keluarga tersayang? Jom bercuti di Sabah, SOP PKPB yang bermula 7 disember hingga 20 Disember telah dilonggarkan dimana rentas negeri di Malaysia telah dilonggarkan. Ini bermaksud anda boleh bercuti ke seluruh negeri di Malaysia kecuali kawasan yang masih dalam status PKPD.
Ada yang sudah pernah ke Semporna Sabah? Jika belum, mari kami kongsikan cerita-cerita travel ke semporna yang dikongsikan oleh traveller. Dengan cerita ini, mungkin anda boleh mendapat tips dan gambaran bagaimana anda hendak merancang percutian anda ke Semporna Sabah pada masa akan datang.
Negeri Sabah atau lebih dikenali sebagai Borneo Sabah mempunyai kekayaan alam yang mempunyai keindahan yang unik dan setaraf dengan tempat-tempat menarik di negara luar. Anda boleh sebutkan apa sahaja yang anda mahu, nak hiking? ada gunung kinabalu, Nakkan suasana nyaman dan sejuk? ada kundasang dan Bukit Kokol. Nak pantai ? sabah dikelilingi oleh...
Ada yang merancang untuk mendaki Gunung Kinabalu? Anda perlu ketahui tips dan peralatan yang sesuai untuk mendaki. Persediaan yang betul dan tepat dapat memudahkan pendakian anda nanti. Kami berikan anda tips bonus iatu langkah keselamatan atau SOP mendaki gunung kinabalu semasa PKPP dan wabak Covid-19.
Bagaimana Bercuti Dengan Selamat Semasa PKPP
Sektor pelancongan di Malaysia sudah mula dibuka pada 11 Jun 2020. Pembukaan semula pelancongan ini menjadi berita baik kepada para pengusaha pelancongan dan pemilik hotel dan homestay. operasi sektor Pelancongan menjadi lumpuh sepanjang tempoh PKP dan PKPB.
Pelancongan di Sabah telah dibuka semula!. Betul, Anda sudah boleh pergi bercuti-cuti semasa Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP).