Selepas pandemik Covid-19 yang melanda seluruh dunia, dimana percutian terpaksa ditangguhkan, kini mulai pulih. Sempadan negara mulai dibuka dan pelancongan mulai rancak semula. Walaupun pandemik ini telah berakhir, namun langkah-langkah pencegahan penyebaran virus ini tidak patut diendahkan.
TIPS DAN PANDUAN BERCUTI : 7 RAHSIA@TRICK PEMBELIAN TICKET MURAH
Tahun 2020 sudah bermula dan sudah melabuhkan tirainya. Tahun 2020 adalah tahun melawat Malaysia. Terdapat banyak promosi dan tempat menarik yang boleh dikunjungi di dalam negara. Jom kita support Produk Pelancongan negara kita. Jika kita hendak travel, pastinya kita akan perlu membuat tempahan tiket kapal terbang. ia adalah sesuatu yang tidak dapat dielakkan apa lagi anda ingin melancong ke luar negara ataupun ke luar negeri,Negeri Sabah misalnya. Nah, anda beruntung kerana di sini admin Nak kongsikan 7 Rahsia untuk mendapatkan tiket penerbangan yang murah. Anda boleh jimatkan kos dan boleh menggunakan penjimatan berkenaan untuk makan besar semasa trip anda nanti.

Rahsia Pertama : Buat Tempahan Tiket pada Hari Selasa dan Rabu
aikkk, Kenapa pula? haaaa...hari selasa dan rabu adalah hari terbaik untuk membuat tempahan tiket kapal terbang kerana pada hari ini, kebanyakan syarikat penerbangan akan menetapkan setting harga tiket pada hari selasa jam 7.00 malam. Ini kerana syarikat penerbangan tahu bahawa kebanyakkan penumpang akan hanya mempunyai masa untuk membuat tempahan pada hujung minggu. Statistik ini adalah berdasarkan kajian yang mendapati bahawa kebanyakkan penumpang akan memeriksa harga tiket pada hari jumaat, sabtu dan Ahad.
Rahsia Kedua : Buat Tempahan Awal, Tapi tidak terlalu awal
aikkk...bingung la admin ni kan, suruh tempah awal, tapi jangan terlalu awal, macamana tu? hari yang tepat untuk membuat tempahan adalah 21 hari sebelum tarikh penerbangan anda. Syarikat penerbangan menetapkan sistem agar dapat menjual tiket seberapa banyak yang boleh. sistem tersebut telah ditetapkan kuota tertentu tiket-tiket yang dijual pada harga yang murah. Contohnya, penerbangan daripada Kuala Lumpur ke Kota Kinabalu Sabah, mungin kuota untuk tiket terendah adalah hanya untuk 20 orang. sementara 200 penumpang yang seterusnya akan mendapat harga medium dan selebihnya pada harga tiket yang lagi mahal.
Rahsia Ketiga : Terbang pada Hari yang Sesuai
Apa lah hari yang sesuai admin? haaa..Cuba korang pilih penerbangan pada hari Selasa dan Rabu. Hari pertengahan minggu ini adalah hari yang kurang sibuk untuk sistem tempahan dan malah di lapangan terbang juga akan kurang sibuk pada hari berkenaan berbanding pada hari hujung minggu.
Rahsia Keempat : Dapatkan "Best Deal" untuk Penerbangan Antarabangsa
Syarikat penerbangan akan menawarkan "best Deal" kira-kira 11 dan 12 minggu lebih awal untuk penerbangan antarabangsa. So jika anda merancang untuk ke luar negara, Rancang awal dan lihat tiket penerbangan seawal 11-12 minggu ( lebih kurang 3 - 4 bulan awal). Kena rajin check la ye pada tempoh berkenaan.
Rahsia Kelima : Pilih Pendaratan di Lapangan Terbang Kecil
Teknik ini boleh digunakan untuk negara yang mempunyai sistem pengangkutan yang lebih baik dan berdekatan. Kena rajin buat research dengan kawasan atau destinasi pelancongan anda. contohnya jika hendak ke London, biasanya kebanyakkan orang terus akan pilih untuk mendarat di Heathrow. Cuba anda pilih lapangan terbang kecil yang lain. contohnya pilih lapangan terbang Manchester. Selepas mendarat di Manchester, Gunakan Train untuk ke London. Pasti lebih murah. Hmmm, di Sabah sesuai tak? admin tidak sarankan sebab Sabah di satu kawasan yang luas dan Lapangan terbang pilihan pun sedikit dan berjauhan. pilihan lapangan terbang bergantung kepada destinasi pilihan anda di sabah. Jika anda inginkan "short Vacation" di kundasang, adalah lebih baik anda mendarat di Lapangan terbang Antarabangsa Kota Kinabalu. Di lapangan terbang Boleh terus menggunakan kereta sewa. ( disarankan agar tempah awal sebelum penerbangan, kereta sewa di lapangan terbang agak mahal). Nak deal terbaik, Hubungi Best Borneo Car Rental.
Jika destinasi anda adalah di Sandakan atau tawau, anda boleh pilih beli tiket direct dari Kuala Lumpur ke Lapangan terbang sandakan atau tawau. Ada Pengunjung blog yang bertanya, boleh ke ambil flight dari sandakan/tawau dan pastu fligh balik ke KL ikut KKIA? boleh je, tapi lebih sesuai untuk trip yang agak panjang iatu 4-7 hari supaya anda tak penat. disarankan agar anda mengambil kereta sewa. Admin kongsikan ittenary Sandakan - Tawau - Tambunan - Ranau- Kundasang-kota kinabalu pada entry pada masa akan datang, so pastikan anda like page kami ya.
Rahsia Keenam : Buang "cookies" di Telefon atau Komputer Anda
Teknik yang ini pasti ramai yang belum tahu kan. Admin sarankan agar anda membuang "cookies" dalam komputer riba, telefon dan Komputer dekstop anda jika anda telah melawat laman web syarikat penerbangan 30 hari sebelum ini. admin bagitau bahawa melalui cookies ini, syarikat penerbangan akan andaikan anda suda melawat laman web mereka berulang kali. jadi sistem tempahan akan tetapkan harga yang sama sahaja walaupun anda sudah masuk laman web itu berulang kali, malahan mungkin akan menaikkan harga tiket lagi. Contoh lebih dekat lagi ialah, anda perasan tak selalu mendapat iklan google yang hampir sama setiap kali anda masuk ke laman web yang ada iklan google? contoh iklan google seperti kat bawah ni. hehehe.. sebab mereka(google) tahu apa yang ada search baru-baru ini melalui cookies. So admin nasihatkan agar anda mengamalkan tabiat memadamkan cookies pada internet browser korang tu.
Rahsia Ketujuh : Rajin Bandingkan Harga
Admin Best Borneo menggalakkan agar anda rajin untuk membuat perbandingan Harga. Jangan tertumpu pada satu laman web sahaja. Korang mungkin terkejut sebab kadang-kadang kita akan jumpa ada pula harga tiket yang lebih murah yang ditawarkan oleh syarikat penerbangan yang sama. Antara search engine yang anda boleh gunakan untuk membuat perbandingan harga adalah seperti berikut :
- Skyscanner
- Cheapflight
- momondo
- Kayak
- Google Flight
- Ita Software
Semoga perkongsian kali ini dapat memberikan manfaat kepada semua traveller. Jika anda rasa artikel ini berguna, jom sharekan kepada family dan rakan-rakan anda.
Nak cari car rental di kota kinabalu sabah atau Private Tour di Sabah? Meh contact admin tau, kami boleh berikan harga@pakej yang sangat berbaloi. Anda Landing jak di Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu, Kami sudah Tercegat di Pintu Arrival menyambut anda.
Hello guys..Selamat tahun baru 2022!! apa azam baru tahun 2022? nak mendaki gunung kinabalu? Syukur sekarang pelancongan domestik di Malaysia kini sudah dibuka. Sektor pelancongan di Sabah beransur kembali beroperasi.
Yeah!. Sektor pelancongan di Sabah telah dibuka semula untuk kedua kalinya yang mana telah bermula pada awal bulan disember 2020. Bah apa lagi, jom kita ronda-ronda Sabah!.
Anda pasti sangat rindu untuk pergi bercuti dan travel bersama keluarga tersayang? Jom bercuti di Sabah, SOP PKPB yang bermula 7 disember hingga 20 Disember telah dilonggarkan dimana rentas negeri di Malaysia telah dilonggarkan. Ini bermaksud anda boleh bercuti ke seluruh negeri di Malaysia kecuali kawasan yang masih dalam status PKPD.
Ada yang sudah pernah ke Semporna Sabah? Jika belum, mari kami kongsikan cerita-cerita travel ke semporna yang dikongsikan oleh traveller. Dengan cerita ini, mungkin anda boleh mendapat tips dan gambaran bagaimana anda hendak merancang percutian anda ke Semporna Sabah pada masa akan datang.
Negeri Sabah atau lebih dikenali sebagai Borneo Sabah mempunyai kekayaan alam yang mempunyai keindahan yang unik dan setaraf dengan tempat-tempat menarik di negara luar. Anda boleh sebutkan apa sahaja yang anda mahu, nak hiking? ada gunung kinabalu, Nakkan suasana nyaman dan sejuk? ada kundasang dan Bukit Kokol. Nak pantai ? sabah dikelilingi oleh...
Ada yang merancang untuk mendaki Gunung Kinabalu? Anda perlu ketahui tips dan peralatan yang sesuai untuk mendaki. Persediaan yang betul dan tepat dapat memudahkan pendakian anda nanti. Kami berikan anda tips bonus iatu langkah keselamatan atau SOP mendaki gunung kinabalu semasa PKPP dan wabak Covid-19.
Bagaimana Bercuti Dengan Selamat Semasa PKPP
Sektor pelancongan di Malaysia sudah mula dibuka pada 11 Jun 2020. Pembukaan semula pelancongan ini menjadi berita baik kepada para pengusaha pelancongan dan pemilik hotel dan homestay. operasi sektor Pelancongan menjadi lumpuh sepanjang tempoh PKP dan PKPB.
Pelancongan di Sabah telah dibuka semula!. Betul, Anda sudah boleh pergi bercuti-cuti semasa Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP).