Selepas pandemik Covid-19 yang melanda seluruh dunia, dimana percutian terpaksa ditangguhkan, kini mulai pulih. Sempadan negara mulai dibuka dan pelancongan mulai rancak semula. Walaupun pandemik ini telah berakhir, namun langkah-langkah pencegahan penyebaran virus ini tidak patut diendahkan.
Tips dan Panduan bercuti : 5 cara Coronavirus akan mengubah travel pada masa akan datang

Dalam beberapa minggu yang singkat ini, pandemik coronavirus telah menjadikan dunia huru hara. Apa yang sepertinya ancaman jauh kini menjadi pertempuran global yang kita semua berada di barisan hadapan. Kehidupan semua orang telah terkesan tetapi satu industri yang sangat terkesan adalah industri pelancongan.
Wabak itu mengakibatkan kerugian yang besar di seluruh industri: syarikat penerbangan di seluruh dunia telah mengurangkan jadual mereka apabila trafik penumpang telah berkurang dengan drastik, laluan pelayaran telah menghentikan operasi untuk beberapa bulan akan datang, seluruh hotel telah dipaksa untuk ditutup, dan ribuan pekerja dalam industri telah kehilangan kerja.
Satu perkara yang kami pasti adalah bahawa coronavirus pasti akan mengubah masa depan perjalanan percutian (travel). Walaupun kita tidak dapat melihatnya lagi, ada beberapa kesan positif yang kita boleh lihat dari semua ini. saya berharap krisis global ini akan membawa dunia bersama dan bersatu.
Berikut adalah beberapa cara yang kami rasakan perkara berkaitan travel pada masa depan yang akan berubah apabila coronavirus sudah berakhir.
1. Kebersihan dan sanitasi akan menjadi keutamaan
Jika anda tidak biasa mencuci tangan sebelum ini, anda mungkin akan menjadi seorang yang rajin membersihkan tangan sekarang. Contohnya Mereka yang "germaphobes" yang kerap mengelap kerusi pesawat mereka mungkin tidak luar biasa dan kelihatan normal, yang mana sebelum ini anda memandang mereka sebagai aneh atau perbuatan yang melampau.

Selain mengambil langkah berjaga-jaga untuk individu, kami merasakan juga bahawa industri pelancongan juga akan turut mengambil perhatian. Ini bermakna pembersihan pesawat dan bilik hotel akan lebih teratur dan kerap. mungkin juga akan ada beberapa garis panduan kesihatan baru untuk pekerja yang mempunyai pekerjaan yang mempunyai risiko terdedah kepada virus yang tinggi seperti pekerja dalam industri penerbangan dan pekerja pengangkutan awam. Dan apa yang pasti hebat ialah jika pembersihan sistem transit awam, seperti bas, kereta api, monorail, menjadi norma. Selepas ini, semua ini akan menjadi normal dan menjadi kebiasaan dalam kehidupan kita seharian.
Lihat sini : Vietnam Airlines disinfects aircraft after each flight - Business Traveller
2. Permintaan pengembaraan luar (outdoor) akan meningkat

3. Travel akan menjadi lebih bermakna
Mungkin pengembara perniagaan akan memberi penekanan untuk mengambil lebih banyak travel bersama keluarga. Mungkin pengembara yang suka pengembaraan solo akan mula mempertimbangkan agar mereka mula berkongsi pengalaman dengan orang tersayang. Masa rehat ini (wabak) dari perjalanan hanya akan membuat kita semua lebih menghargai untuk setiap pengembaraan dan melihat langit ( nature ) dengan lebih kerap.
4. Orang Malaysia akan mula memanfaatkan masa cuti
Malaysia adalah negara yang mempunyai cuti yang paling banyak berbanding negara-negara lain. Orang Malaysia selepas wabak ini mungkin akan memanfaatkan cuti dengan lebih baik dan mungkin mengambil percutian dalam Negara bagi membantu mengembalikan Industri pelancongan domestik negara. Negara Malaysia mempunyai produk pelancongan yang menarik. Negeri Sabah adalah destinasi terbaik selepas ini kerana negeri sabah mempunyai produk pelancongan yang dinamik dan luas. Anda boleh menikmati alam semulajadi di negeri Sabah, sama ada nak ke pulau, Mendaki gunung kinabalu, merasakan budaya tempatan dan makanan yang terbaik.
artikel berkaitan : TIPS DAN PANDUAN BERCUTI : TOP 'BUCKETLIST' DI SABAH BAGI TAHUN 2020
5. Travel di jalan raya akan menjadi lebih popular (Road Trip)


Apakah cara travel yang terbaik di sabah? dengan menggunakan jalanraya. Pengangkutan awam di negeri sabah masih belum setanding dengan negeri di Semenanjung Malaysia namun begitu, pembangunan infrastruktur perhubungan awam di negeri sabah giat dijalankan. Jika anda sukakan Road Travel, dan tidak kisah dengan pemanduan yang agak panjang, maka penyewaan kenderaan kereta sewa adalah yang pilihan yang terbaik. Anda akan dapat melihat lebih banyak pemandangan panorama yang lebih indah dan pengalaman berinteraksi dengan orang tempatan.
Terdapat pelbagai pilihan syarikat penyedia perkhidmatan kereta sewa di Kota kinabalu, Sandakan dan Tawau. Mereka dapat menawarkan penghantaran kenderaan terus ke Lapangan terbang secara percuma atau dengan cas yang minima.
Artikel berkaitan : TIPS BERCUTI DI SABAH #1 : PEMILIHAN KERETA SEWA YANG SESUAI
Jika anda inginkan pengalaman percutian yang terbaik dan kereta sewa yang terbaik, anda boleh menghubungi kami @bestborneocarrental. kami sangat komited untuk memberikan perkhidmatan yang terbaik kepada pelanggan kami. Anda boleh melihat feedback dan testimoni positif daripada pelanggan kami. Kami juga menawarkan diskaun Cashback 5% untuk tempahan anda dan ganjaran 10% diskaun khas untuk pelanggan kami yang setia.
artikel berkaitan : Car rental in Kota Kinabalu, sabah- The BEST Option you can have!
Jika nak cari kereta sewa dan pakej percutian yang trusted di sabah dengan harga yang murah, jom lihat sini.
Follow dan like page facebook @bestborneocarrental untuk perkongsian tips dan panduan bercuti terkini atau hubungi kami di :
Whatsapp : 01110570862
email : bestborneocarrental@gmail.com
atau chat terus di webchat kami.
TIPS DAN PANDUAN PERCUTIAN
Hello guys..Selamat tahun baru 2022!! apa azam baru tahun 2022? nak mendaki gunung kinabalu? Syukur sekarang pelancongan domestik di Malaysia kini sudah dibuka. Sektor pelancongan di Sabah beransur kembali beroperasi.
Yeah!. Sektor pelancongan di Sabah telah dibuka semula untuk kedua kalinya yang mana telah bermula pada awal bulan disember 2020. Bah apa lagi, jom kita ronda-ronda Sabah!.
Anda pasti sangat rindu untuk pergi bercuti dan travel bersama keluarga tersayang? Jom bercuti di Sabah, SOP PKPB yang bermula 7 disember hingga 20 Disember telah dilonggarkan dimana rentas negeri di Malaysia telah dilonggarkan. Ini bermaksud anda boleh bercuti ke seluruh negeri di Malaysia kecuali kawasan yang masih dalam status PKPD.
Ada yang sudah pernah ke Semporna Sabah? Jika belum, mari kami kongsikan cerita-cerita travel ke semporna yang dikongsikan oleh traveller. Dengan cerita ini, mungkin anda boleh mendapat tips dan gambaran bagaimana anda hendak merancang percutian anda ke Semporna Sabah pada masa akan datang.
Negeri Sabah atau lebih dikenali sebagai Borneo Sabah mempunyai kekayaan alam yang mempunyai keindahan yang unik dan setaraf dengan tempat-tempat menarik di negara luar. Anda boleh sebutkan apa sahaja yang anda mahu, nak hiking? ada gunung kinabalu, Nakkan suasana nyaman dan sejuk? ada kundasang dan Bukit Kokol. Nak pantai ? sabah dikelilingi oleh...
Ada yang merancang untuk mendaki Gunung Kinabalu? Anda perlu ketahui tips dan peralatan yang sesuai untuk mendaki. Persediaan yang betul dan tepat dapat memudahkan pendakian anda nanti. Kami berikan anda tips bonus iatu langkah keselamatan atau SOP mendaki gunung kinabalu semasa PKPP dan wabak Covid-19.
Bagaimana Bercuti Dengan Selamat Semasa PKPP
Sektor pelancongan di Malaysia sudah mula dibuka pada 11 Jun 2020. Pembukaan semula pelancongan ini menjadi berita baik kepada para pengusaha pelancongan dan pemilik hotel dan homestay. operasi sektor Pelancongan menjadi lumpuh sepanjang tempoh PKP dan PKPB.
Pelancongan di Sabah telah dibuka semula!. Betul, Anda sudah boleh pergi bercuti-cuti semasa Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP).
ARTIKEL MENARIK
Negara Malaysia sekali lagi dilanda gelombang kedua wabak Covid-19 yang mana hampir semua negeri dikenakan PKP kecuali negeri Sarawak. Malah kes jangkitan virus adalah sangat tinggi yang mencecah ribuan kes setiap hari.
Malaysia memulakan tahun 2021 dengan cabaran gelombang kedua wabak Covid-19 dan terpaksa melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan PKP di seluruh negara kecuali Negeri Sarawak.
Pada hari ini, admin ingin kongsikan pelbagai bantuan yang anda boleh mohon. Rupanya, banyak jenis bantuan yang ditawarkan oleh kerajaan Malaysia melalui Jabatan Kebajikan Masyarakat.
Penjawat Awam Akan Menerima Bantuan Khas Pada 25 Januari 2021 dan Kategori Layak dan Tidak Layak
Melalui Belanjawan 2021, Kerajaan telah bersetuju untuk memberikan Bantuan khas Kewangan Tahun 2021 dibayar kepada pegawai Perkhidmatan Awam Kumpulan Pengurusan dan Professional serta kumpulan pelaksana Gred 56 dan ke bawah. Bayaran ini akan turut diberikan kepada pesara Kerajaan yang menerima pencen dan veteran tidak berpencen.
Raiz Investment Review : Simpan dan Labur
Anda minat melabur? tetapi modal yang ada hanya sedikit? Kini anda boleh membuat pelaburan dengan jumlah pelaburan yang minimum serendah RM5 dengan RAIZ.
Baru-baru ini, Malaysia heboh dengan scam platform menjana pendapatan secara mudah dalam talian seperti isharefans dan likeshare. Kini platform ini telah ditutup menyebabkan ramai yang menjadi mangsa scam dan kerugian ribuan ringgit.
Anda telah memohon Geran Khas Prihatin 2.0 tetapi gagal? ketahui Alasan tidak lulus?
Kini, Platform iShareFans telah ditutup dan menyebabkan ramai ahli kerugian sehingga ribuan ringgit. Sebelum ini kami sudah telah memberikan amaran bahawa operasi isharefans ini meragukan dan adalah scam. Kami adalah yang terawal memberikan review tentang platform ini iatu pada awal bulan oktober.
Kerajaan telah melancarkan program bagi membantu rakyat yang mengalami kesukaran ketika dalam wabak Covid-19 ini. Tekanan daripada rakyat akhirnya kerajaan bersetuju untuk memberikan kebenaran pengeluaran KWSP Akaun 1 melalui program i-Sinar.
MASIH MENCARI INFO ? GUNAKAN RUANGAN SEARCH DI BAWAH. ANDA MUNGKIN TERKEJUT DENGAN PENEMUAN ANDA!