Tips dan panduan bercuti : 15 cara terbaik bagaimana anda boleh jimatkan kos travel anda dengan mudah (Backpackers Style) - best borneo holiday & rent a car

02/04/2020

Hampir semua orang mahu meluangkan masa sebanyak mungkin untuk tujuan travelling, Namun malangnya, perancangan perjalanan boleh menjadi sangat mahal. Oleh yang demikian, kami ingin membantu anda dengan memberikan beberapa tips penjimatan yang terbaik untuk anda ikuti. Penjimatan travel bukan sahaja untuk penjimatan duit atau kos semata-mata, tetapi juga tentang travel dengan cara yang paling bijak.

Kami membahagikan tips percutian yang bajet dan murah kepada Empat bahagian iatu : 

  1. perancangan
  2. Tempat tinggal
  3. makanan
  4. pengangkutan

Perancangan

1. Cuba untuk menjadi fleksibel dengan rancangan anda
Terdapat beberapa tempoh masa apabila tiket penerbangan akan menjadi sangat mahal. Jika anda ingin travel dengan cara bijak, anda perlu mempertimbangkan agar menjadi fleksibel tentang masa dan tarikh penerbangan. Sebagai contoh, Terbang ke destinasi anda dan balik semasa hari biasa, berbanding bercuti pada hujung minggu. Terbang pada hari biasa adalah lebih murah berbanding penerbangan pada hujung minggu, 


artikel berkaitan : TIPS DAN PANDUAN BERCUTI : 7 RAHSIA@TRICK PEMBELIAN TICKET MURAH

2. Travel ketika masa Off-Peak Season

setiap destinasi mempunyai "masa rehat" atau off-peak season ( masa puncahk).  Pada masa ini, kebanyakan syarikat penerbangan dan hotel akan menawarkan diskaun dan potongan harga. Tempoh masa itu biasanya berlaku semasa kanak-kanak kembali ke sekolah atau selepas Tahun Baru iatu awal bulan januari. Masa Off-Peak bagi setiap tempat adalah berbeza, maka anda harus membuat beberapa penyelidikan terlebih dahulu.

3.Cari Tawaran harga yang terbaik untuk Tiket Penerbangan

Bagi mendapatkan tiket penerbangan yang murah, anda disarankan untuk membuat pembelian tiket penerbangan lebih awal, agar anda boleh mendapatkan harga yang murah. Tiket penerbangan yang dibeli ketika masa akhir tarikh percutian anda biasanya akan murah. Tambahan, Pembelian dua tiket secara one-way mungkin lebih murah daripada tempahan penerbangan round-trip, so anda perlu periksa kedua-dua pilihan tu ya. 

4. Packing Seminima mungkin dan betul

Mengemas Pakaian dan keperluan travel seringan yang boleh boleh menjimatkan anda dalam bayaran luggage. Jika boleh, barangan keperluan asas anda boleh beli sedia dan packing agar anda tak perlu membelinya semasa trip anda. Anda boleh mengemas awal agar ada tidak tergesa-gesa packing ketika tarikh travel anda semakin dekat. Anda mungkin akan lupa sesuatu jika anda packing last minute.


TEMPAT TINGGAL

5. Dapatkan sewa apartment daripada mendapatkan bilik hotel

Laman Web seperti Airbnb dan Homeaway biasanya menawarkan harga yang lebih murah berbanding bilik hotel. Anda boleh cuba Aplikasi OYO hotel untuk mendapatkan harga terbaik tempat penginapan di Malaysia. Kadangkala tempat penginapan menawarkan dapur (Bonus) kerana ia membolehkan anda memasak dan tidak perlu makan di restoran yang mungkin kosnya tinggi.

Anda mungkin berminat : Tips dan Panduan Bercuti Di Sabah : Tujuh Kapsul Hotel Yang Menarik Di Kota Kinabalu, Sabah

6. Cuba minta untuk upgrade tempat menginap secara Sopan

Apabila kamu sudah mendapatkan bilik atau semasa check-in, cuba minta untuk upgrade bilik secara sopan, jika kamu perlukan bilik yang lebih besar. Mungkin anda bernasib baik dan boleh mendapatkannya. Paling tidak pun, anda hanya akan mendapat jawapan "tidak" daripada pengurus, yang mana anda tidak rugi apa-apa.

7. Jangan pergi ke banyak tempat (tempat tinggal) dalam satu trip

Jika anda pergi ke sedikit tempat sahaja dan tinggal agak lama setiap satu kawasan lawatan anda, Anda bukan sahaja mendapat pengalaman yang lebih baik dalam tempat itu, tetapi anda mungkin boleh mendapatkan tawaran yang lebih baik dan diskaun daripada hotel atau hostel untuk tinggal lebih lama di tempat penginapan berkenaan. 

8. Memilih tempat penginapan di luar Kawasan Bandar/Tumpuan utama

Jika kamu hendak melawat tempat atau bandar yang popular, anda boleh mempertimbangkan agar menginap di luar bandar berkenaan. Jika anda hendak ke tempat tumpuan/tempat menarik di dalam bandar berkenaan, anda boleh menggunakan pengangkutan awam untuk melihat tempat menarik berkenaan. Anda boleh mempertimbangkan untuk mendapatkan perkhidmatan kereta sewa : Tips dan Panduan Bercuti di Sabah : Bagaimana cara-cara membuat tempahan Kereta sewa di Kota Kinabalu, Sabah


MAKANAN

9. Pilih Bilik Hotel yang ada menawarkan Sarapan Pagi

Jika anda terpaksa memilih penginapan bilik hotel, pastikan anda menempah bilik sekali dengan sarapan percuma, Ambil sarapan pagi sebanyak yang mungkin agar anda boleh bertahan untuk sepanjang hari.

10. Membeli snack dan buah-buahan di pasar atau Kedai tempatan

Apabila kamu ingin pergi ke tempat destinasi yang baru, anda boleh menyimpan snack dan makanan asas seperti Roti dan buah-buahan. Ini akan membolehkan anda menyimpan duit dan tak perlu pergi ke restoran untuk makan. Jika tempat penginapan anda mempunyai peti sejuk kecil, anda boleh membuat pembelian yang lebih sedikit. Anda boleh membeli barangan mentah atau basah agar anda boleh membuat picnic lunch di taman awam.

11. Jangan Makan di tempat yang menjadi tumpuan pelancong

Mengapa? Ini kerana kebanyakkan restoran berdekatan dengan tempat tumpuan pelancong adalah sangat mahal dan harga hampir dua kali ganda. 

12. Makan di mana orang tempatan biasa makan

Lupakan restoran antarabangsa dan cari kedai makan yang menjadi tumpuan orang tempatan untuk makan. Makanan di sana mungkin lebih sedap, lebih asli dan yang penting lebih murah. Pilihan yang terbaik adalah gerai makanan di pasar malam. 


PENGANGKUTAN

13. berjalan kaki untuk ke destinasi yang terdekat

Berjalan kaki adalah pilihan yang bijak jika anda hanya ingin untuk meneroka sesuatu bandar. ia akan memberikan peluang kepada anda untuk melihat sesuatu yang anda akan terlepas jika menaiki kenderaan. Ia tidak akan memberikan anda kos.

14. Apabila tidak dapat berjalan, Gunakan Pengangkutan awam

Jika kamu hendak travel untuk jarak yang agak jauh dan berjalan kaki bukan pilihan yang baik, anda boleh gunakan pengangkutan awam berbanding teksi. Namun di Negeri sabah, jika anda hendak melihat attraction di daerah lain, adalah lebih baik anda mengambil package Tour. Namun jika anda kurang suka bercampur dengan kumpulan traveller yang lain, anda boleh menyewa kenderaan, ia akan lebih mudah dan perjalanan anda akan menjadi lebih fleksibel. Lihat sini :  Car rental in Kota Kinabalu, sabah- The BEST Option you can have!

15. Lihat jika anda boleh Join kumpulan traveller yang lain

Jika anda terlihat kumpulan yang lain untuk travelling yang anda boleh join, anda boleh berjalan bersama-sama dan travel agar anda boleh berbahagi kos pengangkutan kereta atau bill tour. Biasanya anda boleh jumpa kumpulan backpackers di hostel atau capsule hotel. 


Latest posts in our blog

Read what's new this week
 

Anda pasti sangat rindu untuk pergi bercuti dan travel bersama keluarga tersayang? Jom bercuti di Sabah, SOP PKPB yang bermula 7 disember hingga 20 Disember telah dilonggarkan dimana rentas negeri di Malaysia telah dilonggarkan. Ini bermaksud anda boleh bercuti ke seluruh negeri di Malaysia kecuali kawasan yang masih dalam status PKPD.

Ada yang sudah pernah ke Semporna Sabah? Jika belum, mari kami kongsikan cerita-cerita travel ke semporna yang dikongsikan oleh traveller. Dengan cerita ini, mungkin anda boleh mendapat tips dan gambaran bagaimana anda hendak merancang percutian anda ke Semporna Sabah pada masa akan datang.

Ada yang merancang untuk mendaki Gunung Kinabalu? Anda perlu ketahui tips dan peralatan yang sesuai untuk mendaki. Persediaan yang betul dan tepat dapat memudahkan pendakian anda nanti. Kami berikan anda tips bonus iatu langkah keselamatan atau SOP mendaki gunung kinabalu semasa PKPP dan wabak Covid-19.

Sektor pelancongan di Malaysia sudah mula dibuka pada 11 Jun 2020. Pembukaan semula pelancongan ini menjadi berita baik kepada para pengusaha pelancongan dan pemilik hotel dan homestay. operasi sektor Pelancongan menjadi lumpuh sepanjang tempoh PKP dan PKPB.

Negeri Sabah adalah salah satu negeri dalam negara Malaysia yang paling bertuah. Ini kerana Sabah mempunyai pelbagai tempat menarik yang anda boleh lawat. Pada perkongsian kali ini, kami ingin memperkenalkan daerah Kudat, Sabah. Kudat pun mempunyai banyak tempat menarik yang anda boleh lawat dan menikmati pengalaman percutian yang berbeza.

Trustpilot