TIPS DAN CARA MURAH TEMPAH MENDAKI PUNCAK GUNUNG KINABALU

12/01/2022

Hello guys..Selamat tahun baru 2022!! apa azam baru tahun 2022? nak mendaki gunung kinabalu? Syukur sekarang pelancongan domestik di Malaysia kini sudah dibuka. Sektor pelancongan di Sabah beransur kembali beroperasi. 

Posting kali ini, kami nak kongsikan tips dan cara mudah dan murah untuk booking pendakian gunung kinabalu. Kami juga sajikan pengalaman kami naik ke gunung kinabalu baru-baru ini dalam bentuk video. Berminat? teruskan pembacaan guys. Moga bermanfaat!

Kami telah merancang untuk naik gunung pada awal tahun 2021 lagi, tetapi disebabkan pandemik dan seluruh negara dikenakan PKP, maka kami terpaksa menangguhkan niat kami untuk mendaki gunung kinabalu. Ini merupakan ekspedisi pendakian gunung kinabalu yang kedua bagi saya ( penulis).

Perancangan awal kami adalah kami nak booking naik gunung menggunakan ejen yang dikenali di Laman facebook, kami dah hubungi ejen berkenaan untuk menanyakan tarikh yang available dan harga booking. Kami dapat harga RM 450 Perpax dengan deposit RM 300 untuk penginapan di Lemaing.

Group kami seramai 10 orang pun mula memungut deposit RM 300 seorang dengan saya sebagai bendahari. kekangan kami untuk bayar deposit kepada ejen adalah package yang ditawarkan adalah untuk sabahan sahaja dan tidak dibuka kepada non-sabahan, tetapi ada seorang ahli kami adalah sarawakian, jadi kami buat keputusan untuk menunggu pakej all Malaysian. Tambahan lagi pendakian gunung kinabalu dihentikan disebabkan PKP.

Dipendekkan cerita, pada bulan September, gunung kinabalu telah dibuka untuk pendakian, namun pada awal ia dibuka untuk orang ranau sahaja. Pada masa itu di sabah, pergerakan rentas daerah masih tidak dibenarkan.

Trustpilot