Tips bercuti : Ibu bapa wajib tahu! Sediakan Medical kit untuk Anak-anak ketika Travel

16/12/2019

Setiap hujung Tahun pasti banyak keluarga yang sudah merancang untuk bercuti bersama keluarga kan. Anda adalah Ibu Bapa? anda wajib mengetahui Tips bercuti ini. Bukan sahaja kelengkapan baju dan makanan yang perlu disediakan, tetapi paling utama adalah ubat-ubatan anak-anak. 

semua ibu-ibu wajib sediakan kits perubatan untuk anak-anak. satu untuk di rumah dan satu untuk dibawa berjalan-jalan. kita tak tahu masa berjalan tu anak tiba-tiba demam atau jatuh.  So malam-malam jika anak sakit, tak perlulah rush ke klinik atau farmasi. at least first line emergency treatment sudah ada. jom ikuti Tips yang disediakan oleh Dr. Ain Zul ini. 

berikut disenaraikan jenis ubat yang perlu ada untuk kit perubatan anak-anak. tetapi mungkin ada jenis ubat yang berbeza bergantung kepada keperluan perubatan anak masing-masing ye. 

1. Ubat demam paracetamol

Kalau boleh ibu2 semua kena tahu pasal berat anak terkini sebab kiraan ubat demam yang betul berdasarkan berat badan anak2 ye. Jangan guna berat badan yang 3 bulan lepas pastu complaint anak tak kebah, mungkin dos dah x cukup sebab berat badan anak da bertambah. Depends  pada anak-anak, ada anak yang allergy paracetamol biasa akan guna ibuprofen.


2. Cool fever

boleh digunakan untuk anak-anak jika demam. 


3. Ubat Batuk

Umur anak 2 tahun ke bawah jangan bagi ubat batuk sembarangan, mummy memang ambil kat hospital sebab yang jenis paeds linctus shj sesuai untuk bawah 2 tahun. Kalau tengok dekat preskripsi ubat batuk, kebanyakan tak boleh dibagi pada anak umur 2 tahun ke bawah sebab ada risiko. Dapatkan nasihat dari doktor ye.

4. ubat Selesema

Ubat Selesema kurang kritikal tapi memang standby dalam kit sebab balik kampung pun kadang2 ada anak saudara yang guna. Ubat selsema macam2 jenis, ikut atas keperluan anak2 ye.

ubat Paracetamol
ubat Paracetamol
Ubat Selesema
Ubat Selesema

5. Ubat Tahan Sakit Ibuprofen

Ibuprofen ni boleh digunakan untuk ubat demam jika anak2 allergy paracetamol. Boleh jugak untuk penahan sakit. 

6.  Vapor Balm - Digunakan jika Anak-anak batuk.

7.  Minyak Yu Yee - Untuk meredakan kembung perut

8. Cf Rub Balm - digunakan semasa batuk atau selesema, disapukan di badan dan hidung

Ubat Tahan Sakit Ibuprofen
Ubat Tahan Sakit Ibuprofen
Minyak Yu Yee
Minyak Yu Yee
Vapor balm
Vapor balm
CF Rub Balm
CF Rub Balm

9. Mosquito Patch - Benda wajib bawak pegi mana2, nyamuk ada di mana2

10. Mosquito Repellent Spray - Sama juga untuk menghalang nyamuk mengigit.

11. Handiplast 

12.Nasal Spray Sterimar - untuk meredakan hidung tersumbat

13. Nasal Aspirator NUK - kecil dan sangat mudah di letak di dalam beg. Suction pun kuat.

14. Syringe Ubat 

15. Hand Sanitizer 

16. Gunting 

17. Nail Clipper Ibu & Anak 

18. Stok Ubatan Parents
-Panadol
-Charcoal kalau kembung perut/cirit birit
-Difflam Forte Throat Spray untuk sakit tekak
- ubat alahan (ikut preskripsi Dr.)


19. Herbal Massage Oil 


Mudahkan. lebih baik kita bersedia untuk perkara-perkara yang kita tidak jangka khususnya semasa travel. tak perlu susahkan diri pergi ke klinik atau farmasi. tempat orang kita tidak kenal, susah lagi kita nak cari klinik atau farmasi. 

jika ramai anak? perlu ke satu2 kotak atau kit untuk anak? boleh je satu kit je, boleh kongsi, tetapi pastikan ubatkan itu sesuai untuk setiap anak-anak, dapatkan nasihat dan preskripsi ubat daripada doktor. jika memerlukan ubat berlainan dan kotak kit tu masih ada ruangan, boleh letak sekali, tapi pastikan dilabel nama agar tak tertukar ubat ye. 

jika tuan dan puan dah terlanjur baca sehingga habis, Apa kata kalau usha-usha tengok perkhidmatan yang kami tawarkan.  jika anda mencari kereta sewa di kota kinabalu, sabah, bolehlah dapatkan perkhidmatan kereta sewa pandu sendiri atau sekali dengan driver. kami boleh berikan khidmat ittenary yang lengkap untuk anda, dan kami bantu sesuaikan ikut masa dan keperluan anda. 

Perkhidmatan kami mempunyai rekod yang baik, tuan-puan boleh melihat testimoni pelanggan. Nak runding harga? hubungi atau whatsapp kami di 01110570862 atau facebook : @bestborneocarrental.

Jom bercuti ke Sabah!!!!


Sumber : majalahpama.my


Selepas pandemik Covid-19 yang melanda seluruh dunia, dimana percutian terpaksa ditangguhkan, kini mulai pulih. Sempadan negara mulai dibuka dan pelancongan mulai rancak semula. Walaupun pandemik ini telah berakhir, namun langkah-langkah pencegahan penyebaran virus ini tidak patut diendahkan.

Anda pasti sangat rindu untuk pergi bercuti dan travel bersama keluarga tersayang? Jom bercuti di Sabah, SOP PKPB yang bermula 7 disember hingga 20 Disember telah dilonggarkan dimana rentas negeri di Malaysia telah dilonggarkan. Ini bermaksud anda boleh bercuti ke seluruh negeri di Malaysia kecuali kawasan yang masih dalam status PKPD.

Ada yang sudah pernah ke Semporna Sabah? Jika belum, mari kami kongsikan cerita-cerita travel ke semporna yang dikongsikan oleh traveller. Dengan cerita ini, mungkin anda boleh mendapat tips dan gambaran bagaimana anda hendak merancang percutian anda ke Semporna Sabah pada masa akan datang.

Ada yang merancang untuk mendaki Gunung Kinabalu? Anda perlu ketahui tips dan peralatan yang sesuai untuk mendaki. Persediaan yang betul dan tepat dapat memudahkan pendakian anda nanti. Kami berikan anda tips bonus iatu langkah keselamatan atau SOP mendaki gunung kinabalu semasa PKPP dan wabak Covid-19.

Sektor pelancongan di Malaysia sudah mula dibuka pada 11 Jun 2020. Pembukaan semula pelancongan ini menjadi berita baik kepada para pengusaha pelancongan dan pemilik hotel dan homestay. operasi sektor Pelancongan menjadi lumpuh sepanjang tempoh PKP dan PKPB.

Trustpilot