TIPS BERCUTI DI SABAH #1 : PEMILIHAN KERETA SEWA YANG SESUAI

12/12/2019

Anda baru merancang untuk bercuti di Sabah? Nak ambil package percutian agensi atau nak bebas berjalan ke mana saja dengan menyewa kereta. Pilihan di tangan anda, namun jika anda membuat keputusan untuk menyewa kenderaan bagi percutian anda, jom ikuti beberapa Tips yang kami kongsikan.


1. pemilihan kenderaan yang sesuai mengikut bilangan penumpang. 

kami menyarankan anda menggunakan formula +1 penumpang bagi menjamin keselesaan anda. jika anda mempunyai 4 orang maka memadai untuk mengambil kereta compact car atau sedan car yang mempunyai muatan maksimum 5 orang. jika group anda seramai 5 orang dewasa, kami cadangkan agar anda mengambil kereta MPV 6-7 muatan seperti perodua Alza, Proton exora atau toyota Avanza. anda akan lebih selesa dan tidak perlu risau tentang ruang untuk bagasi anda.

2. Pemilihan kenderaan berdasarkan lokasi destinasi

sabah adalah satu kawasan yang luas dan mempunyai pelbagai bentuk muka bumi. jika ke kawasan kudat atau kota marudu, perjalanan kurang extrem (kurang bukit yang tinggi). Jika hendak ke kundasang, Ranau. anda perlu membuat pilihan  kenderaan yang tepat kerana perjalanannya banyak mempunyai bukit yang tinggi dan agak curam. Anda boleh menambahkan sedikit peruntukan anda untuk upgrade kenderaan anda kepada kenderaan yang mempunyai kapasiti engine yang besar terutama jika anda mempunyai ramai penumpang. kereta kecil seperti axia, saga, bezza boleh naik dan boleh sampai ke kundasang. tapi tidak salah untuk invest lebih sedikit untuk keselesaan maksimum kan.

3. Umur dan kondisi Kenderaan

Anda boleh bertanya kepada syarikat penyewaan kenderaan kondisi dan tahun pengeluaran kenderaan. Kondisi kenderaan biasanya bergantung kepada umur kenderaan berkenaan. tapi jangan bimbang, kami sentiasa memastikan kenderaan yang kami sediakan dalam keadaan yang tip top dan kami menyediakan Team rescue jika berlaku kerosakan pada kenderaan semasa tempoh penyewaan anda. 

4. Extra Tips : Lihat kepada Feedback atau testimoni pelanggan 

jika anda memilih syarikat kenderaan sewa, pastikan anda melihat atau minta testimoni atau feedback customer. jangan terpengaruh dengan iklan harga murah kerana kita tidak pasti bagaimana kualiti perkhidmatan mereka, dan paling penting, takut scam atau tertipu. Anda boleh lihat rekod Perkhidmatan @ testimoni customer kami di sini ya.

Alright, ini sahaja perkongsian kami kali ini, next kami akan kongsikan panduan @ proses menyewa kenderaan ya.

Jika tuan dan puan dah terlanjur baca sehingga habis, Apa kata kalau usha-usha tengok perkhidmatan yang kami tawarkan. jika anda mencari kereta sewa di kota kinabalu, sabah, bolehlah dapatkan perkhidmatan kereta sewa pandu sendiri atau sekali dengan driver. kami boleh berikan khidmat ittenary yang lengkap untuk anda, dan kami bantu sesuaikan ikut masa dan keperluan anda.

Perkhidmatan kami mempunyai rekod yang baik, tuan-puan boleh melihat testimoni pelanggan. Nak runding harga? hubungi atau whatsapp kami di 01110570862 atau facebook : @bestborneocarrental. untuk update terkini boleh follow kami di Facebook, instagram dan twitter. 

Jom bercuti ke Sabah!!!!

Selepas pandemik Covid-19 yang melanda seluruh dunia, dimana percutian terpaksa ditangguhkan, kini mulai pulih. Sempadan negara mulai dibuka dan pelancongan mulai rancak semula. Walaupun pandemik ini telah berakhir, namun langkah-langkah pencegahan penyebaran virus ini tidak patut diendahkan.

Anda pasti sangat rindu untuk pergi bercuti dan travel bersama keluarga tersayang? Jom bercuti di Sabah, SOP PKPB yang bermula 7 disember hingga 20 Disember telah dilonggarkan dimana rentas negeri di Malaysia telah dilonggarkan. Ini bermaksud anda boleh bercuti ke seluruh negeri di Malaysia kecuali kawasan yang masih dalam status PKPD.

Ada yang sudah pernah ke Semporna Sabah? Jika belum, mari kami kongsikan cerita-cerita travel ke semporna yang dikongsikan oleh traveller. Dengan cerita ini, mungkin anda boleh mendapat tips dan gambaran bagaimana anda hendak merancang percutian anda ke Semporna Sabah pada masa akan datang.

Ada yang merancang untuk mendaki Gunung Kinabalu? Anda perlu ketahui tips dan peralatan yang sesuai untuk mendaki. Persediaan yang betul dan tepat dapat memudahkan pendakian anda nanti. Kami berikan anda tips bonus iatu langkah keselamatan atau SOP mendaki gunung kinabalu semasa PKPP dan wabak Covid-19.

Sektor pelancongan di Malaysia sudah mula dibuka pada 11 Jun 2020. Pembukaan semula pelancongan ini menjadi berita baik kepada para pengusaha pelancongan dan pemilik hotel dan homestay. operasi sektor Pelancongan menjadi lumpuh sepanjang tempoh PKP dan PKPB.

Trustpilot