Tips Bercuti : Bagaimana untuk Melancong dan berjimat

16/12/2019

Adakah anda termasuk dalam golongan yang sudah menempah tiket penerbangan tetapi risau akan peruntukan untuk kos -kos lain semasa Trip nanti? saya suka menempah tiket penerbangan dan penginapan sahaja, supaya saya boleh membuat ittenary saya sendiri. Saya suka pergi ke tempat-tempat yang belum diterokai yang mana selalu tidak termasuk dalam package pelancongan yang biasa ditawarkan oleh ejen pelancongan. 

Tetapi dengan ittenary yang direka sendiri oleh kita, mungkin kos keseruluhan perjalanan tidak dapat dianggarkan dengan tepat. Berdasarkan kepada pengalaman travel, saya boleh berikan empat tips berjimat dalam perjalanan anda.

1. melancong semasa off- season

Jika anda ingin pergi melancong ke luar negara atau luar negeri, buat kajian anda terlebih dahulu. sila rujuk musim di sana sama ada off-season atau sebaliknya. Harga semasa off-season pasti lebih rendah untuk tiket penerbangan, tempat penginapan dan tiket tempat-tempat menarik untuk dilawat. Akaun bank anda pasti sangat gembira mendapat diskaun yang banyak.

Perbezaan harga Peak season dan off-season Dreamword Resort Kundasang
Perbezaan harga Peak season dan off-season Dreamword Resort Kundasang
Perbezaan harga Peak season dan off-season Dreamword Resort Kundasang
Perbezaan harga Peak season dan off-season Dreamword Resort Kundasang

2. Pilih Tempat Penginapan dengan Bijak

Setiap orang tahu bahawa Penginapan adalah salah satu kos yang agak besar dan mungkin yang paling besar dalam budget anda. Namun apa yang orang selalu tidak fikirkan adalah jikalau penginapan berkenaan dilengkapi dengan beberapa keperluan yang saya lihat sangat penting bagi memastikan anda dapat berjimat, lebih-lebih lagi jika anda merancang untuk trip yang lebih dari tujuh hari. saya senaraikan tiga kelengkapan tersebut iatu :

  • mempunyai Dapur (sekurang-kurangnya peti sejuk dan microwave)
  • mempunyai mesin basuh (sekali dengan pengering adalah bonus)
  • Lokasi penginapan yang strategik

3. Bawa Barang dari Rumah secara minimum

Apabila anda menaiki pesawat, adalah terbaik jika anda bergerak se-ringan yang boleh. anda boleh menjimatkan duit jika anda tak perlu untuk check-in bag.

*Fees stated varies depending on flight destinations.
*Fees stated varies depending on flight destinations.

Jika anda tidak dapat menahan diri untuk tidak membawa separuh daripada almari pakaian anda, atau anda merancang untuk membeli belah untuk dibawa pulang, maka anda harus membuat tempahan tiket dan luggage yang mencukupi. Elakkan pembelian extra luggage kerana kosnya adalah sangat tinggi. (Trick yang anda boleh gunakan - pakai beberapa barangan daripada bag anda seperti jacket atau pakaian yang berat atau selitkan barangan kecil di poket. Tiada limit untuk berat badan dan mereka tidak akan dapat menahan anda.

4. Pembelian Makanan dengan Berhemah.

Makanan sangat penting kepada anda. terdapat tiga perkara yang saya boleh kongsikan untuk anda. 

  1. Gunakan kemudahan google (sarapan/makan tengahari/makan malam/makanan) berdekatan dengan tempat tinggal anda sebelum atau sementara menunggu perlepasan. Tandakan top 5 restaurant di google maps dengan tag "makanan". Ini akan dapat menjimatkan masa dan wang anda.
  2. Saya cadangkan agar anda mengelakkan daripada restoran yang sangat dekat dengan tempat tarikan utama.  restoran ini mungkin adalah sangat memudahkan bagi pelancong, tetapi ia sentiasa datang dengan kos yang tinggi. Anda boleh bergerak agak jauh sikit dan pasti anda akan menjumpai sesuatu dengan kos yang lebih rendah.
  3. Terakhir sekali, lebihkan Makan tengahari daripada Makan Malam. Kebanyakan restoran menganjurkan promosi "Makan Tengahari Istimewa', jadi anda boleh ambil kesempatan ini. 

Terakhir sekali, Jika anda ingin bergerak bebas ke tempat tarikan, Saya cadangkan anda menyewa kenderaan. jika anda datang berkumpulan, kos kereta sewa dan minyak akan menjadi lebih murah kerana anda boleh berkongsi kos berkenaan. Bagaimana untuk membuat pemilihan kenderaan sewa dengan bijak? Rujuk di sini : TIPS BERCUTI DI SABAH #1 : PEMILIHAN KERETA SEWA YANG SESUAI

jika tuan dan puan dah terlanjur baca sehingga habis, Apa kata kalau usha-usha tengok perkhidmatan yang kami tawarkan. jika anda mencari kereta sewa di kota kinabalu, sabah, bolehlah dapatkan perkhidmatan kereta sewa pandu sendiri atau sekali dengan driver. kami boleh berikan khidmat ittenary yang lengkap untuk anda, dan kami bantu sesuaikan ikut masa dan keperluan anda.

Perkhidmatan kami mempunyai rekod yang baik, tuan-puan boleh melihat testimoni pelanggan. Nak runding harga? hubungi atau whatsapp kami di 01110570862 atau facebook : @bestborneocarrental.

Jom bercuti ke Sabah!!!!

P/S : jika anda mempunyai tips yang lain untuk dikongsi, sila komen di bawah, kami sangat ingin mengetahuinya. 


Ada yang sudah pernah ke Semporna Sabah? Jika belum, mari kami kongsikan cerita-cerita travel ke semporna yang dikongsikan oleh traveller. Dengan cerita ini, mungkin anda boleh mendapat tips dan gambaran bagaimana anda hendak merancang percutian anda ke Semporna Sabah pada masa akan datang.

Ada yang merancang untuk mendaki Gunung Kinabalu? Anda perlu ketahui tips dan peralatan yang sesuai untuk mendaki. Persediaan yang betul dan tepat dapat memudahkan pendakian anda nanti. Kami berikan anda tips bonus iatu langkah keselamatan atau SOP mendaki gunung kinabalu semasa PKPP dan wabak Covid-19.

Sektor pelancongan di Malaysia sudah mula dibuka pada 11 Jun 2020. Pembukaan semula pelancongan ini menjadi berita baik kepada para pengusaha pelancongan dan pemilik hotel dan homestay. operasi sektor Pelancongan menjadi lumpuh sepanjang tempoh PKP dan PKPB.

Negeri Sabah adalah salah satu negeri dalam negara Malaysia yang paling bertuah. Ini kerana Sabah mempunyai pelbagai tempat menarik yang anda boleh lawat. Pada perkongsian kali ini, kami ingin memperkenalkan daerah Kudat, Sabah. Kudat pun mempunyai banyak tempat menarik yang anda boleh lawat dan menikmati pengalaman percutian yang berbeza.

Anda pasti pernah mendengar gunung kinabalu, bukan? gunung kinabalu adalah gunung yang tertinggi di asia tenggara dan terletak di negeri Sabah, Malaysia. Gunung kinabalu menjadi destinasi utama para peminat Hiking sama ada dari dalam negara mahupun luar negara. Gunung kinabalu adalah menjadi kebanggaan sabahan dan mempunyai cerita lagenda...