
Tips Bercuti : 15 Tips Bercuti Ketika Mengandung
Kehamilan boleh menjadi satu pengalaman yang magical, tetapi ia tidak bermakna ia datang tanpa mengundang cabaran. Daripada cabaran pakaian apa yang perlu dipakai, bagaimana untuk menggerakkan badan sehingga bagaimana untuk mendapatkan rehat yang cukup. Berbadan dua akan mengubah rutin harian anda - dari sudut baik dan buruk.
namun begitu, mengandung tidak bermaksud anda harus hanya terperuk di rumah dan mengelakkan daripada bercuti sepanjang tempoh sembilan bulan anda mengandung. Pakar menyatakan bahawa ia adalah selamat untuk bercuti sehingga umur kandungan 36 minggu.
Di sini kami ingin mengongsikan 15 tips bagi wanita mengandung semasa bercuti. Tips ini akan menbantu para wanita yang hamil bercuti ke luar atau dalam negara dengan selesa, selamat dan menyeronokkan.

1. Bercuti ketika anda Sangat Selesa
Menurut ACOG, masa yang paling sesuai untuk wanita mengandung pergi bercuti adalah antara minggu ke 14 sehingga 28 minggu. atau ketika pertengahan kandungan anda.
masalah biasa yang akan timbul akan berlaku pada trimester pertama dan ketiga. menurut organisasi kesihatan. " semasa kandungan pertengahan, tenaga anda sudah kembali, morning sickness sudah hilang dan senang untuk bergerak" menurut ACOG.
2. Mempunyai Plan B
Adalah disarankan agar anda pergi berjumpa dengan doktor anda sebelum anda ingin memulakan percutian anda untuk mendapatkan khidmat nasihat dan pengesahan anda boleh pergi bercuti. Anda juga digalakkan untuk membuat sedikit penyelidikan untuk mengetahui bangunan kesihatan atau hospital terdekat dengan tempat anda menginap semasa percutian. jika berlaku kecemasan, anda tidak membuang masa dengan mencari hospital terdekat. Perancangan awal termasuk memeriksa hospital berdekatan, farmasi dan sumber prakelahiran dalam destinasi anda. Ini termasuk pelan komunikasi untuk rakan-rakan dan keluarga.
3. Membeli Insurans Percutian.
Ibu kepada dua orang anak, Penulis Blog NattyPOnline.com, menyarankan anda membeli insurans percutian termasuk perlindungan kesihatan sebelum Trip anda bermula jika anda melawat kawasan yang tidak terkecuali daripada perlindungan unsuran kesihatan anda.

4. Bawa bersama Rekod Kesihatan Anda.
Anda boleh membawa salinan rekod kesihatan anda agar sebarang proses perawatan di Hospital semasa anda bercuti akan lebih lancar. Ini agak penting kerana Hospital mungkin akan mengambil masa sehari hingga ke dua hari untuk mendapatkan rekod kesihatan anda daripada hospital lain.
5. Peka dengan Kesihatan Anda Semasa Mengandung.
Ibu mengandung harus peka dengan kesihatan. Ibu mengandung disarankan agar mengambil banyak berjalan dan mengelakkan duduk dengan lama kerana ibu mengandung lebih berisiko untuk mengalami gumpalan darah. ibu mengandung disarankan untuk berdiri dan berjalan untuk 5-10 minit setiap beberapa jam. Pemakaian stokin mampatan dapat membantu mengurangkan pembengkakan, gumpalan darah dan lain-lain.
6. Sentiasa Terhidrasi.
Ibu mengandung harus mengambil air minum yang secukupnya bagi mengelakkan dehidrasi. dehidrasi akan menyebabkan anda rasa tidak selesa dan mendatangkan risiko kontraksi awal. disarankan agar membawa botol air yang boleh diisi semula semasa percutian anda agar anda sentiasa mempunyai bekalan air minum yang mencukupi.
7. Membawa Snek yang Sihat.
Lapangan Terbang biasanya tidak mempunyai pilihan tempat makan yang sihat, dan jika ada pun, ia adalah sangat mahal. Bagi menjimatkan wang dan mengelakkan kekurangan kalori atau tenaga, sila bawa snek kesihatan anda sendiri. Snek kesihatan yang disarankan adalah buah-buahan kering dan sayuran jika boleh. Biskut dan Butiran Gandum juga disarankan oleh Jabatan Kesihatan dan Khidmat Manusia, US.
8. Bawa Bersama Tisu dan Gel kebersihan
Disarankan agar anda membasuh tangan anda dengan kerap dan memakai gel antibakteria. Tisu kebersihan juga bagus untuk mengelap tray dan tempat sandaran tangan di dalam kapal terbang. Wanita Mengandung juga harus mencuci tangan sebelum menikmati hidangan atau menyediakan hidangan.
9. Pastikan Trip Kereta adalah Pendek.
Jika anda berancang untuk trip memandu atau menggunakan kereta untuk ke destinasi yang jauh, adalah disarankan agar anda memecahkan trip anda untuk beberapa hari. Dengan itu, anda akan hanya perlu duduk di dalam kereta untuk masa yang agak pendek. perjalanan yang panjang tanpa rehat atau perhentian akan menyebabkan risiko pembengkakan, gumbalan dara dan komplikasi kandungan yang lain.

ACOG juga menyarankan agar anda harus memakai tali pinggang keselamatan di bawah perut, dan meletakkan tali pinggang bahu ke tepi perut anda dan merintangi dada anda.
10. Menempah kerusi Lorong Di atas Kapal
Jika anda mengambil penerbangan semasa mengandung, adalah disarankan agar anda menempah tempat duduk di atas kapal di bahagian kerusi Lorong. Ini akan memudahkan anda untuk bergerak ke luar dan untuk ke tandas.
11. Jangan Overbook
Melihat Tempat-tempat menarik adalah sangat menyeronokkan tetapi biarlah ia berpada-pada dan jangan terlalu banyak. Tahap tenaga anda mungkin sudah kurang dan tidak mencukupi. Pastikan anda telah menentukan jadual perjalanan yang memasukkan masa rehat yang banyak dan mencukupi. Mungkin anda boleh mengisi percutian anda dengan tema Santai dan boleh pergi ke SPA.
12. Buat Pilihan Bijak dengan Destinasi Anda
Anda dinasihatkan agar melihat kepada Trend Cuaca di tempat destinasi anda dan bagaimana anda menyesuaikan cuaca berkenaan dengan diri anda yang sedang berbadan dua. Cari tempat destinasi percutian yang mempunyai cuaca yang elok dan kelembaban yang rendah. Sila gunakan google sepenuhnya untuk membantu anda mendapatkan maklumat cuaca yang anda kehendaki.

13. Bawa Bersama Kit Pertolongan Cemas
Tiada yang lebih teruk dan menyeksakan ketika anda dalam transit selama berjam-jam tanpa bekalan ubat untuk sakit kepala, Pedih ulu hati dan penyakit lain yang berkaitan dengan kehamilan. Jika anda mudah terdedah kepada penyakit ini, maka adalah disarankan agar anda membawa Kit pertolongan cemas bersama. Tips bercuti : Ibu bapa wajib tahu! Sediakan Medical kit untuk Anak-anak ketika Travel.
14. Periksa Jika anda perlukan Pengesahan untuk Menaiki Pesawat
Kebanyakan Syarikat penerbangan membenarkan anda untuk menaiki pesawat tanpa mempertikaikan sehingga kandungan anda 36 minggu, tetapi beberapa syarikat penerbangan antarabangsa seperti Cathay Pacific dan Emirates, memerlukan pengesahan kesihatan daripada doktor sbelum membenarkan anda menaiki pesawat. Oleh itu, anda perlu mengetahui jika syarikat penerbangan yang anda pilih memerlukan pengesahan kesihatan agar perjalanan percutian anda akan lancar.
15. Pemilihan luggage yang tepat
Akhir sekali, jangan lupa untuk membawa beg luggage yang mudah bergerak ke satu tempat ke tempat yang lain. Spinner-Style Luggage yang beroda adalah yang paling sesuai dan anda harus membawa muatan seringan yang mungkin.
Sekian perkongsian Percutian kami kali ini. Harap ia dapat membantu para wanita yang sedang mengandung merancang percutian mereka. sehingga kita berjumpa lagi di perkongsian yang lain.
Jika tuan dan puan dah terlanjur baca sehingga habis, Apa kata kalau usha-usha tengok perkhidmatan yang kami tawarkan. jika anda mencari kereta sewa di kota kinabalu, sabah, bolehlah dapatkan perkhidmatan kereta sewa pandu sendiri atau sekali dengan driver. kami boleh berikan khidmat ittenary yang lengkap untuk anda, dan kami bantu sesuaikan ikut masa dan keperluan anda.
Perkhidmatan kami mempunyai rekod yang baik, tuan-puan boleh melihat testimoni pelanggan. Nak runding harga? hubungi atau whatsapp kami di 01110570862 atau facebook : @bestborneocarrental. untuk update terkini boleh follow kami di Facebook, instagram dan twitter.
Jom bercuti ke Sabah!!!!
P/S : jika anda mempunyai tips yang lain untuk dikongsi, sila komen di bawah, kami sangat ingin mengetahuinya.
sumber : US News


TIPS DAN CARA MURAH TEMPAH MENDAKI PUNCAK GUNUNG KINABALU

Panduan Bercuti di Sabah Ketika PKPB (Dec 2020)

Bercuti Di Sabah Ketika PKPB? Ini Panduan Masuk Rentas Negeri Ke Sabah

Cerita Travel Sabah : Solo Trip Di Semporna, Sabah

8 Pulau Terbaik Tercantik Popular di Semporna, Sabah yang wajib anda Lawat
Tips Naik Gunung Kinabalu Semasa PKPP Covid-19 dengan Selamat

Bagaimana Bercuti Dengan Selamat Semasa PKPP
