
Tips Bercuti : 10 Kesilapan Biasa Semasa Menyewa Kenderaan Yang Mesti Dielakkan
Anda merancang untuk menyewa kenderaan? Sudah bersedia? Jom ketahui 10 kesilapan biasa yang dilakukan dan bagaimana cara anda untuk mengelakkannya. Pastikan anda memulakan percutian anda tanpa sebarang masalah penyewaan kenderaan.

Membeli Perlindungan Insurance Kereta Berlebihan
sebelum anda menyewa kenderaan, anda seharusnya memastikan anda telah dilindungi dengan insurans penyewaan kenderaan. Terdapat beberapa cara untuk anda mendapatkannya/mengetahuinya iatu polisi insurans kereta ataupun faedah kad kredit. Terdapat beberapa polisi insurans kenderaan yang meliputi penyewaan kereta, dan agak sedikit penyedia kad kredit menyediakan insurans penyewaan kenderaan. Untuk kad kredit, anda harus membuat tempahan dan membuat pembayaran menggunakan kad kredit berkenaan yang menyediakan perlindungan dan nama pemandu haruslah sama dengan pemilik kad kredit.
Terdapat syarikat kereta sewa yang akan menawarkan anda insurans perlindungan berkenaan, tetapi adalah sangat baik jika anda sudah tahu jika anda sudah mempunyai perlindungan insurans untuk penyewaan kenderaan. kebanyakan pemandu di bawah umur 25 tahun perlu membeli insurans kereta sewa tambahan.
Lupa Mengisi Minyak
Minyak adalah sangat jarang termasuk dalam harga/kos penyewaan kenderaan. Biasanya terdapat tiga jenis pilihan untuk pengisian minyak yang biasa diamalkan oleh syarikat penyewaan kenderaan. Pilihan tersebut adalah 1. anda mengisi minyak sendiri ( tahap minyak sama semasa anda menerima kenderaan tersebut), 2. Biarkan Syarikat penyewaan kenderaan mengisi minyak untuk anda dalam julat harga tertentu, dan 3. Anda boleh membayar pengisian minyak terlebih awal dengan harga yang agak rendah.
Pilihan yang paling jimat adalah pilihan pertama iatu anda membuat pengisian sendiri minyak berkenaan kerana kebiasaannya kadar harga yang ditetapkan oleh syarikat penyewaan kenderaan untuk pengisian minyak agak tinggi berbanding harga sebenar minyak.
Ketika anda mahu memulangkan semula kenderaan, pastikan anda mengisi minyak yang sedikit berlebihan bagi memastikan anda tiba ke tempat pemulangan kenderaan dengan minyak yang sama semasa mengambil kenderaan. Ini bagi mengelakkan anda dikenakan bayaran tambahan bagi minyak yang telah terkurang.

Tidak Membuat Tinjauan
Terdapat Pelbagai syarikat penyewaan kenderaan yang tersedia untuk anda pilih. Perkara yang sama juga jika anda mencari kereta sewa di Kota Kinabalu. Mereka mungkin menawarkan jenis kereta, dan harga yang berbeza. Terdapat perbezaan harga yang besar antara syarikat kereta sewa yang mempunyai kaunter di lapangan terbang dengan syarikat kereta sewa di luar atau agak jauh daripada lapangan terbang. Satu perkara penting yang anda harus tahu juga adalah berkenaan dengan lokasi Pick up dan Pengembalian kenderaan.
Kebanyakkan penyedia syarikat kereta sewa sekitar lapangan terbang akan menawarkan penghantaran dan pengembalian kenderaan di lapangan terbang secara percuma, Jika lokasi pengembalian adalah berlainan, maka anda harus bertanya kerana kemungkinan akan ada cas tambahan bagi penghantaran dan pengembalian yang berbeza. cas berkenaan biasanya bergantung kepada jarak lokasi berkenaan. Contohnya Kami Best Borneo Car Rental Menawarkan Penghantaran dan Pengembalian kenderaan Di lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu dan Hotel atau bangunan Sekitar Pusat Bandar Kota Kinabalu secara percuma.
Mengandaikan Bahawa Pemeriksaan Kenderaan Adalah Tidak Penting
Sebelum anda mula memandu kenderaan sewa, adalah sangat penting agar anda membuat pemeriksaan kenderaan untuk melihat sebarang kerosakan atau kecacatan semasa anda menerima kenderaan berkenaan walaupun sekecil mana. Kebiasaannya, pekerja syarikat kenderaan @ delivery man @ runner akan membuat pemeriksaan untuk anda dan menyediakan dokumen rekod kerosakan. Namun anda digalakkan untuk membuat pemeriksaan bersama dan merekod kerosakan berkenaan dengan menangkap gambar.
selepas anda membuat pemanduan, dan jika terdapat kerosakan baru atau lama yang tidak termasuk dalam rekod kerosakan@pemeriksaan, anda mungkin akan dipersalahkan dan terpaksa membayar kos kerosakan berkenaan- padahal kemungkinan kerosakan tersebut adalah disebabkan oleh penyewa terdahulu, tetapi disebabkan kecuaian anda untuk membuat pemeriksaan, anda yang terpaksa membayar!

Menyewa GPS Daripada Syarikat Penyewaan Kenderaan
Jika kenderaan yang anda sewa tiada mempunyai sistem navigasi sedia ada, Syarikat Sewa Kenderaan mungkin akan menawarkan anda GPS sepanjang tempoh penyewaan kenderaan. Ini mungkin idea yang bagus, tetapi ia akan menambahkan kos anda. Adalah LEBIH MURAH jika anda membeli SIM card tempatan dane menggunakan google Maps atau Waze.
Jika anda tidak ingin untuk membeli sim card, maka disarankan untuk anda membawa Mesin GPS sendiri bagi menjimatkan percutian anda.
Melintasi Sempadan Antarabangsa
Terdapat perkara yang anda harus perhatikan jika anda merancang untuk pergi ke Luar Negara, contohnya jika anda menyewa kenderaan di kota kinabalu dan ingin ke Brunei. Adakah polisi insurans anda meliputi kawasan berkenaan, jika tidak, maka ia akan mendatangkan kos yang tinggi kepada anda.
Perkara kedua adalah anda harus memberitahu kepada syarikat penyewaan kenderaan. Ini kerana, kebanyakan syarikat penyewaan kenderaan tidak membenarkan kenderaan ke Luar Negara disebabkan kebanyakan penyedia insurans tempatan tidak akan meliputi di negara lain.
Perkara ketiga adalah anda harus jujur dengan Destinasi tujuan anda. Ini kerana syarikat sewaan kenderaan di Sabah mempunyai had kawasan destinasi, misalnya jika anda menerima kenderaan di kota kinabalu dan ingin pergi ke Sandakan, anda perlu membeli tambahan Unlimited Mileage, Ini kerana jarak antara kota kinbalu dan sandakan adalah sangat jauh, 600++ KM One Way. kebiasaanya had yang dibenarkan untuk pemanduan adalah kawasan Kudat, Ranau, Kundasang, Kota Belud, Sipitang dan Tambunan. terdapat beberapa perbezaan bayaran yang dikenakan iatu RM 150- RM 250 untuk unlimited mileage. Terdapat juga yang mengenakan had kilometer harian 250KM x Bilangan Hari sewaan. Jika melebihi had kilometer yang dibenarkan, anda akan dikenakan cas tambahan RM 1.50 Per KM. So anda boleh membuat pengiraan dan membuat pilihan berdasarkan penjimatan yang tinggi.
Tidak Memeriksa Sama Ada Kereta adalah Automatik atau Manual
Kereta transmisi manual biasanya murah berbanding dengan kereta transmisi auto. Jika anda tidak pandai atau tidak mahu memandu kenderaan transmisi manual, maka anda harus bertanya jenis transmisi kenderaan yang ditawarkan.
Tidak Memadam Maklumat Bluetooth
Jika anda telah membuat Connection telefon dengan sistem bluetooth kenderaan, anda harus memastikan bahawa anda telah memadamkan maklumat telefon anda sebelum menyerahkan kenderaan berkenaan walaupun anda menggunakan sambungan bluetooth untuk muzik. Data anda masih lagi tersimpan di dalam sistem bluetooh kenderaan jika anda tidak memadamkannya. Kebocoran data mungkin berlaku kepada penyewa seterusnya jika anda tidak bertindak demikian.
Tidak Membuat Tempahan Awal
Jika anda tidak merancang percutian anda dengan baik, anda mungkin terpaksa membatalkan percutian anda gara-gara tidak dapat kenderaan sewa untuk digunakan semasa percutian anda. Bagi mengelakkan anda mengalami masalah seperti ini, anda harus membuat tempahan awal khususnya jika percutian anda adalah pada waktu cuti sekolah dan hujung minggu. ini kerana permintaan kereta sewa pada waktu ini sangat tinggi dan kemungkinan kereta sewa akan penuh.
Tidak Mengembalikan Kenderaan Pada Waktu yang Ditetapkan
Bergantung kepada syarat syarikat penyewaan kenderaan, kelewatan pengembalian kenderaan mungkin akan menyebabkan anda membayar kos tambahan. mungkin ada yang fleksibel berkenaan dengan tempat pengembalian kenderaan, tetapi mereka amat tegas kepada masa pengembalian kenderaan, ini kerana, kenderaan tersebut mempunyai jadual yang ketat dan mungkin diperlukan oleh penyewa yang lain. Jika anda ingin membuat perlanjutan penyewaan kenderaan, anda harus memaklumkan kepada syarikat penyewaan, namun ia bergantung kepada kelulusan syarikat penyewaan. Cas tambahan masa Satu Jam biasanya 10% daripada kadar sewaan harian. Terdapat juga syarikat Penyewaan yang akan mengenakan cas satu hari sewaan jika tambahan masa melebihi 6-8 jam.
Jika tuan dan puan dah terlanjur baca sehingga habis, Apa kata kalau usha-usha tengok perkhidmatan yang kami tawarkan. jika anda mencari kereta sewa di kota kinabalu, sabah, bolehlah dapatkan perkhidmatan kereta sewa pandu sendiri atau sekali dengan driver. kami boleh berikan khidmat ittenary yang lengkap untuk anda, dan kami bantu sesuaikan ikut masa dan keperluan anda.
Perkhidmatan kami mempunyai rekod yang baik, tuan-puan boleh melihat testimoni pelanggan. Nak runding harga? hubungi atau whatsapp kami di 01110570862. Untuk update terkini boleh follow kami di Facebook, instagram dan twitter.
Jom bercuti ke Sabah!!!!
P/S : jika anda mempunyai tips yang lain untuk dikongsi, sila komen di bawah, kami sangat ingin mengetahuinya.


TIPS DAN CARA MURAH TEMPAH MENDAKI PUNCAK GUNUNG KINABALU

Panduan Bercuti di Sabah Ketika PKPB (Dec 2020)

Bercuti Di Sabah Ketika PKPB? Ini Panduan Masuk Rentas Negeri Ke Sabah

Cerita Travel Sabah : Solo Trip Di Semporna, Sabah

8 Pulau Terbaik Tercantik Popular di Semporna, Sabah yang wajib anda Lawat
Tips Naik Gunung Kinabalu Semasa PKPP Covid-19 dengan Selamat

Bagaimana Bercuti Dengan Selamat Semasa PKPP

Nak Bercuti Di Sabah Masa PKPP? Ini Perkara Yang Anda Harus Tahu

Senarai Tempat menarik di Kudat : 8 Pantai paling memukau yang anda wajib lawat

Tips dan panduan bercuti di sabah : Laluan baru di gunung kinabalu?-Gambar
Car rental in Kota Kinabalu, sabah- The BEST Option you can have!

Tips dan Panduan Bercuti : Backpacking di Kota Kinabalu, Dimana Nak Makan dan Tempat Tinggal

Tips dan Panduan Bercuti di Sabah : Pengalaman Naik Kokol Hill (kokol Haven Resort) Guna kereta bezza auto
