Terkini: Tarikh Penting Keputusan, Pembayaran dan Rayuan Semula Geran Khas Prihatin GKP

02/06/2020

Adakah anda salah satu daripada peniaga kecil PKS yang telah memohon bantuan Geran RM3k yang telah disediakan oleh kerajaan? Anda akan mengetahui tarikh penting bila anda boleh membuat semakan, mendapat bayaran dan tarikh rayuan semula GKP ini.

Geran Khas Prihatin (GKP) adalah salah satu inisiatif daripada kerajaan untuk membantu para Peniaga kecil dan sederhana PKS dalam menghadapi kesan ekonomi daripada wabak Covid-19. Setiap PKS yang layak akan menerima bantuan one-off sebanyak RM 3000.

Permohonan bantuan GKP telah dibuka pada 1 Mei hingga 15 Mei 2020. Berdasarkan statistik daripada LHDN, sebanyak 642,976 permohonan dan sebanyak 488,857 (76.0 peratus) permohonan telah diluluskan. Manakala bakinya sebanyak 81,260 (12.6 peratus) permohonan masih dalam proses semakan lanjut agensi dan 72,859 (11.3 peratus) permohonan lagi telah ditolak.


Tarikh Bayaran GKP

Dalam kenyataan Media LHDN pada hari ini, mereka mengumumkan bahawa pemohon GKP yang telah lulus akan menerima bayaran terus ke akaun masing-masing secara berperingkat bermula 15 Jun 2020.

Tarikh Keputusan Semakan GKP

Para pemohon GKP boleh mula membuat semakan keputusan permohonan GKP bermula pada 3 Jun 2020. Jika status permohonan GKP anda masih lagi dalam status semakan, jangan bimbang, kerana keputusan permohonan akan diketahui pada 8 Jun 2020.

Tarikh Keputusan dan Pembayaran Rayuan Permohonan GKP

Jika anda mendapati bahawa keputusan semakan permohonan GKP anda adalah gagal, anda boleh membuat rayuan semula bermula 3 Jun 2020 hingga 15 Jun 2020.

Kerajaan komited untuk memberikan bantuan kepada semua PKS yang layak dan akan diteliti. Bagi rayuan GKP, anda akan mengetahui keputusan permohonan anda pada 22 Jun 2020 dan pembayaran akan dibuat pada 29 Jun 2020.

Maklumat Lanjut GKP PKS

Jika anda mempunyai persoalan dan kemusykilan berkenaan dengan Geran Khas Prihatin PKS ini, anda boleh menghubungi pihak LHDN menggunakan saluran berikut.

Semoga perkongsian ini telah membantu anda. Teruskan bersama kami untuk mendapatkan info dan panduan terkini dan bermanfaat.

Mungkin Anda berminat dengan artikel ini juga : GKP: Permohonan Akan Dibuka Semula Bagi PKS Yang Tercicir?