
Terkini : Senarai Sektor perkhidmatan Tambahan yang dibenarkan untuk beroperasi PKP fasa 3

Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) telah memberi kan kebenaran beroperasi kepada beberapa lagi sektor tambahan, termasuk automotif dan pembinaan.
Menteri Kanan Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali, berkata kebenaran diberikan kepada syarikat yang mempunyai kepentingan dalam rantaian bekalan global dan eksport, gandaan nilai tambah yang tinggi, impak ke atas kelangsungan perusahaan kecil dan sederhana (PKS) selain jumlah tenaga kerja yang terbabit.
Antara Senarai Sektor Pengilangan dan Perkhidmatan yang Dibenarkan: beroperasi dalam PKP fasa 3 (14 April - 28 April 2020) adalah :
1. Industri Aeroangkasa
2. Industri Automotif (terhad kepada eksport unit siap pasang sepenuhnya - CBU, peralatan dan komponen, serta perkhidmatan selepas jualan contohnya penyelenggaraan).
3. Industri Mesin dan peralatan .
4. Projek-projek pembinaan, termasuk industri simen; besi dan keluli.
(i) Projek di mana Kontraktor G1-G2 sebagai kontraktor utama
(ii) Projek yang telah disahkan mencapai kemajuan fizikal 90% ke atas
(iii) Kerja-kerja terowong
(iv) Kerja-kerja penyelenggaraan
(v) Kerja-kerja cerun
(vi) Kerja-kerja kecemasan yang termaktub dalam perjanjian kontrak
(vii) Kerja-kerja penyelenggaraan, pembersihan dan pengeringan air bertakung, penyemburan racun serangga di tapak bina bagi mengelakkan pembiakan nyamuk Aedes dan lain-lain haiwan perosak
(viii) Kerja-kerja lain yang jika tidak disempurnakan boleh mendatangkan bahaya
(ix) Projek bangunan dengan 70 IBS score ke atas
(x) Projek pembinaan dengan fasiliti/ kemudahan tempat tinggal untuk pekerja seperti Kuarters Pekerja Berpusat atau kem pekerja
5. Perkhidmatan sains, profesional dan teknikal termasuk penyelidikan dan
pembangunan (R&D)
(hanya terhad kepada:
- perkhidmatan berkaitan guaman;
- aktiviti-aktviti R&D berkaitan COVID19;
- makmal-makmal ujian (Lab testings) bagi sektor-sektor yang dibenarkan beroperasi sahaja; dan
- perkhidmatan berkaitan minyak & gas.
6. Perkhidmatan kesihatan sosial termasuk perubatan tradisional yang berdaftar
(hanya terhad kepada registered Traditional and Complementary Medicine
or TCM practitioners)
7. Perkhidmatan kedai hardware, kedai barangan elektrik dan elektronik dan
kedai cermin mata sahaja dalam pemborongan dan peruncitan.
8. Perkhidmatan gunting rambut asas (gunting sahaja)
9. Perkhidmatan dobi (full service dan bukan layan diri)
Terkini : Penambahan lima lagi Sektor Perkhidmatan yang dibenarkan beroperasi semasa PKP 3
Sehubungan dengan itu, Syarikat di dalam sektor Tambahan yang tersenarai boleh membuat permohonan untuk beroperasi kepada pihak MITI bermula Isnin Depan.
Semua permohonan hendaklah dibuat secara dalam talian di laman sesawang MITI iatu di pautan www.miti.gov.my. Namun begitu, hanya permohonan yang menepati syarat dan lengkap akan diproses.
Pihak syarikat di dalam sektor tambahan yang dibenarkan untuk beroperasi wajib untuk mengikuti Standard Operation Procedure (SOP) yang ditetapkan. Kebenaran beroperasi juga tertakluk kepada pematuhan syarat-syarat yang ditetapkan oleh KKM dan garis panduan yang ditetapkan oleh agensi penguatkuasaan yang lain. Kegagalan untuk mematuhi akan mengakibatkan kebenaran beroperasi mereka akan dibatalkan dengan serta merta dan berdepan dengan tindakan undang-undang.
anda mungkin berminat : Wajarkah operasi kedai gunting rambut dibenarkan semasa perintah kawalan pergerakan (PKP fasa 3)
Anda Perlu Tahu : Terkini -Panduan Lengkap Bagaimana dan syarat untuk memohon Permit Kebenaran Beroperasi kepada MITI semasa PKP
Jika nak cari kereta sewa dan pakej percutian yang trusted di sabah dengan harga yang murah, jom lihat sini.
Follow dan like page facebook @bestborneocarrental untuk perkongsian tips dan panduan bercuti terkini atau hubungi kami di
talian 01110570862
email bestborneocarrental@gmail.com
chat terus di webchat kami.
Latest posts in our blog
Read what's new this week


Geran Khas Prihatin Tambahan PERMAI 2021 RM1000

Senarai Bantuan Di Bawah Jabatan Kebajikan Masyarakat dan Cara Permohonan

Penjawat Awam Akan Menerima Bantuan Khas Pada 25 Januari 2021 dan Kategori Layak dan Tidak Layak
Raiz Investment Review : Simpan dan Labur

10 Cara Mudah Elak Terkena Scam (dan Apa Yang Perlu Anda Buat Jika Menjadi Mangsa)

Panduan Mohon Rayuan GKP 2.0 dan Alasan Tidak Lulus Geran Khas Prihatin

iShareFans dan LikeShare Kini Tutup, Terbukti Scam dan Tipu

i-Sinar: (Baru) Kelayakan dan Tips Permohonan Pengeluaran Akaun 1 KWSP RM10K

Panduan Rentas Negeri Masuk Ke Semenanjung Malaysia

i-Sinar: (baru) Panduan Permohonan Pengeluaran RM10K Akaun 1 KWSP

Perkembangan Terkini IshareFans dan LikeShare, Besar Kemungkinan Akan Tutup. Scam Era Media Sosial
TIPS DAN PANDUAN PERCUTIAN DI SABAH
Selepas pandemik Covid-19 yang melanda seluruh dunia, dimana percutian terpaksa ditangguhkan, kini mulai pulih. Sempadan negara mulai dibuka dan pelancongan mulai rancak semula. Walaupun pandemik ini telah berakhir, namun langkah-langkah pencegahan penyebaran virus ini tidak patut diendahkan.
Hello guys..Selamat tahun baru 2022!! apa azam baru tahun 2022? nak mendaki gunung kinabalu? Syukur sekarang pelancongan domestik di Malaysia kini sudah dibuka. Sektor pelancongan di Sabah beransur kembali beroperasi.
Yeah!. Sektor pelancongan di Sabah telah dibuka semula untuk kedua kalinya yang mana telah bermula pada awal bulan disember 2020. Bah apa lagi, jom kita ronda-ronda Sabah!.
Anda pasti sangat rindu untuk pergi bercuti dan travel bersama keluarga tersayang? Jom bercuti di Sabah, SOP PKPB yang bermula 7 disember hingga 20 Disember telah dilonggarkan dimana rentas negeri di Malaysia telah dilonggarkan. Ini bermaksud anda boleh bercuti ke seluruh negeri di Malaysia kecuali kawasan yang masih dalam status PKPD.
Ada yang sudah pernah ke Semporna Sabah? Jika belum, mari kami kongsikan cerita-cerita travel ke semporna yang dikongsikan oleh traveller. Dengan cerita ini, mungkin anda boleh mendapat tips dan gambaran bagaimana anda hendak merancang percutian anda ke Semporna Sabah pada masa akan datang.
Negeri Sabah atau lebih dikenali sebagai Borneo Sabah mempunyai kekayaan alam yang mempunyai keindahan yang unik dan setaraf dengan tempat-tempat menarik di negara luar. Anda boleh sebutkan apa sahaja yang anda mahu, nak hiking? ada gunung kinabalu, Nakkan suasana nyaman dan sejuk? ada kundasang dan Bukit Kokol. Nak pantai ? sabah dikelilingi oleh...