Terkini: Senarai Aktiviti Yang Masih Dilarang Semasa PKP Pemulihan

11/06/2020

Pada 10 Jun 2020, Pihak Kerajaan melalui Majlis Keselamatan Negara (MKN) telah mengeluarkan senarai aktiviti yang masih tidak dibenarkan atau dilarang sepanjang tempoh PKP Pemulihan atau singkatan PKPP. PKP Pemulihan akan berlangsung bermula 10 jun 2020 sehingga 31 Ogos 2020.

Dalam Artikel ini anda akan mengetahui sebab mengapa aktiviti tersebut dilarang dan senarai aktiviti yang tidak dibenarkan. Jom baca lanjut, takut nanti kita terlupa. Pelanggaran SOP dan peraturan semasa PKPP ini boleh menyebabkan anda dikompaun.

Senarai Aktiviti yang Dilarang Semasa PKP Pemulihan

Terdapat 11 aktiviti yang tidak dibenarkan untuk dibuat semasa tempoh PKP pemulihan iatu:

  1. Penganjuran acara dan pertandingan sukan, dan acara dan pertandingan sukan 
  2. Sukan sentuh 
  3. Aktiviti taman tema air dan taman air 
  4. Aktiviti kolam renang (selain kolam renang di rumah persendirian dan kolam renang untuk kegunaan persendirian di premis penginapan di bawah Akta Industri Pelancongan 1992 [Akta 482]) kecuali untuk latihan atlet negara bagi penyertaan di Sukan Olimpik Tokyo 2020. 
  5. Aktiviti pelancongan ke luar negeri oleh warganegara dan aktiviti pelancongan dalam negeri yang melibatkan pelancong asing memasuki Malaysia. 
  6. Aktiviti di pusat karaoke, tempat permainan kanak-kanak di pusat membeli belah dan pusat hiburan keluarga.
  7. Aktiviti di dalam pub dan kelab malam, kecuali perniagaan restoran di dalam pub dan kelab malam. 
  8. Menyedang pakaian, penggunaan bilik acu di kedai pakaian, mencuba aksesori fesyen di kedai dan menyediakan sampel penguji kosmetik di kedai. 
  9. Aktiviti refleksologi dan urut di dalam establismen kesihatan dan kecantikan 
  10. Aktiviti kapal persiaran. 
  11. Apa-apa aktiviti yang boleh menyebabkan ramai orang hadir di suatu tempat sehingga menyukarkan penjarakan sosial dan pematuhan kepada arahan Ketua Pengarah.

Sebab Mengapa Aktiviti ini Dilarang

Bagi mengurangkan risiko penularan Wabak Covid-19, pihak kerajaan masih tidak membenarkan beberapa aktiviti. Antara sebab atau justifikasi larangan aktiviti berkenaan adalah:

  • SUKAR UNTUK MENGAWAL KEADAAN DI MANA TERDAPAT RAMAI ORANG PADA SATU-SATU MASA
  • KEMUNGKINAN PENDEDAHAN KEPADA DROPLETS
  • SUKAR UNTUK MENGAWAL KEPERILAKUAN 
  • KEMUNGKINAN MENJADI KONTAK RAPAT KERANA BERADA DALAM KAWASAN YANG SAMA UNTUK MASA YANG PANJANG (CLOSE CONTINUOUS CONTACT). 
  • KEBERADAAN DALAM RUANG RAPAT (CONFINE SPACE) DAN TERTUTUP DALAM TEMPOH YANG LAMA. 

Aktiviti Yang Dibenarkan Semasa PKPP
Apakah aktiviti yang dibenarkan semasa PKP Pemulihan pula? semua aktiviti selain daripada yang disebutkan di atas adalah dibenarkan tetapi tertakluk kepada SOP yang telah ditetapkan oleh pihak MKN. Anda boleh membuat rujukan Anda Perlu Tahu: SOP PKP Pemulihan Mengikut Jenis Sektor.
  
Walaupun banyak operasi dan aktiviti ekonomi dan sosial telah dibenarkan dalam tempoh PKP Pemulihan ini, kita masih lagi dalam tempoh peperangan dengan Virus Covid-19. Langkah-langkah pencegahan dan SOP perlu dipatuhi sentiasa. Amalkan kebersihan diri dengan kerap dan pemakaian pelitup muka apabila berada di luar.

Maklumat lanjut berkenaan SOP  mengikut sektor juga boleh didapati di laman web rasmi MKN.


Latest posts in our blog

Read what's new this week
 

Selepas pandemik Covid-19 yang melanda seluruh dunia, dimana percutian terpaksa ditangguhkan, kini mulai pulih. Sempadan negara mulai dibuka dan pelancongan mulai rancak semula. Walaupun pandemik ini telah berakhir, namun langkah-langkah pencegahan penyebaran virus ini tidak patut diendahkan.

Trustpilot