Terkini: Rumah ibadat, sekolah, tadika tamu, pasar malam dan pasar Tani dan Sukan indoor serta outdoor seluruh Sabah mungkin akan Ditutup

05/10/2020

Pada hari ini, Pejabat YAB Ketua Menteri Sabah telah mengeluarkan kenyataan media berkaitan dengan kawalan pergerakan di seluruh Negeri di Sabah. Berikut merupakan kandungan kenyataan Media tersebut.

Bilangan kes positif COVID-19 di Negeri Sabah telah mencatatkan peningkatan kepada tiga (3) angka bermula 01 Oktober 2020 hingga 04 Oktober 2020. Bilangan kes positif COVID-19 telah mencatatkan 138 kes pada 1 oktober 2020, dan 133 Kes pada 02 Oktober 2020., 155 kes pada 03 Oktober 2020 dan 126 kes pada 04 Oktober 2020 adalah sebanyak 1,206 orang. 

Kerajaan Negeri melalui Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sabah COVID-19 (JKPBNS (COVID-19) telah memutuskan pelaksanaan Kawalan Pergerakan Rentas Daerah mulai 03 Oktober hingga 16 Oktober 2020 dengan mematuhi prosedur Operasi Standard (SOP) Kawalan Pergerakan Rentas Daerah di Seluruh Sabah oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN).

Manakala, bagi kemasukan ke negeri Sabah dari Semenanjung Malaysia, Sarawak dan WP Labuan oleh Warganegara Malaysia dan Bukan Warganegara Malaysia hendaklah mengikut Panduan Kebenaran Masuk ke Sabah daripada Semenanjung Malaysia, Sarawak dan WP Labuan berkuatkuasa mulai 03 Oktober hingga 16 Oktober.

JKPBNS COVID-19 juga memutuskan untik melaksanakan perkara-perkara berikut, tertakluk kepada persetujuan MKN;

  1. Hanya membenarkan operasi premis perniagaan untuk perkhidmatan dan barangan perlu (essential services and essential goods)
  2. Menutup pasaraya kecuali premis perniagaan yang membekalkan perkhidmatan dan barangan perlu (essential services and essential goods)
  3. Tidak membenarkan "dine in" di restoran, kedai makan dan gerai makan.
  4. Menutup Tamu, Pasar Malam dan Pasar Tani,
  5. Menutup rumah-rumah Ibadat (Masjid, Surau, Gereja, Tokong dan Lain-lain) kepada orang awam.
  6.  Menutup Taman Awam, Pusat Rekreasi, Indoor dan Outdoor Playground
  7. Menutup Perpustakaan Awam
  8. Menutup Sekolah-sekolah termasuk taska, pusat jagaan, tadika dan tabika.
  9. Mengurangkan 50% kapasiti sebenar penumpang bagi perkhidmatan bas berhenti-henti.
  10. Menghadkan kapasiti kenderaan persendirian kepada dua (2) orang.
  11. Menjadikan stesen kuarantin yang telah diwartakan sebagai Pusat Wad Tambahan/Rawatan Pesakit (Hospital Extension)

ini merupakan perkara yang dicadangkan oleh JKPBNS COVID-19 kepada MKN untuk persetujui dan diluluskan, yang mana pelaksanaan berkuatkuasa serta merta sehingga 16 Oktober 2020.

Diingatkan semula bahawa ini merupakan cadangan kerajaan negeri sabah kepada MKN dan perlaksanaan perkara ini bergantung kepada kelulusan MKN. Kita terus mengikut perkembangan terkini dan membuat persediaan yang sepatutnya. Anda tidak perlu panik kerana kerajaan telah memberikan jaminan bahawa keperluan makanan dan barangan perlu adalah mencukupi.

Kenyataan Media YAB Ketua Menteri Sabah bertarikh 05 Oktober 2020 Kenyataan media ini merangkumi: 1) Pelaksanaan...

Posted by Jawatankuasa Pengurusan Bencana Covid-19 Negeri Sabah on Ahad, 4 Oktober 2020

Latest posts in our blog

Read what's new this week
 

Selepas pandemik Covid-19 yang melanda seluruh dunia, dimana percutian terpaksa ditangguhkan, kini mulai pulih. Sempadan negara mulai dibuka dan pelancongan mulai rancak semula. Walaupun pandemik ini telah berakhir, namun langkah-langkah pencegahan penyebaran virus ini tidak patut diendahkan.

Trustpilot