Selepas pandemik Covid-19 yang melanda seluruh dunia, dimana percutian terpaksa ditangguhkan, kini mulai pulih. Sempadan negara mulai dibuka dan pelancongan mulai rancak semula. Walaupun pandemik ini telah berakhir, namun langkah-langkah pencegahan penyebaran virus ini tidak patut diendahkan.
Terkini: PKPB dilaksanakan di Daerah Kota Kinabalu, Penampang dan Putatan bermula 7 Oktober 2020, SOP yang anda perlu tahu

Mesyuarat Khas Menteri-Menteri hari ini mendengar situasi semasa COVID-19 di seluruh negeri Sabah yang dibentangkan oleh KKM dan cadangan-cadangan dari kerajaan Negeri Sabah.
Sehubungan dengan itu, Mesyuarat Khas bersetuju melaksanakan arahan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) di Kota Kinabalu, Penampang dan Putatan berkuatkuasa jam 12.01 tengah malam 7 Oktober 2020.
Pergerakan keluar masuk di ketiga-tiga kawasan PKPB ini adalah tidak dibenarkan.
Hanya Perkhidmatan Perlu (Essential Service) termasuk kilang-kilang dan rantaian yang
berkaitan dalam perkhidmatan perlu adalah dibenarkan. Pihak Kementerian Perdagangan
Antarabangsa dan Industri Malaysia (MITI) akan menyenaraikan jenis perkhidmatan perlu
yang terlibat di kawasan tersebut.
Antara SOP yang ditetapkan:
- Kemasukan ke Sabah adalah tidak dibenarkan KECUALI bagi warganegara yang berasal dari Sabah, Pemegang Pas-Pas yang dikeluarkan oleh Jabatan Imigresen Negeri Sabah yang berada di Semenanjung, Sarawak, Wilayah Persekutuan Labuan, dan pasangan yang menjalankan Perkhidmatan Perlu (Essential Services). Selain kategori ini, mereka diwajibkan mendapatkan kebenaran khas daripada Kerajaan Negeri Sabah.
- Hanya 2 orang sahaja dari sebuah rumah dibenarkan untuk keluar bagi tujuan mendapatkan bekalan makanan/keperluan rumah.
- Perniagaan Bukan Perkhidmatan Perlu (Non Essential Service) hendaklah ditutup.
- Restoran, kedai makan dan kedai runcit dan kedai serbaneka dibenarkan beroperasi antara 6.00 hingga 6.00 petang.
- Pembelian makanan hanya menggunakan kaedah pandu lalu, penghantaran (delivery) dan take-away sahaja.
- Waktu operasi stesen minyak antara 6.00 pagi hingga 6.00 petang sahaja.
- Operasi pasar harian adalah antara hingga 6.00 pagi hingga 2.00 petang sahaja.
- Operasi pasar malam, tamu, pasar borong, dan pasar tani adalah tidak dibenarkan.
- Waktu operasi klinik dan hospital kerajaan dan swasta dibenarkan secara 24 jam.
- Farmasi dan kedai menjual ubat-ubatan beroperasi mulai 6.00 pagi hingga 6.00 petang sahaja.
- Aktiviti dan perkhidmatan di semua lapangan terbang dan pelabuhan dibenarkan beroperasi. Pergerakan petugas/ penumpang perlu mendapatkan kelulusan PDRM terlebih dahulu.
- Kenderaan yang membawa barangan keperluan (essential) dibenarkan keluar masuk dengan mendapatkan kebenaran PDRM terlebih dahulu.
- Perkhidmatan teksi/e-hailing (maksimum 2 penumpang) dan penghantaran makanan dibenarkan beroperasi dari jam 6.00 pagi hingga 8.00 malam sahaja.
- Perkhidmatan bas ekspres dan bas henti-henti tidak dibenarkan beroperasi.
- Bagi kes kecemasan adalah dibenarkan tetapi perlu mengemukakan permohonan pergerakan kepada pihak berkuasa.
- Penduduk yang bekerja tidak dibenarkan keluar dari kawasan dan tidak boleh bekerja sepanjang tempoh PKPB.
- Majikan hendaklah mematuhi perintah ini dan membenarkan pekerja bercuti atau bekerja dari rumah.
- Kebenaran untuk bekerja hanya bagi Perkhidmatan Perlu (essential service) dengan kelulusan PDRM.
- Masjid, Surau, rumah ibadat bukan islam, Institut Pengajian Tinggi Awam dan Swasta, Institut Latihan Kemahiran, Sekolah, Tadika, Taska, Pusat Tahfiz, Pusat Jagaan Kanak-Kanak ditutup.
- Semua Aktiviti Sukan, Rekreasi, sosial, dan budaya adalah tidak dibenarkan.
PDRM bertanggungjawab melaksanakan kawalan ke atas kawasan tempatan jangkitan
dengan bantuan ATM, APM & RELA.
Sebarang pertanyaan boleh diajukan kepada Bilik Gerakan Bencana Negeri Sabah di talian
088-369434
Sumber : Kenyataan Akhbar MKN 5 Oktober 2020
Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) di Kota Kinabalu, Penampang dan Putatan akan berkuatkuasa 12.01 tengah...
Posted by Majlis Keselamatan Negara on Isnin, 5 Oktober 2020
Latest posts in our blog
Read what's new this week
Hello guys..Selamat tahun baru 2022!! apa azam baru tahun 2022? nak mendaki gunung kinabalu? Syukur sekarang pelancongan domestik di Malaysia kini sudah dibuka. Sektor pelancongan di Sabah beransur kembali beroperasi.
Negara Malaysia sekali lagi dilanda gelombang kedua wabak Covid-19 yang mana hampir semua negeri dikenakan PKP kecuali negeri Sarawak. Malah kes jangkitan virus adalah sangat tinggi yang mencecah ribuan kes setiap hari.