Terkini : PKP dilanjutkan lagi dua minggu sehingga 12 Mei 2020, terdapat sedikit kelonggaran

23/04/2020

Seperti yang kita jangkakan, Tempoh Perintah Kawalan Pergerakan telah dilanjutkan dua minggu lagi iatu sehingga 12 Mei 2020. Perkara ini telah diumumkan oleh Perdana Menteri Malaysia, YAB Tan Sri Muhyiddin Yassin semasa Perutusan Khas Perdana Menteri pada 23 April 2020.

Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) mungkin akan dilanjutkan Sehingga Jun?

Pada hari ini, kita dapat melihat perkembangan yang positif berkaitan dengan langkah-langkah kerajaan dalam membendung wabak covid-19 ini. Kita dapat melihat pesakit COVID 19 yang telah sembuh meningkat dengan ketara. Seramai 3,542 pesakit COVID 19, atau 63.2 peratus daripada keseluruhan pesakit telah pun sembuh setakat ini.

Kerajaan juga telah mengumumkan beberapa kelonggaran semasa PKP fasa 4 (empat) nanti iatu : 

  • 100,000 ribu pelajar di kampus akan dibenarkan pulang ke rumah masing-masing selepas mekanisme pengerakan terbaik dibentuk.
  • Mereka yang terperangkap di Kampung sebelum PKP dilaksanakan mungkin akan dibenarkan untuk kembali ke Bandar dengan perjalanan sekali. mereka yang terlibat boleh mendaftar secara online di aplikasi yang disediakan oleh PDRM, atau membuat temujanji untuk hadir ke balai polis bagi tujuan membuat pendaftaran. Boleh rujuk di sini : PKP : Pulang ke ibu kota atau Bandar semula dibenarkan ? Perlu Daftar Aplikasi Gerak Malaysia
  • jika kes-kes COVID 19 terus mencatatkan penurunan yang ketara, kerajaan berkemungkinan akan melonggarkan kawalan pergerakan secara bertahap dalam beberapa sektor termasuk sektor sosial.
  • Pelan Pemulihan Ekonomi jangka pendek, jangka sederhana dan jangka panjang yang menyeluruh sedang dirancang dan dibentuk.  Tumpuan pada masa ini adalah untuk mengenalpasti langkah dan inisiatif yang akan merancakkan pertumbuhan ekonomi jangka pendek dan sederhana, serta mendorong keyakinan rakyat dan pelabur untuk menjana semula ekonomi negara. 
  • kerajaan akan menimbang untuk membuka beberapa sektor dan subsektor yang lain lagi tertakluk kepada syarat-syarat yang ketat.

Perdana Menteri terus menyeru agar semua rakyat mengekalkan amalan kesihatan yang disarankan sepanjang tempoh PKP ini. Di bulan Ramadhan ini, ambil peluang ini untuk meluangkan lebih banyak masa bersama keluarga dengan beribadah puasa bersama-sama. 

Bagi semua umat Islam di Malaysia, Kami mengucapkan selamat  menyambut Ramadan Al-Karim. Teruskan bersama kami untuk terus mendapatkan Info-info terkini. 


ARTIKEL LAIN

Kini, Platform iShareFans telah ditutup dan menyebabkan ramai ahli kerugian sehingga ribuan ringgit. Sebelum ini kami sudah telah memberikan amaran bahawa operasi isharefans ini meragukan dan adalah scam. Kami adalah yang terawal memberikan review tentang platform ini iatu pada awal bulan oktober.

Ramai rakyat Malaysia yang terkesan dengan wabak Covid-19 seperti kehilangan pendapatan atau terjejas sebahagian pendapatan. Kerajaan Malaysia prihatin dengan kesusahan rakyat. Sebelum ini, terdapat cadangan agar duit caruman Akaun 1 KWSP boleh dikeluarkan bagi meringankan beban kewangan rakyat.

Trustpilot