Terkini : Kerajaan Negeri Sabah memutuskan untuk membenarkan beberapa lagi sektor untuk beroperasi mulai 10 Mei 2020.

10/05/2020

Pada Kenyataan Media YAB Ketua Menteri Sabah hari ini, terdapat beberapa sektor ekonomi yang dibenarkan untuk beroperasi bermula 10 Mei 2020 dan kelonggaran pergerakan merentas daerah.

Antara Sektor tersebut adalah : 

  1. Sektor Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar
  2. Sektor Sukan dan Rekreasi
  3. Sektor Perkhidmatan Ikhtisas dan Professional
  4. Pengangkutan Udara
  5. Kedai Menjual Kenderaan Bermotor, Jentera Berat dan Basikal
  6. Kebenaran Merentas Daerah 

Sektor Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar

Aktiviti yang dibenarkan adalah:

1. Pelancongan domestik (Dalam Negeri Sabah sahaja)

  • Aktiviti yang melibatkan penginapan, adventure dan recreation, tempat menarik, food dan beverage, ticketing services, pengangkutan dan lain-lain yang berkaitan
  • semua operasi perhotelan adalah dibenarkan kecuali fasiliti hotel seperti surau,gimnasium, sauna, spa, lounge, kolam renang, bilik mesyuarat, dewan seminar, bilik latihan dan buffet.

2. Kebudayaan - Aktiviti seni budaya meliputi kegiatan seni kraf, visual, pakaian tradisi, makanan tradisi, musik dan tari (yang tidak melebihi 10 orang) serta penyelidikan dan pendidikan budaya dan lain-lain.

3. Alam Sekitar, Hidupan Liar dan Taman-taman Negeri

Aktiviti meliputi kunjungan riadah, kajian, penyelidikan dan pemantauan Alam Sekitar termasuk perkhidmatan yang ditawarkan di Taman-taman Sabah dan santuari seperti Tabin Wildlife Resort, Danum Valley, Maliau Basin, Imbak Canyon, Pusat Pemulihan Orangutan Sepilok, Taman Hidupan Liar Lok Kawi, Santuari Hidupan Liar Hilir Kinabatangan,KK Wet Land dan termasuk aktiviti-aktiviti yang diuruskan oleh pihak swasta.

Aktiviti yang meliputi penuaian sarang burung,pengeluaran permit dan lesen hidupan liar dan lain-lain aktiviti yang dibenarkan.

Sektor Sukan dan Rekreasi

Aktiviti yang dibenarkan

Aktiviti Latihan sukan individu, sukan elit dan sukan berprestasi tinggi seperti olahraga, golf, tenis, E-Sport, Sukan bermotor (Cubprix), boling padang,memanah,menembak, angkat berat, berbasikal, pelayaran,pentanque,squash,ping pong,silambam, wushu,karate (kata), taekwondo (kata) dan bina badan.

aktiviti uskan massa dan rekreasi yang melibatkan orang awam yang tidak lebih daripada 10 orang dalam satu kumpulan pada satu-satu masa seperti golf,berbasikal, sukan bermotor, jogging,senamrobik dan lain-lain aktiviti senaman jasmani.

Rangkaian kemudahan sukan dan rekreasi (outdoor) seperti golf driving range, jogging track,boling padang,Lapang sasar memanah, lapang sasar menembak dan taman awam sama ada di bawah kawalan kerajaan atau swasta atau milik individu.

Sektor Perkhidmatan Ikhtisas dan Professional

Aktiviti yang dibenarkan di bawah sektor perkhidmatan ikhtisas dan profesional serta rangkaiannya adalah perkhidmatan oleh Jurutera, Peguam, Arkitek, Akauntan,Perunding Kewangan, Jurunilai, Juruukur Bahan, Juruukur Tanah, Ahli Farmasi, Kaunselor, Ahli Geologi, Dietrician, Dentist, Juru Fisioterapi, Optometris, Odiologist, Veterinar, Doktor Perubatan dan Doktor Pakar dan lain-lain perkhidmatan Ikthisas dan professional yang berdaftar dengan Badan Profesional masing-masing.

Pengangkutan Udara

Bilangan penerbangan domestik ditambah dan menyeru kepada syarikat-syarikat penerbangan supaya menambah bilangan penerbangan daripada Kuala Lumpur/ Johor Bahru / Pulau Pinang / Kota Bahru / Alor Star /  Kuching / Miri / Bintulu ke Negeri Sabah dan sebaliknya. Begitu juga dengan penerbangan dalam negeri Sabah.

Kedai Menjual Kenderaan Bermotor, Jentera Berat dan Basikal

Kerajaan Negeri membenarkan pembukaan premis menjual kenderaan bermotor, jentera berat dan basikal beroperasi mulai 10 Mei 2020 

Kebenaran Merentas Daerah

Kerajaan Negeri memaklumkan bahawa pergerakan merentas daerah di Negeri Sabah adalah dibenarkan sejak 4 Mei 2020 selaras dengan Arahan Perintah Kawalan Pergerakan Tahap 5.

Semua sektor dan aktiviti yang dibenarkan hendaklah mengikuti dan mematuhi SOP kementerian Kesihatan Malaysia dan Pihak berkuasa berkaitan. Rakyat Negeri diingatkan agar terus mengamalkan penjarakkan sosial, memakai penutup hidung dan mulut serta sentiasa menggunakan sanitizer dalam semua urusan seharian untuk keselamatan diri, Keluarga dan komuniti.

Sumber : Kenyataan Media YAB Ketua Menteri 10 Mei 2020.



MENCARI KERETA SEWA DI KOTA KINABALU? PERKHIDMATAN TERBAIK


DAPATKAN INFO DAN PANDUAN TERKINI BERGUNA KHAS UNTUK ANDA

Trustpilot