Negara Malaysia sekali lagi dilanda gelombang kedua wabak Covid-19 yang mana hampir semua negeri dikenakan PKP kecuali negeri Sarawak. Malah kes jangkitan virus adalah sangat tinggi yang mencecah ribuan kes setiap hari.
Jadual Pembayaran BPN 2.0 dan Panduan Permohonan Baru

Malaysia telah dilanda wabak Covid-19 gelombang kedua dan kelihatannya lebih teruk daripada sebelumnya. Lantaran itu, bagi membantu meringankan beban rakyat Malaysia khususnya golongan B40, kerajaan telah melancarkan rangsangan ekonomi Bantuan Prihatin Nasional siri 2.0 atau BPN 2.0. Perkara ini telah diumumkan oleh Perdana Menteri Malaysia, Tan Sri Muhyiddin Yassin pada 23 September 2020.
Bantuan ini amat dialu-alukan oleh rakyat Malaysia yang mana sedikit sebanyak dapat membantu mengurangkan bebanan kewangan yang dihadapi ketika ini. Sebanyak RM7.0 bilion telah diperuntukkan.
Inisiatif ini akan disalurkan kepada 10.6 Juta penerima BPN sedia ada yang layak bermula pada 26 Oktober untuk pembayaran fasa 1 dan pembayaran fasa kedua pada Januari 2021. Berikut Merupakan jadual Jumlah Pembayaran BPN 2.0 Mengikut kategori penerima.
- B40 ( Isi Rumah Pendapatan RM4000 kebawah) - RM1000 ( RM700 dibayar pada 26 Oktober 2020, Baki RM 300 pada bulan Januari 2021)
- B40 (Bujang Pendapatan RM 2000 kebawah) - RM500 ( RM350 dibayar pada 26 Oktober 2020, Baki RM150 pada Januari 2021)
- M40 (Isi Rumah pendapatan RM4001 Keatas) - RM600 (RM400 dibayar pada 26 Oktober 2020, Baki RM 200 pada Januari 2021)
- M40 (bujang Pendapatan RM2001 Keatas)- RM300 ( RM200 dibayar pada 26 Oktober 2020, Baki RM100 dibayar pada Januari 2021)
Anda seorang penerima BPN 2.0 tetapi tidak mempunyai akaun bank? jangan bimbang, anda masih boleh mendapatkan bantuan kewangan berkenaan dengan pergi ke mana-mana cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN) bermula 26 Oktober 2020.
Jika anda adalah dari kawasan Pedalaman Sabah dan Sarawak, dan tidak mempunyai akaun bank, Anda usah gusar, kerana pembayaran BPN akan dibuat sekaligus pada bulan Januari 2020 dengan bayaran tunai dibuat pada lokasi-lokasi yang akan diumumkan kelak.
Permohonan Baru BPN2.0
Andakah anda salah seorang yang belum menerima bantuan BPN sebelum ini? kini anda boleh membuat permohonan baru!. permohonan baru BPN ini telah pun dibuka bermula 15 Oktober sehingga 15 November 2020. Golongan yang terjejas pendapatan atau golongan mudah terjejas baru (newly vulnerable group), disebabkan impak wabak Covid-19 ini, anda sangat dialu-alukan untuk membuat permohonan baru.
Bagi permohonan baru yang telah layak, pembayaran akan dibuat sekaligus pada bulan Januari 2021 nanti. Jika anda mempunyai persoalan bagaimana untuk membuat permohonan BPN baru, anda boleh rujuk di portal rasmi BPN atau terus ke FAQ Permohonan baru BPN 2.0.
Diharapkan artikel ini dapat membantu dan menjawap persoalan berkaitan dengan BPN 2.0. Kongsikan dengan rakan-rakan dan ahli keluarga yang lain.
Latest posts in our blog
Read what's new this week
Malaysia memulakan tahun 2021 dengan cabaran gelombang kedua wabak Covid-19 dan terpaksa melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan PKP di seluruh negara kecuali Negeri Sarawak.
Pada hari ini, admin ingin kongsikan pelbagai bantuan yang anda boleh mohon. Rupanya, banyak jenis bantuan yang ditawarkan oleh kerajaan Malaysia melalui Jabatan Kebajikan Masyarakat.
Penjawat Awam Akan Menerima Bantuan Khas Pada 25 Januari 2021 dan Kategori Layak dan Tidak Layak
Melalui Belanjawan 2021, Kerajaan telah bersetuju untuk memberikan Bantuan khas Kewangan Tahun 2021 dibayar kepada pegawai Perkhidmatan Awam Kumpulan Pengurusan dan Professional serta kumpulan pelaksana Gred 56 dan ke bawah. Bayaran ini akan turut diberikan kepada pesara Kerajaan yang menerima pencen dan veteran tidak berpencen.
Raiz Investment Review : Simpan dan Labur
Anda minat melabur? tetapi modal yang ada hanya sedikit? Kini anda boleh membuat pelaburan dengan jumlah pelaburan yang minimum serendah RM5 dengan RAIZ.