Negara Malaysia sekali lagi dilanda gelombang kedua wabak Covid-19 yang mana hampir semua negeri dikenakan PKP kecuali negeri Sarawak. Malah kes jangkitan virus adalah sangat tinggi yang mencecah ribuan kes setiap hari.
Bayaran Bantuan Sara Hidup BSH Fasa Ke-3 Tahun 2020 bermula 24 Julai Ini

Bayaran Bantuan Sara Hidup (BSH) masih dilanjutkan pada tahun 2020. Bayaran BSH telah dilaksanakan bagi fasa pertama dan fasa kedua yang telah memberikan manfaat kepada semua penerima semasa kesukaran dalam tempoh PKP.
Bayaran BSH fasa ke-3 yang akan melibatkan semua rakyat Malaysia yang layak termasuk negeri-negeri di Semenanjung, Sabah dan Sarawak akan dibuat sebelum akhir bulan Julai ini.
Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz menyatakan implikasi kos bagi bayaran Fasa 3 BSH adalah sebanyak RM3 Bilion yang akan melibatkan seramai 5 juta penerima iatu 3.8 juta isi rumah dan 1.2 juta individu bujang.
Kategori isi rumah akan menerima bantuan sebanyak RM600 akan menerima tambahan bantuan RM120 bagi setiap anak (bawah 18 tahun) dengan maksimum empat orang anak. Sebagai contoh, isi rumah berpendapatan bawah RM2000 dengan empat orang anak akan menerima RM1080 pada bulan julai nanti.
Jadual dan Jumlah Pembayaran BSH fasa 3
Pelaksanaan pembayaran secara tunai Bantuan Prihatin Nasional (BPN) serta fasa kedua dan ketiga BSH 2020 bagi kawasan pedalaman Sabah dan Sarawak (bagi yang tidak mempunyai akaun bank) akan bermula 1 hingga 31 Julai 2020.
Pembayaran Bantuan Sara Hidup (BSH) bagi fasa 3 akan mula dilaksanakan pada jumaat ini, iatu bermula 25 Julai 2020 yang melibatkan peruntukan sebanyak RM3.0 Bilion. Bagi permohonan baru BSH yang layak tetapi belum menerima bayaran pada fasa 1 dan fasa 2, bayaran akan dibuat sekaligus dalam pembayaran fasa 3.
Berapakah Kadar bayaran BSH? Contoh jika Pak Atan mempunyai pendapatan kurang daripada RM2000 dan mempunyai 4 orang anak, Pak Atan akan menerima bantuan pada fasa 3 sebanyak RM 600 + RM 480 (RM 120 x 4 orang anak), iatu jumlah keseruluhan pembayaran fasa 3 adalah RM 1080.
kerajaan juga telah membuka peluang untuk permohonan rayuan BSH 2020 yang mana akan dibuka bermula 7 Ogos hingga 6 September 2020. Permohonan rayuan boleh dibuat melalui portal BSH atau pemohon boleh hadir ke mana-mana cawangan LHDNM/Pusat Khidmat Hasil atau Pusat Transformasi Bandar (UTC)
Rujuk Jadual Jumlah Pembayaran BSH di Sini
Tambahan Laporan ke-11 LAKSANA
i-Lestari KWSP : 4.34 juta permohonan telah diluluskan dengan pengeluaran sebanyak RM2.17 bilion sebulan sehingga 26 Jun lalu.
Permohonan Dana Pinjaman Mudah PKS: Jumlah kelulusan permohonan setakat ini adalah sebanyak RM8.4 bilion yang membabitkan 19,539 kelompok.
Skim Kredit Mikro Bank Simpanan Nasional : sebanyak 7,577 permohonan telah diluluskan dengan nilai RM260.6 Juta manakala Permohonan Program Tekun Nasional diluluskan yang bernilai 191.50 juta.
Program MY30 PENJANA: Peruntukan RM200 juta membabitkan penggunaan tanpa had dengan bayaran RM1 sehari selama 30 hari bagi semua pengangkutan rel Transit Aliran Ringan (LRT) Transit Aliran Massa (MRT), KL Monorail dan perkhidmatan bas BRT, Bas RapidKL dan Bas Pengantara MRT di Lembah Klang. Setakat ini, sebanyak 66,692 pas telah terjual dengan subsidi kerajaan bernilai RM11.3 juta.
Program Subsidi Upah: ditambahbaik dengan peruntukan RM5.3 bilion, pekerja sektor pelancongan dan sektor terlarang beroperasi sepanjang PKPB yang diberi cuti tanpa gaji adalah layak menerima kemudahan itu dengan syarat ia diterima secara langsung.
Bantuan Sosial Golongan Mudah Terjejas: Peruntukan RM108 juta di bawah seliaan Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat dengan lebih 28,000 pendaftaran baru diterima bagi ibu tunggal setakat 25 Jun lepas. Belum Mohon bantuan khas ibu tunggal? Panduan permohonan di sini. Bantuan ini dibuka sehingga 31 Oktober 2020.
Nak Travel Ke Sabah?
TIPS DAN PANDUAN MUDAH
Read what's new this week
Malaysia memulakan tahun 2021 dengan cabaran gelombang kedua wabak Covid-19 dan terpaksa melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan PKP di seluruh negara kecuali Negeri Sarawak.
Pada hari ini, admin ingin kongsikan pelbagai bantuan yang anda boleh mohon. Rupanya, banyak jenis bantuan yang ditawarkan oleh kerajaan Malaysia melalui Jabatan Kebajikan Masyarakat.
Penjawat Awam Akan Menerima Bantuan Khas Pada 25 Januari 2021 dan Kategori Layak dan Tidak Layak
Melalui Belanjawan 2021, Kerajaan telah bersetuju untuk memberikan Bantuan khas Kewangan Tahun 2021 dibayar kepada pegawai Perkhidmatan Awam Kumpulan Pengurusan dan Professional serta kumpulan pelaksana Gred 56 dan ke bawah. Bayaran ini akan turut diberikan kepada pesara Kerajaan yang menerima pencen dan veteran tidak berpencen.
Raiz Investment Review : Simpan dan Labur
Anda minat melabur? tetapi modal yang ada hanya sedikit? Kini anda boleh membuat pelaburan dengan jumlah pelaburan yang minimum serendah RM5 dengan RAIZ.
Baru-baru ini, Malaysia heboh dengan scam platform menjana pendapatan secara mudah dalam talian seperti isharefans dan likeshare. Kini platform ini telah ditutup menyebabkan ramai yang menjadi mangsa scam dan kerugian ribuan ringgit.