PKPP: SOP Rumah Ibadat (Gereja dan Kuil)

11/06/2020

Aktiviti rumah ibadat seperti gereja dan kuil turut dibenarkan semasa PKP Pemulihan. Berikut merupakan SOP aktiviti dan protokol bagi rumah ibadat yang perlu diikuti.

Sebelum itu, adalah menjadi tanggungjawab kepada jawatankuasa untuk memastikan beberapa perkara berikut ini dilakukan dan dipatuhi:

  • Jawatankuasa pengurusan rumah ibadat hendaklah memastikan semua penganut agama faham dan patuh kepada garis panduan yang disediakan.
  • Penganut dan ketua agama yang mempunyai gejala seperti demam, batuk, sakit tekak, selesema atau sesak nafas tidak dibenarkan hadir. Penganut yang mempunyai masalah seperti kencing manis, kanser dan sebagainya tidak digalakkan hadir; 
  • Penanda jarak 1 meter) wajib diletakkan di lantai, tidak mudah tanggal dan mudah dilihat dan
  • Penganut agama yang berumur 70 tahun ke atas dan kanak kanak di bawah umur 12 tahun tidak dibenarkan hadir Ini tidak melibatkan ketua agama yang memimpin doa.

Sop yang disediakan oleh MKN untuk rumah Ibadat meliputi langkah-langkah yang perlu diambil sebelum masuk ke rumah ibadat, semasa dalam rumah ibadat, dan selepas acara keagamaan dalam rumah ibadat.

SOP Sebelum Masuk Ke Rumah Ibadat.

Berikut merupakan langkah-langkah atau SOP yang perlu dipatuhi sebelum masuk ke rumah ibadat. Adalah dilarang berkumpul atau berhimpun di luar rumah ibadat sebelum atau selepas selesai upacara keagamaan.

  1. Kaunter saringan kesihatan hendaklah diwujudkan di pintu masuk bertujuan menghadkan bilangan kehadiran, membuat pemeriksaan suhu badan dan saringan gejala seperti demam, batuk, sakit tekak, selesema atau sesak nafas Penganut dan ketua agama yang mempunyai suhu melebihi 37.5 celcius dan menunjukkan simptom seperti batuk, sakit tekak, selesema atau sesak nafas tidak dibenarkan masuk.
  2. Semua ahli jawatankuasa pengurusan rumah ibadat, ketua agama dan petugas perlu menjalani saringan kesihatan sebelum memulakan tugas.
  3. Petugas di kaunter saringan kesihatan juga perlu memastikan para penganut agama membersihkan tangan dengan hand sanitizer dan merekod kehadiran penganut agama.
  4. Semasa para penganut agama menunggu giliran di kaunter saringan, penjarakan sosial 1 meter mesti dipatuhi.
  5. Semua ahli jawatankuasa pengurusan rumah ibadat, ketua agama, petugas dan penganut agama diwajibkan memakai penutup hidung dan mulut face mask serta memastikan kerap membersihkan tangan (samada dengan air/sabun atau hand sanitizer.
  6. Buku rekod kehadiran ( nombor telefon dan alamat emel dihubungi) hendaklah sentiasa dikemaskini dan disemak serta disahkan untuk memastikan pergerakan keluar penganut sentiasa dalam pemantauan jawatankuasa pengurusan rumah ibadat.
  7. Melakukan pembersihan ruang dan kawasan sekitarnya termasuk tandas dan semua ruang sebelum dan selepas acara keagamaan ( serta disinfeksi sebelum dan selepas beroperasi.
  8. Secara am, pastikan tempat beribadat adalah mempunyai pengudaraan yang baik.
  9. Penggunaan tandas perlu dihadkan mengikut jumlah bilik tandas yang ada pada satu satu masa dan membersihkan tangan (samada dengan air/sabun atau hand sanitizer
  10. Hanya warganegara Malaysia sahaja dibenarkan menjadi petugas atau ahli jawatankuasa
  11. pengurusan rumah ibadat Petugas atau ahli jawatankuasa pengurusan rumah ibadat hendaklah memastikan setiap penganut agama menunjukkan kad pengenalan diri Jika gagal, harus diarah pulang.
  12. Pintu rumah ibadat hanya dibuka untuk penganut mengikut waktu operasi yang telah dipersetujui.
  13. Segala pemberian upacara perlu dibungkus dan disimpan untuk diambil oleh penganut sendiri.
  14. Menyusun dan menanda kedudukan penganut agama di dalam dewan dan ruang ibadat.
  15. Petugas hendaklah mengawal pintu masuk dan memantau kehadiran penganut agama ke dalam rumah ibadat
  16. Tidak dibenarkan upacara atau aktiviti yang melibatkan sentuhan.
  17. Sebarang penyediaan atau pemberian makanan adalah secara packed food dan tidak dibenarkan makan di rumah ibadat dan
  18. Sekiranya ada ahli jawatankuasa termasuk ketua agama didapati demam, batuk, sakit tekak, selesema atau sesak nafas, mereka tidak dibenarkan untuk bertugas


SOP Semasa Berada Dalam Rumah Ibadat

  1. Penganut agama hendaklah dengan tertib berada di tempat yang telah disediakan oleh jawatankuasa pengurusan rumah ibadat.
  2. Bilangan kehadiran penganut agama hendaklah tidak melebihi 30 orang atau kurang, tertakluk kepada saiz keluasan rumah ibadat tersebut dan
  3. Dilarang berkumpul dalam ruang atau dewan beribadat serta patuh kepada SOP yang telah disediakan oleh Kementerian Perpaduan Negara bersama dengan KKM dan MKN.

SOP Selepas Berakhir Acara Keagamaan di Rumah Ibadat

  1. Penganut agama hendaklah terus bersurai selepas selesai melaksanakan upacara keagamaan.
  2. Jangan berebut rebut masuk ke dalam rumah ibadat dan tidak digalakkan menyentuh pintu.
  3. Penganut agama perlu bersurai dalam keadaan tenang dan keluar melalui pintu yang ditetapkan secara tertib dan
  4. Tidak bersentuhan antara satu sama lain sepanjang berada di dalam rumah ibadat
  5. Rumah ibadat hendaklah ditutup dengan kadar segera bagi mengelakkan penganut agama melengahkan masa dan berkumpul.
  6. Membuat rondaan dan pemeriksaan di dalam, di luar dan sekitar perkarangan rumah ibadat untuk memastikan penganut agama telah beredar dan
  7. Rumah ibadat digalak menganjurkan sesi upacara keagamaan secara virtual mengikut kesesuaian dan kemampuan.

SOP bagi pengurusan Kematian Di Rumah

Jika berlaku kematian, terdapat SOP yang perlu diikuti oleh pengurusan kematian atau jawatankuasa keagamaan serta tuan rumah seperti yang berikut:

  1. Kehadiran ahli keluarga terdekat si mati hendaklah tidak melebihi 15 orang atau kurang merujuk kepada saiz keluasan lokasi di rumah Tiada upacara untuk memberi penghormatan terakhir kepada si mati.
  2. Tuan rumah memastikan butiran diri ahli keluarga terdekat direkod untuk mengesan kontak.
  3. Semua ahli keluarga sentiasa mengamalkan penjarakan sosial dan sentiasa memakai topeng muka. Ahli keluarga yang berumur 70 tahun ke atas dan kanak kanak di bawah umur 12 tahun tidak dibenarkan hadir ke majlis pengebumian.
  4. Ahli keluarga terdekat yang mempunyai gejala seperti demam, batuk, sakit tekak, selesema atau sesak nafas, tidak dibenarkan hadir Begitu juga mereka yang mempunyai masalah kesihatan seperti kencing manis, darah tinggi, lelah, penyakit barah, dan sebagainya, juga tidak dibenarkan hadir.
  5. Tuan rumah hendaklah memastikan semua ahli keluarga terdekat faham dan patuh kepada garis panduan yang disediakan.
  6. Selepas upacara keagamaan, mayat samada dibakar (cremate) atau ditanam pada hari yang sama dengan diringi keluarga terdekat ke krematorium tanah perkuburan tidak melebihi 15 orang.

Adalah digalakkan agar semua penganut yang berkaitan agar memuat turun aplikasi Mysejahtera ke dalam telefon bimbit masing-masing untuk pengesanan kontak rapat.

Latest posts in our blog

Read what's new this week
 

Trustpilot