Terkini: Senarai Aktiviti yang dibenarkan dan tidak dibenarkan Semasa Kawalan Pergerakan Rentas Daerah di Negeri Sabah 

04/10/2020

Kes jangkitan Covid-19 di Malaysia semakin meningkat khususnya di negeri Sabah. Malaysia telah mencatatkan kes harian tertinggi kelmarin semenjak bermulanya wabak Covid-19 pada awal bulan Mac iatu sebanyak 317 kes jangkitan. Negeri Sabah merupakan salah satu penyumbang tertinggi iatu sebanyak 155 kes. Malah kebanyakkan kes baru ini adalah kes yang mempunyai sejarah perjalanan di Sabah.

Bagi membendung penularan Covid-19 ini, pihak berkuasa telah memutuskan untuk melaksanakan kawalan pergerakan rentas daerah di seluruh Sabah bermula pada 3 Oktober 2020 sehingga 16 Oktober 2020. Rujukan lanjut di sini : Larangan Rentas Daerah di Sabah Dikuatkuasakan 3 Oktober, Ini Panduan permohonan Rentas Daerah

Sebelum ini, telah tular satu draft SOP di Medsos (Media Sosial) yang akan dilaksanakan oleh pihak berkuasa yang menimbulkan sedikit panik di kalangan sabahan. Antara kandungan SOP itu adalah semua rumah ibadat, aktiviti sosial dan sukan indoor dan outdoor tidak dibenarkan beroperasi. 

Tindakan pantas daripada pihak berkuasa untuk menafikan penularan dokumen viral SOP seperti di atas telah memberikan nafas kelegaan kepada rakyat. Pihak berkuasa telah mengeluarkan kenyataan penafian bagi SOP yang tidak betul.

SOP Kawalan Pergerakan Rentas Daerah di Negeri Sabah

Ini adalah SOP kawalan Pergerakan Rentas Daerah di Negeri Sabah yang sebenar. SOP semasa PKP yang sah hanya akan dikeluarkan oleh Majlis Keselamatan Negara. SOP ini akan melibatkan seluruh kawasan di Sabah kecuali Kawasan PKPDB iatu daerah Semporna, Lahad Datu, Tawau dan Kunak.

Daerah Kota kinabalu, Penampang dan Putatan dikategorikan sebagai satu kawasan daerah, oleh yang demikian, pergerakan antara tiga daerah berkenaan adalah dibenarkan.

Kawalan Pergerakan

  • Aktiviti perkhidmatan di lapangan terbang dan pelabuhan dibenarkan beroperasi dengan kawalan SOP yang ketat. Petugas/penumpang perlu mendapatkan kelulusan PDRM. 
  • Perkhidmatan teksi, e-hailing dan food delivery services dibenarkan beroperasi dari jam 6.00 pagi hingga 8.00 malam. 
  • Perkhidmatan bas ekspres di semua Terminal Bas tidak dibenarkan beroperasi. 
  • Operasi bas henti-henti dibenarkan beroperasi dengan SOP sedia ada. 
  • Bagi kes kecemasan seperti sakit dan pengurusan jenazah, pergerakan rentas daerah adalah dibenarkan tetapi perlu mengemukakan permohonan pergerakan kepada pihak PDRM. 
  • Sebarang pergerakan bagi perkhidmatan perlu (essential services) hendaklah mengemukakan surat kebenaran Ketua Jabatan / Majikan masing-masing bagi tujuan rentas daerah. 
  • Untuk pergerakan awam (kecemasan sahaja) rentas daerah perlu mendapatkan kebenaran PDRM terlebih dahulu.

Aktiviti yang dibenarkan

  • Restoran, kedai/gerai makan, kedai runcit dan kedai serbaneka dibenarkan beroperasi antara 6.00 pagi hingga 8.00malam. 
  • Waktu operasi stesen minyak antara jam 6.00 pagi - 8.00 malam sahaja. 
  • Waktu operasi pasar harian adalah antara jam 6.00 pagi - 2.00 petang sahaja. 
  • Operasi pasar malam, pasar tani, tamu, dan pasar borong adalah adalah dibenarkan beroperasi berdasarkan SOP sedia ada.
  • Waktu operasi klinik dan hospital kerajaan dan swasta dibenarkan secara 24 jam. Farmasi dan kedai menjual ubat-ubatan dibenarkan beroperasi mulai jam 8.00 pagi hingga 8.00 malam 
  • Aktiviti di sekolah, taska, tabika dan IPT dibenarkan beroperasi berdasarkan SOP sedia ada 
  • Masjid, surau, rumah ibadat bukan islam, perpustakaan, taman awam, pusat rekreasi, indoor & outdoor playground dibenarkan beroperasi berdasarkan SOP sedia ada. 
  • Semua aktiviti sukan, rekreasi, sosial dan budaya adalah dibenarkan beroperasi berdasarkan SOP sedia ada. 

Sebarang pengecualian akan diputuskan oleh Jawatankuasa Pengurusan Bencana COVID-19 Negeri Sabah. Anda boleh mengikuti laman facebook jawatankuasa ini bagi mendapatkan update terkini yang berkaitan di sini: sabahcovid.  

Anda juga boleh membuat rujukan lanjut SOP ini di laman web Majlis Keselamatan Negara.

Jika tiada urusan penting, anda disarankan agar terus berada di dalam rumah bagi meminimumkan pergerakan sosial dan risiko jangkitan Covid-19 ini. Jika anda terpaksa keluar, pastikan anda mengikuti garis panduan yang telah ditetapkan oleh pihak berkuasa dan sentiasa memakai pelitup muka dan penjagaan kebersihan yang kerap.


Latest posts in our blog

Read what's new this week
 

Trustpilot