Negara Malaysia sekali lagi dilanda gelombang kedua wabak Covid-19 yang mana hampir semua negeri dikenakan PKP kecuali negeri Sarawak. Malah kes jangkitan virus adalah sangat tinggi yang mencecah ribuan kes setiap hari.
Senarai bantuan Pinjaman untuk PKS, Mikro,Bumiputera,Kontraktor dan Pelancongan di bawah Pelan Ekonomi PENJANA

Pada hari ini, Perdana Menteri Malaysia, Tan Sri Muhyiddin Yassin telah menyampaikan Perutusan Khas yang bertajuk : Pelan Jana Semula Ekonomi Negara (PENJANA).
Difahamkan bahawa ekonomi pada tahun 2020 ini akan menguncup dan mungkin akan mengalami semula zaman Kemelesetan Ekonomi atau Great Depression pada tahun 1930-an atau mungkin boleh menjadi lebih teruk.
Kerajaan melalui pelan PENJANA akan terus komited untuk terus mengekalkan ekonomi negara terus berkembang dan dapat menghadapi kemelesetan ekonomi yang mendatang.
Antara inisiatif yang terkandung dalam PENJANA adalah skim pembiayaan untuk perniagaan. Dalam artikel ini, anda akan mengetahui jenis-jenis pembiayaan yang akan ditawarkan kepada para peniaga bagi membantu survival dalam masa kesusahan ini.
Skim Pembiayaan PKS PENJANA
Sektor perbankan akan menawarkan dana tambahan sebanyak RM2 bilion melalui Skim Pembiayaan PKS PENJANA. Pembiayaan ini boleh dipohon mulai pertengahan Jun 2020 dengan had sehingga RM500 ribu bagi setiap PKS.
Kerajaan juga menawarkan pembiayaan RM500 juta di bawah Dana Transformasi Teknologi PKS sebagai
pinjaman mudah bagi menggalakkan PKS beralih ke arah perniagaan digital atau dalam talian.
Skim Pembiayaan Pelancongan
PENJANA
Sebanyak RM 1 bilion pembiayaan akan ditawarkan kepada PKS dalam sektor pelancongan bagi membantu mereka agar terus berdaya saing. Pinjaman ini dijangka akan diumumkan oleh Bank Negara Malaysia pada bulan Julai 2020 nanti.
Skim Pembiayaan Mikro PENJANA
Sebelum ini, pembiayaan Mikro dalam pelan rangsangan ekonomi telah pun dilaksanakan. Dalam pelan PENJANA, sebanyak RM 400 juta diperuntukan dengan peruntukan RM 50 juta dikhaskan untuk usahawan wanita. Pembiayaan Mikro ini boleh dibuat melalui Bank Simpanan Nasional dan TEKUN.
Skim Pembiayaan Syarikat Bumiputera
Pembiayaan sebanyak RM 500 juta akan diberikan kepada syarikat Bumiputera iatu sebanyak RM 300 Juta ditawarkan melalui Perbadanan Usahawan Nasional Berhad (PUNB) dan RM 200 Juta melalui MARA.
Skim Pembiayaan Kontraktor : SME-GO
Pembiayaan melalui SME Bank akan diberikan kepada kontraktor Gred G2 dan G3 yang berkelayakan dan telah mendapat projek di bawah PRIHATIN yang mana boleh dipohon bermula Julai 2020. Pembiayaan ini tiada cagaran atau deposit perlu disediakan.
Anda Peniaga atau usahawan di sektor mana? Anda boleh mula membuat persediaan dokumen dan mula membuat permohonan pembiayaan mengikut kesesuaian bidang anda. Semoga kita semua akan terus tabah dan dapat menghadapi masa-masa sukar ini.
Anda boleh membaca Ringkasan Perutusan Khas Perdana Menteri 5 Jun 2020: PENJANA untuk rujukan lanjut. Kongsikan berita baik ini kepada rakan dan keluarga anda. Ikuti kami di Best Borneo Media untuk info-info berguna dan menarik.
Latest posts in our blog
Read what's new this week
Malaysia memulakan tahun 2021 dengan cabaran gelombang kedua wabak Covid-19 dan terpaksa melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan PKP di seluruh negara kecuali Negeri Sarawak.
Pada hari ini, admin ingin kongsikan pelbagai bantuan yang anda boleh mohon. Rupanya, banyak jenis bantuan yang ditawarkan oleh kerajaan Malaysia melalui Jabatan Kebajikan Masyarakat.
Penjawat Awam Akan Menerima Bantuan Khas Pada 25 Januari 2021 dan Kategori Layak dan Tidak Layak
Melalui Belanjawan 2021, Kerajaan telah bersetuju untuk memberikan Bantuan khas Kewangan Tahun 2021 dibayar kepada pegawai Perkhidmatan Awam Kumpulan Pengurusan dan Professional serta kumpulan pelaksana Gred 56 dan ke bawah. Bayaran ini akan turut diberikan kepada pesara Kerajaan yang menerima pencen dan veteran tidak berpencen.
Raiz Investment Review : Simpan dan Labur
Anda minat melabur? tetapi modal yang ada hanya sedikit? Kini anda boleh membuat pelaburan dengan jumlah pelaburan yang minimum serendah RM5 dengan RAIZ.
Baru-baru ini, Malaysia heboh dengan scam platform menjana pendapatan secara mudah dalam talian seperti isharefans dan likeshare. Kini platform ini telah ditutup menyebabkan ramai yang menjadi mangsa scam dan kerugian ribuan ringgit.
Anda telah memohon Geran Khas Prihatin 2.0 tetapi gagal? ketahui Alasan tidak lulus?