Pekerja Diarahkan Bekerja Dari Rumah Semasa PKPB? Adakah Termasuk Saya?

20/10/2020
Arahan Bekerja Dari Rumah Bermula 22 Oktober Ini
Arahan Bekerja Dari Rumah Bermula 22 Oktober Ini


Menteri Kanan (Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob telah berkata dalam sidang media 20 oktober 2020, bahawa Pekerja sektor awam dan swasta diarah untuk bekerja dari rumah bermula khamis ini (22 Oktober 2020). Keputusan ini disebabkan peningkatan kes jangkitan COVID-19 membabitkan pekerja di pejabat.

Persoalannya adalah, adakah atau siapakah golongan pekerja yang akan terlibat dalam arahan bekerja dari rumah atau work from home ini? Dikatakan arahan ini akan melibatkan 1 juta pekerja sektor awam dan swasta.

Jom ketahui jika anda termasuk dalam golongan pekerja yang diarahkan untuk bekerja dari rumah. Berikut merupakan senarai semak sebagai panduan anda.

Arahan Bekerja dari Rumah PKPB

  • Hanya melibatkan pekerja sektor awam dan sektor swasta dalam kawasan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Putrajaya, Persekutuan Labuan, Selangor dan Sabah.
  • Pekerja Sektor Awam dan Swasta bahagian Pengurusan serta Pengawasan. Bahagian pengurusan yang dimaksudkan adalah pekerja yang bekerja di dalam ruangan pejabat. Ia berbeza dengan pekerja yang bekerja di lapangan. Contoh adalah pekerja bahagian pengurusan adalah pekerja yang menguruskan cuti manakala pegawai polis atau pegawai kastam atau pegawai imigresen yang harus berada di luar pejabat seperti lapangan terbang untuk melaksanakan tugas. Sektor swasta juga adalah perkara yang sama, contohnya pengurus atau supervisor yang hanya bekerja di pejabat membuat jadual perjalanan lori, dan pekerja yang berada di lapangan adalah seperti pemandu lori. Golongan pekerja yang berada di bahagian pengurusan ini kemungkinan akan bekerja dari rumah, bergantung kepada arahan ketua jabatan/ketua/pengurus.

Adakah semua bahagian pengurusan akan bekerja dari rumah? Seperti yang dinyatakan di atas, ia adalah bergantung kepada arahan ketua anda. Jabatan atau syarikat harus meminimumkan kehadiran pekerja ke pejabat sekurang-kurangnya 30% daripada jumlah pekerja.

Senarai Sektor yang dibenarkan beroperasi di kawasan terlibat akan dikeluarkan oleh Pihak Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan industri. Update Senarai sektor yang dibenarkan semasa PKPB adalah seperti yang berikut. (Akan diupdate)

Tambahan lagi, Pekerja yang tinggal di kawasan Zon Merah wajib untuk melakukan Swab test dan jika majikan mencarum dengan PERKESO, Kos akan ditanggung. Adakah semua pekerja dalam zon merah? Kemungkinan besar pekerja yang diarahkan untuk terus bekerja ( selain pekerja yang bekerja dari rumah). Namun kita menunggu maklumat lanjut daripada pihak berkuasa.

Jika saya terlibat dalam Bekerja dari rumah, Apa yang harus saya lakukan?

Norma baru bekerja dari rumah ini sudah lama dipraktikan semasa awal PKP sebelum ini khususnya dalam sektor awam, bagi anda yang pernah bekerja dari rumah, anda sudah tahu apakah yang perlu disediakan. Bagi yang belum, anda boleh ikuti Tips ini.

7 Tips Kerja Dari Rumah, dan kekal Produktif.

5 Tips berkerja dari rumah
5 Tips berkerja dari rumah

Salah satu Keperluan kritikal dalam bekerja dari rumah adalah kemudahan internet. Jika syarikat atau jabatan anda menyediakan kemudahan ini, pastinya ia sangat membantu anda. Jika tiada disediakan, pasti pening kepala kerana Data Internet yang terbatas dan mahal. Anda boleh cuba Pakej terbaru yang ditawarkan oleh REDONE. Mereka menawarkan pakej unlimited data dan unlimited call dengan harga serendah RM50 sebulan sahaja. Postpaid Redone menggunakan Talian Celcom yang mempunyai coverage yang luas. Anda boleh hubungi ejen redone terdekat atau paling mudah, whatsapp EJEN REDONE ini. Pendaftaran Mudah dan Cepat. 

Latest posts in our blog

Read what's new this week
 

Trustpilot