Negara Malaysia sekali lagi dilanda gelombang kedua wabak Covid-19 yang mana hampir semua negeri dikenakan PKP kecuali negeri Sarawak. Malah kes jangkitan virus adalah sangat tinggi yang mencecah ribuan kes setiap hari.
Siapa Pemilik Rahsia JAA Lifestyle?
Ketika Malaysia dilanda wabak Covid-19, kegiatan scammer dan orang tidak bertanggungjawab semakin berleluasa. Mereka mengambil kesempatan di atas desakan netizen untuk mendapatkan pendapatan dan kewangan dengan cepat.
Jika anda menemui artikel ini, anda mungkin telah mendengar tawaran daripada JAA lifestyle bukan? Mereke menawarkan ganjaran lumayan dan boleh mendapat ganjaran sehingga 1000USD sebulan. Jika belum, anda boleh membuat pembacaan artikel terlebih dahulu di sini : JAA Lifestyle Review: Benar atau Scam?
Sebelum ini, pemilik JAA Lifestyle ini begitu misteri kerana langsung tiada maklumat pemilik JAA Lifestyle di laman web mereka. Pada hari ini, kami telah menerima satu kiriman video youtube seperti berikut:
Mungkin video ini memberikan petunjuk kepada siapa di sebalik JAA Lifestyle ini.
Siapakah Shain Hymon?
Seperti yang kita nampak dalam video yang dinamakan "JAA LIFESTYLE INTERNATIONAL OFFICIAL intro" kita melihat nama Shain Hymon, yang mana merupakan Pengarah Operasi JAA Lifestyle.
Kami membuat pencarian terus siapakah Shain Hymon ini.


Apabila kita klik kepada carian pertama shain Hymon, kita melihat kepada youtube channel beliau, dan kita melihat bahawa beliau telah subscribe kepada Jaa Lifestyle Youtube Channel. Jika kita perhatikan, aktiviti atau muat naik video dalam youtube channel tersebut, beliau aktif pada 3 tahun yang lalu.
Bagi menambahkan kepastian, kami mencuba membuat carian maklumat pendaftaran laman web JAA Lifestyle ini. Kami menggunakan "Who is" bagi mendapatkan maklumat berkenaan.

Bagi seorang yang berpengalaman dalam pembinaan website, anda mungkin tahu akan teknik ini. Kebanyakkan pemilik domain mungkin akan membeli nama domain dengan extension yang berbeza.
Kami telah mencuba untuk nama domain jaalifestyle untuk extension yang berbeza seperti .org atau .net.
Jika anda menaip www.jaalifestyle.net , ia akan redirect terus ke laman web www.jaalifestyle.com , ini bermaksud mungkin pemilik kedua-dua nama domain berkenaan adalah orang yang sama. Kami melakukan pencarian maklumat untuk www.jaalifestyle.net dan ini yang keluar.

Buat masa sekarang, kita dapat simpulkan bahawa nama Shain Hymon adalah terkait dengan JAA lifestyle sebagai seorang Pengarah urusan Jaa Lifestyle (merujuk kepada video), dan pemilik kepada nama domain www.jaalifestyle,net yang mana akan terus ke www.jaalifestyle.com.
Sedikit Latar Belakang Shain Hymon
Apabila membuat penyelidikan lebih lanjut berkaitan dengan Shain Hymon, kami menemui satu laman web yang berlainan yang mana beliau adalah seorang CEO di Lifestyle Marketing Group. Nampaknya beliau sangat suka dengan nama "Lifestyle". Laman web tersebut adalah seperti berikut.
Jika anda melihat kandungan laman web dan tawaran yang mereka berikan, ia mempunyai persamaan dengan JAA Lifestyle. Jika diperhatikan perenggan pengenalan, ia mempunyai persamaan dengan hanya sedikit ubahsuai.


Lifestyle Marketing Group (LMG) adalah syarikat MLM yang anda dapat menjana wang dengan merekrut orang melalui pautan afiliasi dan dengan membina pasukan downline untuk mendapatkan lebih banyak wang.
Syarikat ini menawarkan alat pemasaran dalam talian, kempen pemasaran untuk menghasilkan trafik ke website, antara lain seperti portal e-dagang dan program "sewa untuk dimiliki".
Sebelum ini, Shain Hymon terlibat dengan TPS Global iatu The Perfect Solution Global. Menurut kajian, Syarikat Zhunrise adalah di sebalik TPS Global yang mana kemudian telah ditutup oleh pihak berkuasa kerana ia adalah skim piramid. Rujuk di sini : LMG Review.
Mengikut pemerhatian kami kepada LMG melalui youtube channel Lifestyle Marketing Group mereka, mereka agak aktif dan terkini.

LMG Review
Kami menjalankan beberapa pemerhatian dan review terhadap LMG ini. Kami mendapati rata-rata ulasan tidak menyarankan untuk menyertai LMG ini.
Kesimpulan
Kemungkinan besar Pemilik LMG dan JAA lifestyle adalah orang yang sama iatu Shain Hymon. Kedua-dua laman web/syarikat ini menjalankan perniagaan berbentuk MLM.
Apakah Perbezaan MLM dengan Skim Piramid?
Dalam perniagaan MLM, anda kena berhati-hati kerana terdapat dinding yang nipis yang memisahkan antara ia sah atau haram. Anda harus bijak dan mempunyai maklumat kerana MLM dan Skim Piramid hampir serupa.
Menurut Haimie Hashim (peguam), artikel yang ditulis beliau dalam ruangan kolumnis, Sinar Harian, Perniagaan MLM di Malaysia adalah sah jika ia dilesekan dan berdaftar dengan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP). Di Malaysia, perniagaan MLM dikawal selia oleh KPDNHEP di bawah Akta Jualan Langsung dan Skim Anti-Piramid 1993 (AJLSAP). Oleh itu, selagi perniagaan MLM tersebut didaftar dan dilesenkan oleh KPDNHEP, maka perniagaan MLM tersebut adalah mengikut lunas undang-undang.
Apakah perbezaan skim piramid dengan MLM? AJLSAP telah menyenaraikan ciri-ciri skim piramid yang membezakannya dengan MLM.
- Promosi sesuatu skim atau pembayaran bonus atau faedah lain adalah semata-mata atau lebih kepada perekrutan peserta ke dalam skim berbanding dengan jualan produk.
- Ciri lain skim piramid adalah bonus atau apa-apa faedah lain dibayar kepada peserta semata-mata atau lebih kepada faktor perekrutan atau pengenalan orang lain ke dalam skim berbanding dengan jualan produk.
Itu antara contoh ketara skim piramid yang sering berlindung di sebalik perniagaan MLM. Disebabkan skim piramid, maka ramai yang turut salah anggap kepada perniagaan MLM. perniagaan berbentuk skim piramid sememangnya salah di sisi undang-undang, manakala perniagaan berbentuk MLM adalah sah asalkan dilesenkan dan berdaftar dengan KPDNHEP.
Jadi adalah sangat penting orang awam harus tahu untuk membezakan antara MLM dan skim piramid agar tidak menjadi mangsa penipuan, ataupun menjadi penipu tanpa disedari. Semak dahulu status syarikat tersebut sebelum anda melibatkan diri dengan mereka.
Semakan sama ada syarikat itu mempunyai lesen untuk menjalankan perniagaan MLM boleh dibuat di Laman WEB KPDNHEP.
Latest posts in our blog
Read what's new this week
Malaysia memulakan tahun 2021 dengan cabaran gelombang kedua wabak Covid-19 dan terpaksa melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan PKP di seluruh negara kecuali Negeri Sarawak.
Pada hari ini, admin ingin kongsikan pelbagai bantuan yang anda boleh mohon. Rupanya, banyak jenis bantuan yang ditawarkan oleh kerajaan Malaysia melalui Jabatan Kebajikan Masyarakat.
Penjawat Awam Akan Menerima Bantuan Khas Pada 25 Januari 2021 dan Kategori Layak dan Tidak Layak
Melalui Belanjawan 2021, Kerajaan telah bersetuju untuk memberikan Bantuan khas Kewangan Tahun 2021 dibayar kepada pegawai Perkhidmatan Awam Kumpulan Pengurusan dan Professional serta kumpulan pelaksana Gred 56 dan ke bawah. Bayaran ini akan turut diberikan kepada pesara Kerajaan yang menerima pencen dan veteran tidak berpencen.
Raiz Investment Review : Simpan dan Labur
Anda minat melabur? tetapi modal yang ada hanya sedikit? Kini anda boleh membuat pelaburan dengan jumlah pelaburan yang minimum serendah RM5 dengan RAIZ.
Baru-baru ini, Malaysia heboh dengan scam platform menjana pendapatan secara mudah dalam talian seperti isharefans dan likeshare. Kini platform ini telah ditutup menyebabkan ramai yang menjadi mangsa scam dan kerugian ribuan ringgit.
Anda telah memohon Geran Khas Prihatin 2.0 tetapi gagal? ketahui Alasan tidak lulus?
Kini, Platform iShareFans telah ditutup dan menyebabkan ramai ahli kerugian sehingga ribuan ringgit. Sebelum ini kami sudah telah memberikan amaran bahawa operasi isharefans ini meragukan dan adalah scam. Kami adalah yang terawal memberikan review tentang platform ini iatu pada awal bulan oktober.