
Sepuluh Tempat Menarik di Kota Kinabalu, Sabah-best borneo holiday

Kota kinabalu adalah satu tempat di negeri sabah yang menjadi tempat tumpuan pelancong sama ada dalam luar negara atau dalam negara. pada tahun 2019, hampir 3 juta pelancong luar negara dan domestik memasuki negeri sabah.
Terdapat banyak tempat menarik di kota kinabalu yang perlu anda lawati tetapi pada perkongsian pada kali ini, kami senaraikan sepuluh tempat menarik yang anda harus lawati untuk melengkapkan percutian anda.

Pertama : Gaya Street Sunday Market
Tamu ini adalah dibuka setiap hari Ahad dari 5.30 pagi hingga 1.00 pagi. Tamu ini juga digelar sebagai Chinatown Sabah kerana banyak kedai kopi Cina dan restoran yang terletak di sana. Apa yang anda boleh dapatkan di Gaya street? Di pasar ini terdapat pelbagai jenis cenderamata untuk dibawa pulang. Dari ukiran, keychain hinggalah kepada bermacam barangan berasaskan laut.

Kedua : Filipino Market Kota Kinabalu
Pasar Pilipin adalah Pasar yang popular dikalangan pelancong asing kerana di sini mereka boleh membeli mutiara dan produk ikan untuk dibawa pulang. Selain itu, terdapat juga cenderamata lain seperti barangan buluh dan kayu yang boleh dibeli. Anda boleh praktiskan kemahiran tawar menawar anda sekiranya ingin untuk membeli barang yang disini.

Ketiga : Masjid Terapung Likas@Masjid Bandaraya Kota Kinabalu
Masjid Terapung atau Floating Mosque, Likas Merupakan satu masjid yg terkenal dan tercantik yg pernah ada di Sabah. masjid yang dikelilingi oleh tasik buatan menyebabkan ia kelihatan seperti terapung atas air. Masjid ini terkenal dengan kehadiran pelancong yang banyak dan disamakan dengan Masjid Nabawi di Madinah. Masjid ini mampu memuatkan hampir 9000 hingga 12000 jemaah utk satu-satu masa.

Keempat : jambatan tamparuli@Tamparuli Suspension Bridge
Jambatan tamparuli ni terletak di daerah tamparuli dan mempunyai kisah semasa zaman jepun. Terdapat kisah di sebalik jambatan tamparuli ini. da satu kisah Tragis dan menyayat hati di sebalik pembinaan Jambatan Tamparuli ini,dimana mengorbankan Nyawa akibat dari pengkhianatan dan Cinta segitiga diantara Solungkoi (gadis Tamparuli yang amat cantik rupa parasnya) bersama Robinson (pegawai British) dan Intang (Pemuda tempatan). Nak cerita lanjut boleh refer sini.

Kelima : Pantai Tanjung Aru
Pantai Tanjung Aru, yang terletak di dalam daerah Kota Kinabalu kira-kira 6 kilometer dari Lapangan terbang Kota Kinabalu (KKIA) dan kurang dari setengah kilometer dari terminal Ia turut dihubungkan ke jalan kereta apai melalui stesen kereta api Tanjung Aru. Pantai ini merupakan tempat perkelahan yang popular di kalangan masyarakat tempatan serta pelancong. Dan Pantai Tanjung aru juga menjadi tempat pilihan popular untuk menyaksikan peristiwa matahari terbenam. cantik sangat guys.

Keenam : Bukit Botak
Bukit Botak atau juga dikenali sebagai Bukit Gundul terletak di Sepanggar, Kota Kinabalu Sabah. Bukit ini dekat dengan UiTM Sabah. Bagi yang belum pernah ke Bukit Botak, anda boleh kesan lokasi dengan bantuan Google Map . Set destination "Bukit Gundul @ Botak trail starting point" . Pemandangan dari Puncak Bukit Botak ini sangatlah wow! tidak boleh diungkapkan dengan kata kata.
Ketujuh : Signal hill Observatory Tower
Signal hill observatory Tower adalah sebuah tempat yang paling sesuai untuk melihat pemandangan secara menyeluruh bandar Kota Kinabalu dan mengambil masa dalam lima minit untuk sampai ke sana dari pusat bandar Kota Kinabalu. tempat ini terletak di bukit bendera. Waktu malam dan waktu senja adalah masa yang paling sesuai untuk ke sana demi mendapatkan pemandangan malam dan senja bandar Kota Kinabalu.

Kelapan : Cocoa Kingdom
Para penggemar coklat pastinya tidak mahu melepaskan peluang bertandang ke Cocoa Kingdom ataupun lebih dikenali KK Chocolate House. Tempat ini sangat istimewa kerana coklat yang dijual hanya boleh didapati di Cocoa Kingdom dan mereka menjual pelbagai jenis coklat sehingga 300 jenis variasi coklat yang disajikan. Variasi coklat-coklat yang dijual seperti coklat kopi, durian, pisang, tongkat ali, cili dan malah ada juga coklat kari. Wahhh sangat istimewa dan sangat rugi kepada mana-mana pelancong yang bercuti di Sabah namun tidak datang ke Cocoa Kingdom.

Kesembilan : Pasar Kraftangan@handicraft market
Jika anda bercuti ke mana-mana tempat, tak sah kalau anda pulang dengan tangan kosong kan? Jadi di sini, Pasar Kraftangan tersedia untuk anda membeli belah pelbagai jenis cenderahati seperti keychain (rantai kunci), ukiran kayu seperti panel dinding atau topeng kayu eksotik, barangan kemas berasaskan manik dan yang paling penting, untuk para penggemar mutiara air tawar ataupun air masin, Pasar Kraftangan adalah tempat yang hanya tersedia untuk anda dapatkan mutiara dalam bentuk rantai, cincin, kerongsang dan gelang. Hampir setiap kedai di Pasar Kraftangan, ada menjual mutiara jadi tak salah kalau anda mencari, memilih dan sedikit tawar-menawar untuk mendapatkan mutiara dengan harga yang paling berpatutan.

Kesepuluh : Menara Tun Mustapha
Menara Tun Mustapha merupakan Ibu Pejabat Kumpulan Yayasan Sabah dan merupakan sebuah bangunan yang indah, menarik dan menakjubkan dari segi insfrastukturnya. Konsepnya yang berstruktur poligon serta 72 penjuru dengan dinding yang diperbuat daripada 2,160 kaca tingkap reflektif khas yang boleh menahan kelajuan angin sehingga 272 kilometer sejam merupakan bangunan yang sangat hebat dan pertama serta belum pernah dicuba di rantau ini. Salah satu fakta menarik bangunan ini ialah ia merupakan sebuah bangunan pejabat tergantung berkonsep pencakar langit yang keempat di dunia dan menjadi mercu tanda rakyat Sabah. Pastinya ianya adalah sebuah tempat yang anda takkan ketinggalan untuk bergambar bila bercuti ke Sabah.
anda boleh rujuk lokasi setiap tempat menarik yang disebutkan di atas di sini.
sebenarnya kota kinabalu sabah lagi banyak tempat menarik yang lain, tak sempat disebutkan di sini. kami akan kongsikan tempat menarik di kota kinabalu sabah pada perkongsian pada masa akan datang. Jika nak cari kereta sewa yang trusted di sabah dengan harga yang murah, jom hubungi kami sekarang.
Latest posts in our blog
Read what's new this week


TIPS DAN CARA MURAH TEMPAH MENDAKI PUNCAK GUNUNG KINABALU

Panduan Bercuti di Sabah Ketika PKPB (Dec 2020)

Bercuti Di Sabah Ketika PKPB? Ini Panduan Masuk Rentas Negeri Ke Sabah

Cerita Travel Sabah : Solo Trip Di Semporna, Sabah

8 Pulau Terbaik Tercantik Popular di Semporna, Sabah yang wajib anda Lawat
Tips Naik Gunung Kinabalu Semasa PKPP Covid-19 dengan Selamat

Bagaimana Bercuti Dengan Selamat Semasa PKPP

Nak Bercuti Di Sabah Masa PKPP? Ini Perkara Yang Anda Harus Tahu

Senarai Tempat menarik di Kudat : 8 Pantai paling memukau yang anda wajib lawat
