Selepas pandemik Covid-19 yang melanda seluruh dunia, dimana percutian terpaksa ditangguhkan, kini mulai pulih. Sempadan negara mulai dibuka dan pelancongan mulai rancak semula. Walaupun pandemik ini telah berakhir, namun langkah-langkah pencegahan penyebaran virus ini tidak patut diendahkan.
Senarai Bantuan Di Bawah Jabatan Kebajikan Masyarakat dan Cara Permohonan

Pada hari ini, admin ingin kongsikan pelbagai bantuan yang anda boleh mohon. Rupanya, banyak jenis bantuan yang ditawarkan oleh kerajaan Malaysia melalui Jabatan Kebajikan Masyarakat.
Perkhidmatan bantuan kewangan oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat disediakan kepada kumpulan sasar yang memerlukan supaya dapat meneruskan kelangsungan hidup dengan sempurna.
Secara prinsipnya, di dalam melaksanakan pemberian bantuan kepada rakyat, Kerajaan Malaysia tidak sesekali mengamalkan konsep Negara Kebajikan (Welfare State). Skim bantuan yang diwujudkan adalah sebagai alat dalam proses menolong klien ke arah pemulihan, pencegahan, pembangunan dan pengintegrasian, yang merupakan satu kaedah dalam kerja sosial. Proses pemberian bantuan kebajikan juga mengambil kira potensi yang ada pada setiap penerima bantuan yang masih produktif ke arah hidup berdikari.
Senarai Bantuan yang ditawarkan oleh JKM
- Bantuan Kanak-Kanak (BKK);
- Elaun Pekerja Cacat (EPC);
- Bantuan OKU Tidak Berupaya Bekerja (BTB);
- Bantuan Penjagaan OKU Terlantar/ Pesakit Kronik Terlantar (BPT);
- Bantuan Orang Tua (BOT);
- Bantuan Am Persekutuan (BA);
- Bantuan Anak Pelihara (BAP);
- Bantuan Latihan Perantis (BLP);
- Bantuan Geran Pelancaran (GP);
- Bantuan Alat Tiruan/ Alat Sokongan (BAT);
- Tabung Bantuan Segera (TBS).
wah, banyakkan, jika anda tergolong dalam senarai bantuan yang disenaraikan di atas, jangan segan, mohon sahaja. Panduan permohonan adalah seperti yang berikut.
Bantuan Kanak-Kanak (BKK)
TUJUAN
- Warganegara dan bermastautin di Malaysia;
- Keluarga/ penjaga yang memberi jagaan kepada kanak-kanak dan pendapatan isi rumah tidak melebihi Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) Purata Miskin Isi Rumah Semasa atau PGK Purata Miskin Per Kapita Semasa;
- Kanak-kanak yang berumur di bawah 18 tahun dan yang berumur 18 tahun ke atas boleh dipertimbangkan jika bersekolah sehingga tamat menengah atas; ATAU
- Mana-mana kes yang berkeperluan, layak dipertimbangkan dengan
- kelulusan Ketua Pengarah Kebajikan Masyarakat (KPKM).
Elaun Pekerja Cacat (EPC)
KADAR
RM450 sebulan seorang.
TUJUAN
Insentif ini diberikan untuk menggalakkan OKU terus bekerja, serta mampu hidup berdikari dan menjadi ahli masyarakat yang produktif.
KRITERIA KELAYAKAN KHUSUS
- Warganegara, bermastautin dan bekerja di Malaysia;
- Berumur 16 tahun dan ke atas;
- Pemegang kad OKU JKM;
- Pendapatan bulanan RM 1,200.00 dan ke bawah; ATAU
- Mana-mana kes yang berkeperluan, layak dipertimbangkan dengan kelulusan KPKM
Bantuan OKU Tidak Berupaya Bekerja (BTB)
KADAR
RM300 seorang sebulan.
TUJUAN
•Membantu OKU yang tidak berupaya bekerja.
•Mengggalakkan OKU terus tinggal bersama keluarga.
KRITERIA KELAYAKAN KHUSUS
- Warganegara dan bermastautin di Malaysia;
- Berumur 16 tahun dan ke atas;
- Pemegang Kad OKU JKM;
- Tidak berupaya bekerja.
- Pemohon bukan penghuni/ pelatih: Institusi kendalian JKM; atau Pusat jagaan harian/ berkediaman yang menyediakan perkhidmatan/ kemudahan secara percuma; atau Program Pemulihan Dalam Komuniti (PDK);
- Sumber kewangan bulanan individu OKU tidak melebihi kadar Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) Purata Miskin Per Kapita Semasa. ATAU
- Mana-mana kes yang berkeperluan, layak dipertimbangkan dengan kelulusan KPKM.
Nota: Sumber kewangan seperti pencen/ perkeso/ bantuan dan lain-lain
Bantuan Penjagaan OKU Terlantar/ Pesakit Kronik Terlantar (BPT)
KADAR
RM500 sebulan seorang.
TUJUAN
•Meringankan bebanan keluarga/ penjaga
•Menggalakkan keluarga/ penjaga untuk menjaga ahli keluarga yang OKU terlantar/ sakit terlantar/ sakit kronik.
KRITERIA KELAYAKAN KHUSUS
- Warganegara dan bermastautin di Malaysia;
- Pemohon adalah penjaga sepenuh masa/ memberikan pejagaan rapi kepada OKU terlantar/ pesakit terlantar/ pesakit kronik yang memerlukan pengawasan dan penjagaan;
- Pendapatan bulanan isi rumah tidak melebihi RM3,000; ATAU
- Mana-mana kes yang berkeperluan, layak dipertimbangkan dengan kelulusan KPKM.
Bantuan Orang Tua (BOT)
- Warganegara dan bermastautin di Malaysia;
- Warga emas berumur 60 tahun dan ke atas;
- Pendapatan Isi Rumah tidak melebihi Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) Purata Miskin Isi Rumah Semasa atau PGK Purata Miskin Per Kapita Semasa; dan
- Warga emas yang bukan tinggal di: institusi kendalian JKM; atau pusat jagaan harian/ berkediaman yang memberi kemudahan/ perkhidmatan secara percuma; ATAU
- Mana-mana kes yang berkeperluan, layak dipertimbangkan dengan kelulusan KPKM.
Bantuan Am Persekutuan (BA)
Bantuan Anak Pelihara (BAP)
RM250 sebulan seorang kanak-kanak. Maksimum RM500 sebulan sekeluarga yang memelihara 2 orang kanak-kanak atau lebih.
TUJUAN
Membantu kanak-kanak yang kurang bernasib baik, yatim/yatim piatu, tidak mempunyai saudara-mara supaya terus tinggal di dalam masyarakat bersama-sama dengan keluarga pelihara.Meringankan tanggungan keluarga pelihara yang sanggup menjaga anak-anak pelihara seperti anak sendiri.
KRITERIA KELAYAKAN KHUSUS
Keluarga yang sedang memberi jagaan kepada anak/kanak-kanak seperti berikut :-
- Kanak-kanak berumur bawah 18 tahun;
- Kanak-kanak yang tidak mempunyai ibu bapa;
- Kanak-kanak bukan diambil sebagai anak angkat menerusi Akta Pengangkatan 1952 atau Akta Pendaftaran Pengangkatan 1952; atau
- Kanak-kanak tinggal bersama dengan keluarga pelihara melalui:-
- Kanak-kanak yang diambil dari "Program Anak Pelihara" yang dikendalikan oleh JKM; atau
- Kanak-kanak yang dipelihara di bawah perintah Mahkamah Bagi Kanak-Kanak mengikut Akta Kanak-Kanak 2001.
Bantuan Latihan Perantis (BLP)
RM200 sebulan seorang.
Membantu klien Jabatan atau anak-anak penerima bantuan yang tercicir daripada persekolahan dan menganggur serta bekas pelatih atau bekas penghuni institusi kebajikan untuk mendapatkan latihan kemahiran atau latihan sambil bekerja.
SYARAT KELAYAKAN
- Warganegara dan bermastautin di Malaysia;
- Anak-anak penerima bantuan atau bekas pelatih/ bekas penghuni dari institusi kebajikan; atau
- Kes-kes seliaan akhlak; atau
- Bekas Pelatih Perintah Khidmat Masyarakat; ATAU
- Mana-mana kes yang berkeperluan, layak dipertimbangkan dengan kelulusan KPKM.
Nota:Kelulusan berdasarkan tempoh latihan dan maksimum 24 bulan.
Bantuan Geran Pelancaran (GP)
KADAR
Maksimum RM2,700 sekaligus.
TUJUAN
- Pemerkasaan ekonomi kumpulan sasar JKM yang produktif, mempunyai minat, kemahiran dan potensi untuk menjana pendapatan individu/ keluarga.
- Mewujudkan program pembangunan dan pengintergrasian bagi membantu klien mencapai matlamat ke arah berdikari.
KRITERIA KELAYAKAN KHUSUS
- Warganegara dan bermastautin di Malaysia;
- Kumpulan sasar JKM;
- Tidak melebihi Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) Purata Miskin Isi Rumah semasa atau PGK Purata Miskin Per Kapita Semasa; ATAU
- Mana-mana kes yang berkeperluan, layak dipertimbangkan dengan kelulusan KPKM.
Bantuan Alat Tiruan/ Alat Sokongan (BAT)
KADAR
Mengikut harga sebenar yang telah ditetapkan.
TUJUAN
•Membantu kumpulan sasar JKM yang kurang berkemampuan dan berkeperluan untuk membeli anggota palsu atau alat sokongan seperti yang disyorkan oleh Pegawai atau Pengamal Perubatan (kerajaan/ swasta) atau Pegawai JKM mengikut jenis ketidakupayaan;
•Membolehkan kumpulan sasar JKM meningkatkan keupayaan dan mobiliti bagi menjalani kehidupan.
SYARAT KELAYAKAN
- Warganegara dan bermastautin di Malaysia;
- Kumpulan sasar JKM;
- Tidak melebihi Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) Purata Miskin Isi Rumah Semasa atau PGK Purata Miskin Per Kapita Semasa;
- Disyorkan oleh pegawai atau pakar perubatan (kerajaan/ swasta)/ Pegawai JKM mengikut jenis ketidakupayaan; ATAU
- Mana-mana kes yang berkeperluan, layak dipertimbangkan dengan kelulusan KPKM.
Nota:
Sumbangan daripada keluarga membiayai sebahagian dari kos alat tiruan/ alat sokongan adalah digalakkan.
JENIS PERALATAN TIRUAN/ ALAT SOKONGAN ?
- Anggota Palsu
- Kerusi Roda
- Alat Bantu Pendengaran
- Alat-alat Keperluan Lain
- Penggantian / Baik Pulih Alat
- Jenis Peralatan yang berkaitan
Tabung Bantuan Segera (TBS)
KADAR
- Maksimum RM20,000.00 untuk kes kematian atau kehilangan keupayaan kekal.
- Bagi kes hilang upaya sebahagian, kadar bantuan ditentukan berdasarkan peratusan kategori kecederaan.
OBJEKTIF
Membantu meringankan beban mangsa atau keluarga mangsa serangan binatang buas.
Cara Permohonan Bantuan JKM
Jika keluarga atau anda tergolong dalam kategori yang layak untuk memohon, anda boleh mengikuti langkah berikut.
- Mohon secara dalam talian di Portal JKM
- Sila hadir ke Pejabat Kebajikan Masyarakat mengikut Daerah mana yang dipohon dalam tempoh 14 hari dari permohonan dibuat diatas talian. Kegagalan berbuat demikian sistem akan membatalkan permohonan tersebut secara automatik.
SILA BAWA DOKUMEN TERSEBUT SEMASA HADIR KE PEJABAT:
- Salinan MyKad/ Kad Pengenalan Pemohon;
- Salinan MyKad /Kad Pengenalan ahli keluarga yang tinggal bersama;
- Salinan Kad OKU/ slip pendaftaran sementara OKU;(Jika Kategori OKU)
- Salinan penyata pendapatan /surat akuan pendapatan;(jika bekerja sendiri)
- Salah satu Bil Utiliti (air/elektik/telefon/astro)
- Laporan pegawai perubatan dari hospital/klinik kesihatan kerajaan/swasta (bagi kes OKU tidak bekerja/ terlantar/kronik/alat tiruan)
Maklumat lanjut berkenaan bantuan boleh diakses di portal rasmi Jabatan Kebajikan Masyarakat atau menghubungi mereka di talian Jabatan Kebajikan Masyarakat 03 - 8000 8000 atau pergi ke cawangan JKM terdekat di kawasan anda.
Perkongsian yang agak panjang tetapi diharapkan dapat membantu anda untuk mencari ikhtiar bantuan. Semoga permohonan bantuan di bawah JKM ini diluluskan. Amin..
Latest posts in our blog
Read what's new this week
Hello guys..Selamat tahun baru 2022!! apa azam baru tahun 2022? nak mendaki gunung kinabalu? Syukur sekarang pelancongan domestik di Malaysia kini sudah dibuka. Sektor pelancongan di Sabah beransur kembali beroperasi.
Negara Malaysia sekali lagi dilanda gelombang kedua wabak Covid-19 yang mana hampir semua negeri dikenakan PKP kecuali negeri Sarawak. Malah kes jangkitan virus adalah sangat tinggi yang mencecah ribuan kes setiap hari.