Rentas Negeri dan Aktiviti Keagamaan Mungkin akan Dibenarkan Selepas Tamat PKPB 9 Jun 2020

Seperti yang kita sedia maklum, PKPB akan tamat pada 9 Jun 2020. Tidak dapat dipastikan jika PKPB ini akan dilanjutkan atau tidak, Dijangka kita akan mengetahui keputusannya jumaat ini melalui pengumuman Perdana Menteri.
Pada awal pelaksanaan PKP, kita melihat ketegasan pihak kerajaan dan kesungguhan mereka untuk mengawal penyebaran wabak Covid-19. Semua aktiviti ekonomi dihentikan dan rutin harian kita telah terganggu sama sekali.
Melihat perkembangan positif terhadap pengawalan Pandemik Covid-19 ini, Malaysia beralih ke PKPB iatu perintah kawalan pergerakan bersyarat. Dalam tempoh ini, kita melihat beberapa kelonggaran iatu kebenaran operasi beberapa aktiviti ekonomi bagi memastikan ekonomi negara tidak terus lumpuh. Pekerja mula kembali ke tempat kerja dengan SOP yang ketat dan perlu dipatuhi.
Aktiviti Yang Mungkin Dibenarkan Selepas 9 Jun 2020.
Pasti ramai antara kita yang ingin kembali kepada rutin harian kita sebelum PKP kan. Kita semua merasakan begitu. Jangkaan Aktiviti ini hanyalah jangkaan dan tidak semestinya tepat. Jangkaan ini berdasarkan kepada tinjauan yang dilakukan oleh Pihak MKN.
Pihak MKN telah melakuan tinjauan dan pungutan suara dalam aplikasi telegram bagi mengetahui undian aktiviti yang perlu dilonggarkan selepas 9 Jun 2020. Keputusan adalah seperti yang berikut;
- Pergerakan Rentas Negeri (64%)
- Aktiviti Keagamaan (57 %)
- Aktiviti Pendidikan (35%)
- Perniagaan tanpa premis (penjaja, pasar minggu, pasar tani pasar malam) (34 %)
- Perkhidmatan Gunting Rambut (34%)
- Aktiviti Seni Kreatif (penggambaran, rakaman filem/drama/Dokumentari) (10%)
- Hiburan & Riadah (panggung wayang, Karaoke, Muzium, Taman Tema) (12%)
- Aktiviti Perjudian (3%)
Pilihan Aktiviti Yang Dibenarkan Mengikut Pandangan Kami
Antara pilihan aktiviti yang dibenarkan untuk dibuka adalah pilihan anda?Mengikut pandangan kami, Sektor yang akan dibuka adalah;
- Pergerakan rentas negeri,
- Aktiviti keagamaan,
- Aktiviti Pendidikan,
- Hiburan dan Aktiviti Riadah
Pergerakan rentas negeri pada masa kini sudah dibenarkan tetapi terhad kepada sebab-sebab kecemasan seperti kematian, perubatan dan tujuan bekerja serta pasangan suami isteri yang berjauhan sahaja. Selepas 9 Jun, kemungkinan besar alasan ini akan diperluaskan tetapi masih perlu membuat permohonan ke balai polis bagi tujuan rekod dan memudahkan pengesanan kontak. Kerajaan Sabah pada hari ini mengumumkan bahawa negeri sabah sudah bersedia untuk menerima pengunjung dari negeri lain di Malaysia dan membenarkan perjalanan masuk untuk semua jalan udara, laut dan darat dengan syarat telah melakukan ujian Covid-19 sebelum tiba ke Sabah.
Aktiviti keagamaan mungkin akan dibenarkan, pada minggu lalu, pihak MKN telah memberikan hint dengan memberikan SOP aktiviti bagi aktiviti keagamaan. Gereja dan Rumah Ibadat di kawasan Zon Hijau Akan Dibuka Pada 10 June, Info yang anda Perlu Tahu. Pada jumaat lalu, kerajaan Melaka telah membenarkan sembahyang jumaat dengan had 40 orang jemaat. sebelum ini had yang dibenarkan hanyalah 20 orang.
Aktiviti Pendidikan mungkin akan dibuka semula dengan secara berperingkat. Malah pada taklimat MKN kelmarin, beliau mengumumkan bahawa taska sudah dibenarkan beroperasi bermula kelmarin dan tadika akan dijangka dibuka pada bulan Julai. Berita Harian.
Garis panduan Pengurusan Pembukaan Semula Sekolah sudah dibuat dan akan diedarkan kepada pihak sekolah bagi membolehkan mereka membuat persediaan. Namun pembukaan sekolah dalam masa terdekat ini adalah untuk tingkatan 5 dan tingkatan 6. Tarikh sebenar pembukaan sekolah belum diumumkan tetapi pengumuman akan dilakukan dua minggu sebelum sekolah dibuka. Adakah ini akan turut diumumkan oleh Perdana Menteri Jumaat ini? Jika ya, Sekolah akan dibuka pada penghujung bulan Julai.
Aktiviti hiburan dan riadah boleh dipertimbangkan untuk dibuka semula tetapi dengan SOP yang ketat dan had masa operasi. Had orang yang masuk dalam ruangan mungkin terhad kepada 40 orang sahaja dalam satu-satu masa. Besar kemungkinan ruangan seperti panggung wayang, Muzium, karaoke dan taman tema perlu dinyahkuman setiap hari.
Perniagaan tanpa premis iatu pasar malam, pasar minggu dan pasar tani mungkin tidak dibenarkan disebabkan kesukaran kawalan jumlah pengunjung dalam satu-satu masa. ini kerana pasar ini kebiasaanya adalah di tempat terbuka. Aktiviti yang lain juga tidak dibenarkan disebabkan menggalakkan perhimpunan orang ramai dan kesukaran untuk pengawalan.
Namun yang pastinya semua ini akan tertakluk kepada SOP ketat dan kebijaksanaan pihak kerajaan. Ditegaskan bahawa ini adalah hanya jangkaan dan mungkin yang berlaku adalah sebaliknya.
Apa pandangan anda? Jom utarakan pendapat anda pula, kami nak dengar. komen di ruangan paling bawah dan Like kami di Best Borneo Media.