Sejarah Sabah

08/10/2016

Sabah, yang lebih dikenali sebagai Borneo Utara sebelum menyertai Persekutuan Malaysia pada tahun 1963, adalah sebahagian daripada kerajaan Sultan Brunei pada abad ke - 16 sementara itu kawasan pantai Timur-Utara menjadi sebahagian daripada Kerajaan Sultan Sulu di Kepulauan Selatan Filipina. Pada Pertengahan abad ke-18, Eropah membuat kemunculan dan telah berjaya membuka pusat perdagangan di Pulau Balambangan yang terletak di hujung utara sabah. 

pada tahun 1865, Duta Amerika di Brunei , iatu Claude Lee Moses telah memperoleh pajakan terhadap Borneo Utara. Pemilikan pemajakan berkenaan diserahkan kepada syarikat Amerika yang telah mencuba untuk membuka pusat yang mana dikenali sebagai Kimanis pada masa sekarang yang akhirnya menuju kepada kegagalan. pajakan berkenaan kemudian dijual kepada Baron Von Overback, Duta Austria di Hong Kong dimana kemudian dia dipindahkan kepada Alfred Dent pada tahun 1882 yang membentuk "British North Borneo Company".  Pusat pertama dibangunkan di Kudat, kemudian dipindahkan ke Sandakan. Borneo Utara menjadi negeri naungan British pada 1888 tetapi pentadbiran dan kawalan koloni masih terletak di tangan syarikat sehingga 1942 apabila Jepun menjajah. terdapat penentangan-penentangan tempatan terhadap syarikat berkenaan seperti penentangan Mat Salleh pada akhir 1980 dan penentangan Murut pada awal 1900-an.

pendudukan Jepun antara tahun 1942 dan 1945 adalah agak ganas dan kejadian "perarakan Maut" yang terkenal. pihak Pentadbiran Askar British mengambil alih apabila pihak Jepun menyerah kalah dan pada tahun 1946, Borneo Utara menjadi Tanah Jajahan Mahkota British. Jesselton (kini Kota Kinabalu) yang rosak teruk akibat pengeboman, dibina semula dan dipilih sebagai ibu kota menggantikan sandakan.

pada 16 September 1963, Borneo Utara bersama Tanah Melayu, Singapura, dan Sarawak membentuk Persekutuan Malaysia dan bermula daripada itu Borneo Utara dikenali sebagai Sabah.

Trustpilot