Pakej PRIHATIN tambahan : (Terkini) Apa dan bagaimana cara Permohonan subsidi upah atau Wage Subsidy PERKESO PRIHATIN Lengkap

06/04/2020

Seperti yang kita sedia maklum, Negara malaysia masih lagi dalam tempoh PKP, atau perintah kawalan pergerakan yang mana dilanjutkan sehingga 14 April 2020. Pihak berkuasa Malaysia berusaha sedaya upaya untuk mengekang penyebaran wabak covid-19 ini. sehingga kini, Statistik Covid-19 di Malaysia adalah seperti yang berikut :

Statistik setakat : 6 April 2020 5.30pm
131 kes baru menjadikan jumlah keseruluhan : 3,793 kes
236 sembuh jadi dah sembuh 1,241 (32.72%)
1 meninggal dunia jadi total 62 (1.63%)
102 ICU (54 bantuan pernafasan) 

Wabak ini juga telah menjejaskan aktiviti ekonomi negara Malaysia. Dalam menangani kemerosotan ekonomi ini, Pihak kerajaan Malaysia di bawah Pimpinan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin telah mengumumkan beberapa pakej rangsangan ekonomi. Paling terkini adalah pada 6 April 2020, Beliau telah mengumumkan PakeJ Prihatin tambahan, iatu tambahan peruntukan sebanyak RM 10 bilion khusus untuk membantu meringankan beban kewangan Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS), serta perusahaan mikro. 

Antara kandungan pakej prihatin berkenaan adalah subsidi upah. 

Di bawah inisiatif tambahan ini, Muhyiddin berkata, semua syarikat dengan pekerja tempatan yang bergaji RM4,000 dan ke bawah akan menerima bantuan subsidi upah seperti berikut: -
"Bagi syarikat yang mempunyai pekerja lebih daripada 200 orang, subsidi upah sebanyak RM600 bagi setiap pekerja dikekalkan. Namun, bilangan maksimum pekerja yang layak untuk menerima subsidi akan ditingkatkan daripada 100 orang kepada 200 orang pekerja.
"Bagi syarikat yang mempunyai bilangan pekerja 76 hingga hingga 200 orang, syarikat akan menerima subsidi upah sebanyak RM800 bagi setiap pekerja.
"Akhir sekali, bagi syarikat yang mempunyai bilangan pekerja sehingga 75 orang, syarikat akan menerima subsidi upah sebanyak RM1,200 bagi setiap pekerja. Melalui penambahbaikan ini, syarikat-syarikat akan menerima lebih banyak manfaat dan bantuan," katanya lagi.
Muhyiddin berkata, bantuan itu adalah untuk selama 3 bulan, dan dikhususkan kepada majikan yang telah berdaftar dengan SSM atau pihak berkuasa tempatan, sebelum 1 Januari 2020 dan mendaftar dengan PERKESO.

"Bagi majikan yang memilih untuk menerima bantuan ini, mereka disyaratkan untuk mengekalkan pekerja mereka sekurangkurangnya untuk tempoh 6 bulan, iaitu dalam tempoh 3 bulan semasa menerima subsidi upah dan 3 bulan selepas itu," katanya lagi. sumber : www.astroawani.com

Pasti banyak persoalan yang timbul sama ada dari pihak majikan dan juga pihak pekerja. Di sini kami sediakan beberapa persoalan dan jawapan yang mungkin boleh membantu anda merungkai persoalan anda mengenai pakej ini khususnya Subsidi Upah atau Wage Subsidy.

1. Apakah Wage Subsidy?

  • Wage Subsidy adalah subsidi upah yang dibayar kepada majikan bagi setiap pekerja tempatan yang bergaji RM4,000 dan ke bawah bagi setiap perusahaan untuk tempoh 3 bulan sahaja. 
  • Tujuan Wage Subsidy ialah untuk membantu majikan yang terkesan dari segi ekonomi akibat COVID-19 supaya dapat meneruskan operasi syarikat serta mengelakkan pekerja hilang pekerjaan dan punca pendapatan terutamanya bagi perusahaan mikro, kecil dan sederhana.

2. Bilakah Wage Subsidy mula berkuatkuasa dan bila ia berakhir?

  • Wage Subsidy mula berkuatkuasa pada 1 April 2020. 
  • Tempoh Wage Subsidy adalah selama 3 bulan bermula 1 April 2020 atau mengikut bulan permohonan dikemukakan. 
  • Tarikh akhir permohonan Wage Subsidy adalah pada 15 September 2020. 

3. Apakah penambahbaikan Wage Subsidy yang diumumkan pada 6 April 2020? 

Wage Subsidy yang diumumkan pada 6 April 2020 adalah menggantikan Wage Subsidy yang diumumkan pada 27 Mac 2020. Penambahbaikan Wage Subsidy adalah seperti di Jadual 1 berikut:


4. Siapakah yang TIDAK LAYAK memohon Wage Subsidy? 

  1. Majikan atau perusahaan yang mendaftar dan beroperasi pada atau selepas 1 Januari 2020; 
  2. Majikan dan pekerja yang belum berdaftar atau mencarum dengan PERKESO; Pekerja yang sama yang telah mendapat bantuan kewangan Employment Retention Program (ERP) pada bulan yang sama; 
  3. Pekerja yang bergaji bulanan melebihi RM4,000; 
  4. Pekerja yang telah diberhentikan kerja; 
  5. Pekerja sektor awam, badan berkanun persekutuan dan negeri, semua badan berkanun yang diasingkan saraan, Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) dan mereka yang bekerja sendiri (tidak mempunyai majikan) termasuk freelancers; serta 
  6. Pekerja asing dan pegawai dagang (expatriate).

5. Bagi permohonan Wage Subsidy, apakah dokumen yang diperlukan? 

Dokumen yang diperlukan untuk permohonan Wage Subsidy ialah: 
  1. Senarai nama pekerja (mengikut had kelayakan saiz perusahaan); 
  2. Maklumat akaun bank majikan (Salinan muka depan Penyata Bank sahaja); Maklumat Business Registration Number (BRN) yang didaftarkan oleh majikan ketika pembukaan akaun bank seperti di 5 (ii) di atas. Sila rujuk pihak bank;
  3. Salinan pendaftaran SSM/ROS/ROB/Lesen Perniagaan; 
  4. Akuan Pengisytiharan PSU50; dan 
  5. **Dokumen sokongan seperti penyata kewangan atau laporan jualan yang telah disahkan oleh pihak pengurusan atau lain-lain dokumen berkaitan.

**Nota: Dokumen sokongan bagi perusahaan bersaiz SEDERHANA dan BESAR 


6. Apakah yang dimaksudkan dengan maklumat Business Registration Number (BRN) yang perlu diperolehi daripada pihak bank? 

  • Maklumat Business Registration Number (BRN) adalah maklumat nombor pendaftaran perniagaan majikan yang didaftarkan oleh majikan ketika pembukaan akaun semasa syarikat di bank. 
  • Majikan perlu mengisi Borang BRN yang perlu dimuat turun dari capaian laman sesawang prihatin.perkeso.gov.my dan memuat-naik kembali ke laman sesawang tersebut setelah ianya dilengkapkan. 
  • Maklumat Akaun Bank dan BRN syarikat seperti di atas diperlukan bagi tujuan pembayaran terus ke akaun majikan secara Electronic Fund Transfer (EFT).

7. Apakah Akuan Pengisytiharan PSU50? 

Akuan Pengisytiharan PSU50 ialah suatu dokumen pengesahan dan akujanji secara bertulis bahawa majikan mengesahkan atau mengisytihar perkara-perkara yang terkandung di dalamnya adalah benar dan betul bagi tujuan permohonan Wage Subsidy.




8. Kenapakah pekerja yang bergaji RM4,000 ke atas tidak layak untuk memohon Wage Subsidy walaupun membuat caruman bulanan SIP? 

Wage Subsidy adalah peruntukan daripada Kerajaan yang disalurkan melalui Pakej Rangsangan Ekonomi (PRIHATIN) untuk membantu majikan yang terkesan akibat krisis COVID-19 untuk meneruskan pengoperasian dan mengekalkan pekerja mereka. Program ini juga adalah untuk membantu golongan pekerja yang berpendapatan RM4,000 ke bawah iaitu golongan B40

9. Bagi permohonan Wage Subsidy bulan berikutnya, adakah majikan perlu mengemukakan permohonan yang baru bagi tuntutan yang seterusnya? 

Majikan tidak perlu mengemukakan permohonan Wage Subsidy yang baru bagi tuntutan kedua dan ketiga. Walau bagaimanapun, majikan dikehendaki mengemaskini perubahan maklumat bagi tuntutan kedua dan ketiga sekiranya berlaku apa-apa perubahan kepada status perniagaan atau bilangan pekerja yang layak melalui sistem. Kegagalan majikan tidak melaporkan perubahan tersebut boleh dikenakan tindakan undang-undang

10. Bolehkah majikan yang telah beroperasi sebelum 1 Januari 2020 tetapi tidak berdaftar dengan SIP memohon Wage Subsidy?  

Boleh. Mana-mana majikan yang ingin mengemukakan permohonan Wage Subsisdy tetapi masih belum berdaftar dengan PERKESO, hendaklah memenuhi syarat berikut: 
  1. Telah berdaftar dengan SSM atau PBT sebelum 1 Januari 2020 
  2. Mempunyai sekurang-kurangnya seorang pekerja
  3. Mendaftar dengan PERKESO

11. Bolehkah majikan yang telah menerima ERP mengemukakan permohonan Wage Subsidy?  

Boleh. Majikan yang memenuhi syarat-syarat permohonan Wage Subsidy yang telah ditetapkan seperti di Jadual 1 (Soalan 3) boleh memohon Wage Subsidy walaupun telah menerima ERP sebelum ini.


12. Bolehkah majikan memohon semula Wage Subsidy yang terkini (6 April 2020) sekiranya majikan telah memohon Wage Subsidy yang telah diumumkan sebelum ini (27 Mac 2020)? 

Boleh. Bagi majikan yang telah memohon permohonan Wage Subsidy yang telah diumumkan sebelum ini (27 Mac 2020) dan mempunyai pekerja melebihi 100 orang, majikan boleh membuat permohonan baru bagi baki pekerja dengan had tidak melebihi 200 orang. Syarat-syarat permohonan adalah seperti di Jadual 1 (Soalan 3).


13. Bolehkah majikan memohon Wage Subsidy dan ERP pada bulan yang sama untuk pekerja yang sama? 

Tidak boleh. Majikan tidak dibenarkan memohon ERP dan Wage Subsidy pada bulan yang sama dan untuk pekerja yang sama. Walau bagaimanapun, majikan dibenarkan untuk memohon ERP dan Wage Subsidy bagi pekerja yang berlainan pada bulan yang sama dengan memenuhi syarat-syarat permohonan Wage Subsidy yang telah ditetapkan seperti di Jadual 1 (Soalan 3).

14. Bagaimanakah perusahaan sederhana dan besar hendak menentukan kadar penurunan pendapatan atau jualan sebanyak 50% atau lebih seperti yang dinyatakan di dalam syarat kelayakan Wage Subsidy? 

Majikan boleh menentukan penurunan sebanyak 50% atau lebih jumlah jualan atau pendapatan dibandingkan dengan bulan Januari 2020 atau bulan-bulan berikutnya beserta dokumen sokongan yang berkaitan.


15. Syarikat saya mempunyai pelbagai Jabatan/ Bahagian/ Cawangan/ Unit. Bolehkah saya memilih sebahagian pekerja sahaja daripada Jabatan/ Bahagian/ Cawangan/ Unit yang tertentu untuk permohonan Wage Subsidy? 

Majikan boleh membuat permohonan Wage Subsidy bagi mana-mana pekerja mereka bagi meneruskan operasi syarikat dan mengekalkan sebahagian pekerja mereka dalam tempoh yang kritikal ini tetapi bagi pekerja yang berlainan


16. Sekiranya majikan membuat permohonan Wage Subsidy pada bulan Jun. Adakah bayaran Wage Subsidy akan dibayar mulai April (backdated) atau bermula pada bulan Jun? 

Bayaran Wage Subsidy akan dibayar mulai dari bulan permohonan dikemukakan dan tiada pembayaran bulanan ke belakang (backdated).


17. Sekiranya saya tidak memohon Wage Subsidy, adakah saya boleh memberhentikan pekerja saya pada bila-bila masa?

Sekiranya majikan ingin memberhentikan pekerja, majikan adalah tertakluk di bawah semua Peraturan dan Undang-Undang Perburuhan di Malaysia seperti Akta Kerja 1955 dan Akta Perhubungan Perusahaan 1967.

18. Salah satu syarat kelayakan bagi Wage Subsidy ialah majikan perlu mengekalkan pekerja selama 6 bulan. Sekiranya terdapat pekerja yang berhenti secara sukarela dengan majikan dan menerima subsidi upah sebelum ini, adakah majikan perlu membuat permohonan yang baru? 

Sekiranya pemberhentian sukarela pekerja berlaku dalam tempoh 3 bulan pertama, majikan hanya perlu mengemaskini maklumat pekerja mengikut kelayakan di sistem. Kegagalan majikan tidak melaporkan perubahan tersebut boleh dikenakan tindakan undang-undang

19. Adakah pekerja saya mempunyai hak untuk memohon Wage Subsidy bagi diri sendiri? 

Semua permohonan Wage Subsidy mestilah dikemukakan oleh majikan. 

20. Bagaimanakah majikan akan dapat mengetahui sama ada permohonan Wage Subsidy telah diluluskan atau ditolak? 

  • Majikan akan dimaklumkan status permohonan sama ada diluluskan atau ditolak melalui emel. 
  • Senarai nama majikan yang diluluskan permohonan Wage Subsidy akan dipaparkan di laman web PERKESO https://eiscentre.perkeso.gov.my/ termasuk bilangan pekerja yang diluluskan. 

21. Apakah tafsiran gaji atau pendapatan RM4,000 ke bawah yang dimaksudkan bagi permohonan Wage Subsidy ini? 

Tafsiran gaji atau pendapatan adalah mengikut tafsiran gaji di bawah Akta Sistem Insurans Pekerjaan 2017. 


22. Sekiranya gaji pekerja RM3,000 sebulan, bagaimanakah cara pelaksanaan untuk saya membayar gaji kepada pekerja saya? 

Majikan hendaklah membayar gaji pekerja seperti biasa dengan kadar yang sama (RM3,000) dan kemudian membuat permohonan Wage Subsidy kepada PERKESO. Bayaran bantuan Wage Subsidy yang diterima dari PERKESO adalah subsidi gaji kepada majikan. Bayaran caruman PERKESO dan SIP adalah wajib diteruskan berdasarkan gaji sebenar pekerja.


23. Sekiranya seorang pekerja bekerja dengan Syarikat A dan Syarikat B dan mencarum SIP, adakah kedua-dua syarikat layak untuk memohon Wage Subsidy?

Kedua-dua syarikat layak untuk memohon Wage Subsidy bagi pekerja yang sama selagi mematuhi syarat-syarat kelayakan seperti di Jadual 1 (Soalan 3). 


24. Syarikat saya mempunyai pekerja warganegara Malaysia dan bukan warganegara tetapi belum mendaftar dengan SIP. Bolehkah saya mendaftar dengan SIP dan memohon Wage Subsidy bagi pihak pekerja warganegara Malaysia sahaja? 

  • Majikan perlu mendaftar atau mencarum terlebih dahulu dengan PERKESO sebelum membuat permohonan Wage Subsidy. Permohonan ini hanya layak untuk pekerja warganegara Malaysia sahaja. 
  • Majikan perlu mengiystihar jumlah bilangan pekerja tempatan dan pekerja bukan warganegara.


25. Apakah perbezaan antara faedah sedia ada SIP, Program ERP dan Program Wage Subsidy? 


Tempoh Wage Subsidy adalah selama 3 bulan mulai tarikh permohonan dan tempoh terakhir adalah tertakluk situasi ekonomi negara yang akan diputuskan oleh Majlis Tindakan Ekonomi Negara. 
Majikan perlu mendaftar atau mencarum terlebih dahulu dengan SIP PERKESO sebelum membuat permohonan Wage Subsidy. Permohonan ini hanya layak untuk pekerja warganegara Malaysia sahaja. 


26. Bilakah Wage Subsidy akan berakhir? 

Tempoh Wage Subsidy adalah selama 3 bulan mulai tarikh permohonan dan tempoh terakhir adalah tertakluk situasi ekonomi negara yang akan diputuskan oleh Majlis Tindakan Ekonomi Negara. 


Sebarang pertanyaan lanjut boleh menghubungi Pegawai Perkhidmatan Pelanggan PERKESO di talian 1-300-22-8000 atau 03-8091 5100 atau 03-4264 5555 emel kepada perkeso@perkeso.gov.my

Kaedah permohonan,

Sistem Insurans Pekerjaan (SIP) 

Employment Retention Program (ERP)

Wage Subsidy 



Hendak bercuti di Kota kinabalu sabah? ingin menggunakan kereta sewa atau pakej percutian? dapatkan perkhidmatan yang dipercayai ramai. hubungi kami untuk harga dan tempahan.

whatsapp ; 01110570862

email : bestborneocarrental@gmail.com

Laman Facebook : @bestborneocarrental

Trustpilot