Saya perlu tahu : Geran khas PRIHATIN Tambahan PKS (Perusahaan Kecil dan Sederhana serta mikro)

06/04/2020

Seperti yang kita sedia maklum, wabak Covid-19 telah menjejaskan aktiviti ekonomi negara Malaysia dan telah menyebabkan Perusahaan Kecil dan Sederhana telah mengalami kerugian kerana aktiviti ekonomi telah terhenti disebabkan wabak ini. 

Oleh yang demikian, Perdana Menteri pada 6 april 2020, Tan Sri Muhyiddin Yassin telah mengumumkan Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat atau "PRIHATIN TAMBAHAN".

Pengumuman ini merupakan berita baik kepada para pengusaha dalam industri perusahaan kecil dan sederhana iatu selain daripada tambahan Program Subsidi upah, ia adalah Geran Khas PRIHATIN berjumlah RM2.1 bilion bagi semua syarikat PKS mikro yang berkelayakan.


Antaranya adalah :

  1. Geran Khas sebanyak RM3,000 untuk setiap syarikat mikro yang akan memanfaatkan hampir 700,000 PKS mikro di seluruh negara. PKS mikro perlulah berdaftar dengan Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) untuk menikmati kemudahan ini. Anda Perlu Tahu : Bagaimana untuk Memohon Geran Khas RM 3000 untuk di bawah pakej Khas PRIHATIN tambahan PKS
  2. Organisasi pemberi pinjam wang berdaftar di bawah Akta Pemberi Pinjam Wang 1951 yang menyediakan kemudahan kredit untuk memberi moratorium ke atas bayaran ansuran PKS selama 6 bulan bermula April 2020.
  3. Pemansuhan kadar faedah 2% kepada 0% untuk Skim Kredit Mikro berjumlah RM500 juta di bawah Bank Simpanan Nasional.  Anda perlu Tahu : Bagaimana Memohon pembiayaan Mikro BSN 0% faedah  di bawah program geran khas PKS
  4. Skim pinjaman mudah untuk syarikat mikro ini juga dipanjangkan kepada TEKUN Nasional dengan had maksimum pinjaman sebanyak RM10,000 setiap syarikat pada kadar faedah 0%. Anda Perlu Tahu : Bagaimana untuk memohon Pembiayaan TEKUN tanpa faedah untuk Covid-19
  5. mengecualikan bayaran sewa atau memberi diskaun sewaan untuk peniaga runcit PKS bagi premis yang dimiliki oleh syarikat berkaitan Kerajaan. 
  6. pemilik premis swasta untuk turut memberikan kemudahan yang sama dengan mengurangkan kadar sewa premis mereka sekurang-kurangnya semasa waktu PKP dan 3 bulan selepas PKP berakhir. Pemilik bangunan atau ruang perniagaan yang memberikan pengurangan atau pelepasan sewa kepada penyewa premis perniagaan yang terdiri daripada perusahaan kecil dan sederhana akan diberi potongan cukai tambahan bersamaan dengan amaun pengurangan sewa tersebut bagi bulan April 2020 hingga Jun 2020. Potongan cukai tambahan ini diberikan tertakluk kepada syarat pengurangan sewa, iaitu hendaklah sekurang-kurangnya 30% daripada kadar sewa asal bagi tempoh tersebut.
  7. Pengurangan bayaran levi pekerja asing sebanyak 25% kepada semua syarikat yang permit pekerja mereka tamat pada 1 April hingga 31 Disember 2020. Pengurangan bayaran levi ini tidak terpakai kepada pembantu rumah. 
  8. Kerajaan bersetuju untuk menggalakkan perundingan diadakan antara majikan dan pekerja mengenai terma pekerjaan, termasuk pilihan pemotongan gaji dan pemberian cuti tanpa gaji dalam tempoh PKP. 
  9. tempoh menyerah simpan penyata kewangan syarikat juga dilanjutkan selama 3 bulan daripada tarikh terakhir PKP. Kelonggaran ini diberikan kepada syarikat yang mempunyai tahun kewangan berakhir 30 September hingga 31 Disember 2019. Walau bagaimanapun, syarikat perlu memohon kelonggaran ini daripada SSM dan tiada fi penghantaran lewat akan dikenakan atas permohonan berkenaan. 

Terkini : Geran PRIHATIN khas RM 3K untuk PKS Mikro dijangka akan dilaksanakan bermula 1 Mei 2020

Anda Mungkin Ingin tahu : Saya perlu Tahu : persoalan lazim tentang program subsidi upah atau Wage Subsidy di bawah pakej Prihatin PKS (tambahan)


MAKLUMAT TERKINI : KINI GERAN KHAS PKS AKAN DIBUKA ESOK JAM 9.00 PAGI.

CARA MOHON DI SINI : Geran Khas Prihatin RM 3000 : (Terkini) panduan bagaimana mohon GKS secara dalam talian.

Hendak bercuti di Kota kinabalu sabah? ingin menggunakan kereta sewa atau pakej percutian? dapatkan perkhidmatan yang dipercayai ramai. hubungi kami untuk harga dan tempahan.

whatsapp ; 01110570862

email : bestborneocarrental@gmail.com

Laman Facebook : @bestborneocarrental

Latest posts in our blog

Read what's new this week
 

Pada hari ini, kerajaan telah memutuskan bahawa Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di Penjara Tawau dan Kuarters Penjara Taman Ehsan serta Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) bagi kawasan Tawau, Kunak, Semporna dan Lahad Datu dilanjutkan sehingga 25 dan 26 Oktober 2020.

Hello Guys, Apa khabar semua. Harap semuanya baik-baik sahaja. Sentiasa kekalkan penjagaan kebersihan dan SOP berada di luar ya. Kita masih lagi #belummenang dan pastikan anda memakai penutup hidung dan mulut apabila berada di tempat awam, kalau tak melayang RM1000.

Sebelum ini, kisah seorang pelajar Sabah yang terpaksa bermalam di dalam hutan bagi membolehkan beliau mengikuti peperiksaan dalam talian. Veveonah mengambil keputusan untuk tidur di hutan pinggir kampungnya bagi membolehkan beliau mendapat akses internet yang lebih baik. The star

Siapa yang belum pernah dengar JAA Lifestyle? pada bulan Mei, JAA Lifestyle ini menjadi viral. Group Whatsapp dipenuhi dengan iklan-iklan berkenaan JAA Lifestyle. Dalam iklan berkenaan, mereka mengatakan dengan hanya daftar, boleh dapat potential income USD1000?

Pada 5 Jun 2020, ramai rakyat Malaysia menyaksikan siaran langsung Perutusan Khas Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin. Ucapan beliau mengambil masa hampir sejam dan bermula pada jam 3.00 petang.

Apabila kita sudah nekad untuk melakukan sesuatu, kita pasti boleh melakukan perkara yang dilihat agak mustahil bagi orang ramai. Inilah yang berlaku di India di mana seorang budak perempuan yang hanya berumur 15 tahun membawa ayahnya yang merupakan seorang OKU sejauh 745Km hanya dengan menggunakan basikal. Perjalanannya itu menarik perhatian Media...

Kami dari Best Borneo Team mengucapkan Selamat Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir&Batin!!. Semoga Hari Raya pada tahun ini bermakna dan disambut dengan gembira dan penuh kesyukuran. Walaupun kita menyambut Hari Raya semasa PKPB, namun kami percaya bahawa semangat sambutan perayaan ini terus kuat dan penuh kesyukuran di samping keluarga...

Dalam Perutusan Khas Perdana Menteri, YAB Tan Sri Muhyiddin Yassin telah mengumumkan bahawa Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) di Malaysia akan dilanjutkan selama 4 minggu lagi iatu sehingga 9 Jun 2020. Semua peraturan dan SOP yang dilaksanakan sepanjang tempoh PKPB pada masa ini akan kekal berkuatkuasa sehingga 9 Jun 2020.

Trustpilot