Larangan Rentas Daerah di Sabah Dikuatkuasakan 3 Oktober, Ini Panduan permohonan Rentas Daerah

01/10/2020

Seperti yang kita telah sedia maklum, Kes jangkitan Virus Covid-19 telah meningkat dengan mendadak di negeri Sabah. Penyebaran virus ini bertambah dengan adanya Pilihan Raya Negeri yang telah diadakan pada 26  September 2020. Dewan Undangan Negeri Sabah telah dibubarkan bagi membolehkan rakyat memilih semula kerajaan. 

Pilihanraya ini terpaksa juga diadakan walaupun ketika negeri sabah menunjukkan peningkatan kes jangkitan Covid-19. Proses Pembuangan Undi telah diadakan dengan SOP yang ketat dan terkawal. 

Hingga kini, terdapat empat daerah di Sabah yang diisytiharkan sebagai zon merah kerana mempunyai kes aktif lebih daripada 41 kes. Daerah berkenaan adalah Daerah Tawau, Lahad Datu, Semporna, dan Kunak. 

Kawalan di sempadan daerah tersebut mula diperketatkan. Pada 30 September 2020, dan setiap pengunjung ke daerah berkenaan perlu melakukan swab test di pos kawalan sebelum masuk ke dalam daerah. Bermula 27 September SEHINGGA 10 Oktober 2020, aktiviti saringan & ujian akan dijalankan kepada individu yang baru tiba dari Sabah di semua pintu masuk (Domestik & Antarabangsa).

Ciapan Twitter Noor Hisham Abdullah pada hari ini yang menyatakan "How about all stay at Home for awhile again?". Adakah ini adalah Hint atau petunjuk bahawa PKPD akan dikuatkuasakan semula? Adakah anda setuju? anda boleh Komen di bahagian ruangan komen di bawah sekali.


Perkembangan terkini, Pada hari ini, Kementerian Keselamatan Negara telah mengeluarkan kenyataan dalam taklimat harian yang disampaikan oleh Menteri Kanan Kluster Keselamatan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob bahawa Larangan Rentas Daerah di seluruh Sabah akan dilaksanakan bermula 3 Oktober 2020 sehingga 16 Oktober 2020. Rujuk sini : Facebook MKN Sabah

Namun begitu, perkhidmatan perlu (essential services) seperti keperluan bekalan makanan, perubatan, keselamatan dan lain-lain adalah dibenarkan untuk melakukan perjalanan rentas daerah. Sepanjang tempoh ini, mereka yang sedang dikuarantin dan akan tamat tempoh kuarantin dibenarkan pulang ke daerah masing-masing atau pulang ke Semenanjung, Sarawak dan Labuan

Panduan Permohonan Rentas Daerah Di Sabah

Keputusan ini adalah sangat tepat bagi membolehkan penyebaran Covid-19 ini dapat dibendung dan dikawal sebelum kes ini menjadi lebih teruk. Pihak KKM juga telah menghantar bantuan dan staff tambahan ke negeri sabah.

Namun ramai rakyat yang masih agak keliru dan mempunyai pelbagai persoalan. Antara persoalan yang popular adalah adakah dibenarkan untuk rentas daerah jika tempat tinggal dan tempat kerja adalah berlainan daerah? 

Setakat ini, berdasarkan kepada pengumuman tersebut, hanya essential services yang dibenarkan untuk merentas daerah. Mungkin anda boleh merujuk senarai essential services di portal Pejabat Perdana Menteri.

Terdapat kemungkinan juga bahawa surat kebenaran merentas daerah akan diperlukan untuk merentas daerah seperti yang telah dilaksanakan di daerah Tawau pada ketika ini, iatu dalam Tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Secara Pentadbiran. Maklumat tambahan berkaitan kebenaran merentas daerah akan diumumkan oleh pihak berkuasa pada masa terdekat ini.  

Sebelum ini, surat kebenaran adalah dikeluarkan oleh Pihak Polis. Oleh yang demikian, anda juga boleh menghubungi balai polis terdekat bagi mendapatkan pengesahan. Setakat ini pihak kami masih lagi menunggu respon dari pihak Majlis Keselamatan Negeri Sabah berkenaan hal ini. 

Di samping itu, Jemaah Menteri Sabah yang baharu sahaja dibentuk telah menyatakan komitmen bagi mengekang penularan Covid-19 dan membantu meringankan beban rakyat Sabah. Antara inisiatif tersebut adalah peruntukan RM 50 Juta di mana RM10 Juta diperuntukan untuk bakul makanan kepada empat daerah dalam zon merah. Kerajaan juga telah menubuhkan jawatankuasa Pengurusan Bencana Covid-19 Negeri bagi menggantikan Sabah Covid-19 Command Centre.



Latest posts in our blog

Read what's new this week
 

Selepas pandemik Covid-19 yang melanda seluruh dunia, dimana percutian terpaksa ditangguhkan, kini mulai pulih. Sempadan negara mulai dibuka dan pelancongan mulai rancak semula. Walaupun pandemik ini telah berakhir, namun langkah-langkah pencegahan penyebaran virus ini tidak patut diendahkan.

Trustpilot