Rohingya Siri 2 : Tuntutan dan permintaan pelarian Rohingya di Malaysia

25/04/2020
sumber gambar : Telegraph
sumber gambar : Telegraph

Rohingya di Bumi Malaysia

Baru-baru ini, isu pelarian rohingya di Malaysia menjadi viral dan menjadi bualan masyarakat Malaysia. Pelbagai reaksi yang diterima daripada rakyat Malaysia yang rata-rata menolak dan mendesak kerajaan untuk menyelesaikan isu ini dengan menghantar semula pelarian ini ke negara asal mereka. Ditambah lagi dengan wabak Covid-19 yang dihadapi oleh Malaysia. Rakyat Malaysia menghendaki agar kebajikan rakyat diutamakan.

Isu Pelarian rohingya sudah bermula pada awal lagi, namun mendapat pendedahan luas pada tahun 2015. Pada 10 Mei 2015, seramai 1,158 orang PATI Rohingya dan Bangladesh yang terdiri daripada 993 lelaki, 104 perempuan dan 61 kanak-kanak telah dicatatkan tiba di Pulau Langkawi, Kedah. Daripada jumlah tersebut, seramai 486 orang merupakan warga Myanmar manakala 672 orang adalah warga Bangladesh.

Susulan kejadian itu, Kementerian Dalam Negeri telah mengadakan satu Mesyuarat Penyelarasan antara agensi bagi membincangkan mengenai isu kebanjiran PATI ini pada 12 Mei 2015 yang melibatkan Kementerian Luar Negeri (KLN), Majlis Keselamatan Negara (MKN), Polis DiRaja Malaysia (PDRM), Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) dan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) (Kenyataan Media KDN 2015). Keputusan bersama telah diperolehi daripada semua pihak agensi penguatkuasa Malaysia iaitu bersetuju untuk membawa kesemua PATI tersebut dipindahkan ke Depoh Tahanan Imigresen Belantik, Kedah. Proses perpindahan tersebut akan melibatkan JIM, Tentera Laut DiRaja Malaysia (TLDM), Polis Marin PDRM dan APMM. Proses perpindahan kesemua PATI tersebut dilaksanakan secara berperingkat mulai 12 Mei 2015. (Hamzah, Daud, & Idris, 2016)


Mengapa Malaysia Menjadi Pilihan Pelarian Rohingya?

Malaysia dianggap sebuah negara yang selamat dan negara Islam yang mudah untuk dimasuki kerana kurangnya sekatan di sempadan dan mudah mendapatkan akses kepada pekerjaan walaupun secara haram. Mereka juga boleh mendaftar dengan UNHCR di Malaysia sebagai pelarian. Negara Bangladesh pula, dikenalpasti sebagai lokasi tempat pengumpulan dan pelabuhan bot-bot pembawa pelarian Rohingya dan penyeludupan migran Bangladesh.Bot-bot yang berlepas dari Bangladesh dianggarkan jumlahnya kira-kira 12 bot dengan anggaran 600-700 orang penumpang sekali berlepas. (Hamzah, Daud, & Idris, 2016)


Isu Pelarian Rohingya menjadi hangat semula  selepas sebuah bot yang membawa kira-kira 200 pelarian dari Rakhine dipintas Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) pada 16 April 2020.  TUDM menghalang bot dari Myanmar itu daripada memasuki perairan negara. Tindakan kerajaan ini adalah berasas kerana Malaysia pada masa kini dalam tempoh perintah kawalan berkurung bagi usaha membendung penularan wabak covid-19. Namun begitu, masyarakat dunia agak tidak setuju dengan tindakan negara malaysia berkenaan malah menyatakan alasan Malaysia menggunakan isu wabak covid-19 tidak sesuai dan tidak seiring dengan prinsipal agama Islam : Sumber : Malaysia Should not use coronavirus excuse reject rohingya refugees

Pada masa kini, Hingga akhir Februari 2020, terdapat sekitar 178,990 pelarian dan pencari suaka yang berdaftar dengan UNHCR di Malaysia. Sebanyak 154.080 berasal dari Myanmar, terdiri dari 101,010 Rohingya, 22.810 Dagu, dan 30.250 yang lain dari Myanmar. Pelarian ini tersebar di seluruh semenanjung Malaysia, yang mana paling ramai di selangor iatu sebanyak 66,030 orang. Sumber : UNHCR

Salah satu pernyataan daripada salah seorang Pelarian Rohingya yang telah ditemubual dalam satu kajian oleh Nizah, Azzis, & Hamzah, 2016  menyatakan bahawa :

Sebab-sebab utama saya dan rakan-rakan sewilayah datang ke Malaysia adalah kerana Malaysia sebuah negara Islam. Hidup atau mati, kami mahu di negara Islam dan mahu ditanam secara Islam. Malaysia negara selamat dan negara yang sangat baik. Di sini boleh cari rezeki dan telah ramai orang Rohingya hidup dengan selamat dan boleh makan serta bekerja. Thailand negara Buddha, kami tidak suka, mereka bukan muslim. Polis Malaysia baik dan tidak bersifat mengancam, kerajaan Malaysia lebih baik daripada negara sendiri, begitu juga Perdana Menteri Malaysia sangat baik kerana suka bantu masyarakat Islam yang sedang susah. Bantu kami orang Rohingya. Kami tidak ingin pergi ke negara lain untuk penempatan semula

Tuntutan dan Permintaan Pelarian Rohingya Di Malaysia

Jika melihat kepada statistik pelarian rohingya di Malaysia, ia mencapai angka yang agak besar iatu lebih kurang 101,010 orang, dan ini pun adalah rekod rasmi yang berdaftar dengan UNCHR. Terdapat kemungkinan ramai lagi pelarian rohingya di Malaysia yang tidak berdaftar dengan UNCHR. Proses untuk mendapatkan kad UNCHR dan mendaftar sebagai pelarian mengambil masa yang agak lama dan sukar.


Pada hari ini, pelarian Rohingya semakin besar malah mempunyai pertubuhan sendiri. Kini terdapat dua pertubuhan berkaitan etnik dari Myanmar itu seperti Pertubuhan Hak Asasi Manusia Etnik Rohingya Myanmar Malaysia (Mehrom) dan Majlis Rohingya Malaysia.

Pada 14 April 2020, terdapat beberapa tuntutan yang diminta oleh Pertubuhan Hak Asasi Manusia Etnik Rohingya Myanmar Malaysia (Mehrom). Tuntutan ini dihantar ke Kementerian Sumber Manusia melalui presiden pertubuhan ini iatu Zafar Ahmad bin Abdul Ghani. 

Antara tuntutan mereka kepada kerajaan Malaysia adalah:

  1. Memberi Kebenaran bekerja kepada Pelarian Rohingya untuk bekerja di sektor pekerjaan yang sesuai dengan mereka.
  2. mewajibkan majikan menginsuranskan pelarian Rohingya yang bekerja dengan mereka.
  3. mengurangkan kos rawatan dan merawat pencari suaka bagi kes berisiko
  4. Tidak menangkap pelarian rohingya yang bekerja atas dasar kemanusiaan.

Ramai rakyat Malaysia melihat tuntutan orang Rohingya ini tidak masuk akal dan tidak berasas. Isu pengangguran rakyat Malaysia masih banyak dan kini terpaksa bersaing dengan pelarian. 

Malaysia juga tidak menandatangani Konvensyen Berkaitan Status Pelarian 1951 atau Protokol 1967. Ini bermaksud Malaysia sebenarnya tidak terikat dengan perjanjian ini. Namun mungkin disebabkan desakan organisasi antarabangsa seperti PBB dan UNHCR menyebabkan Malaysia terpaksa akur.

Apakah Konvensyen 1951? 

Konvensyen 1951 mendefinasikan pelarian sebagai:

"... individu/kumpulan/sesiapa sahaja yang terpaksa meninggalkan negara asal mereka disebabkan ketakutan akan diseksa atas faktor nasional, agama, kewarganegaraan, penglibatan dan pandangan politik serta tidak mendapat sebarang sebarang perlindungan daripada negara tersebut (negara asal mereka)..."

Konvensyen 1951 merupakan perjanjian antarabangsa yang pertama bagi melindungi aspek-aspek fundamental pelarian. Ia juga menggariskan satu set hak asasi manusia yang perlu diberikan kepada pelarian. Konevensyen ini juga merupakan satu rangsangan kepada kepentingan tentang kerjasama antarabangsa termasuk kempen berkongsi beban "burden sharing" dalam menangani masalah-masalah global khususnya isu pelarian.


Konvensyen 1951 menggariskan variasi hak yang perlu diberikan kepada mereka. Ini termasuk, kebebasan beragama dan bergerak, hak untuk bekerja, pendidikan dan dokumen perjalanan. Yang lebih penting, negara tidak boleh menghantar pulang pelarian ke negara asal mereka dengan hujah mereka akan berhadapan dengan pelbagai ancaman di negara asal. 

Protokol 1967 pula  merupakan instrumen perundangan antarabangsa berkaitan perlindungan pelarian yang diwujudkan bagi menyelesaikan keterbatasan interpretasi dalam konteks georgrafi (di Eropah) dan waktu (kejadian yang berlaku sebelum 1951) yang terkandung dalam Konvensyen 1951. Negara yang menandatangani Konvensyen 1951 digesa agar menyetujui Protokol 1967 bagi memastikan pelarian mendapat perlindungan sewajarnya.  

Apakah hak-hak pelarian yang terkandung dalam konvensyen tersebut?

  1. Hak untuk tidak dihantar pulang secara paksa ke negara lain (termasuk negara asal) di mana pelarian tersebut mungkin berhadapan penganiayaan - Artikel 33
  2. Pengecualian/pembebasan daripada sebarang bentuk hukuman dari memasuki mana-mana wilayah/kawasan di negara parti secara tidak sah - Artikel 31
  3. Hak untuk mendapatkan pekerjaan - Artikel 17
  4. Hak untuk mendapatkan penempatan/perumahan - Artikel 21
  5. Hak untuk mendapatkan pendidikan - Artikel 22
  6. Hak untuk mendapatkan bantuan umum/sokongan - Artikel 23
  7. Hak untuk kebebasan beragama dan akses kepada pengadilan - Artikel 4 dan 16
  8. Hak dan kebebasan bergerak - Artikel 26
  9. Hak untuk diberikan status/identiti dan dokumen perjalanan sah - Artikel 27 dan 28 Sumber : SUARAM 



MASIH MENCARI INFO ? GUNAKAN RUANGAN SEARCH DI BAWAH. ANDA MUNGKIN TERKEJUT DENGAN PENEMUAN ANDA!


IKUTI KAMI LAMAN FACEBOOK UNTUK INFO TERKINI


Latest posts in our blog

Read what's new this week
 

Kini, Platform iShareFans telah ditutup dan menyebabkan ramai ahli kerugian sehingga ribuan ringgit. Sebelum ini kami sudah telah memberikan amaran bahawa operasi isharefans ini meragukan dan adalah scam. Kami adalah yang terawal memberikan review tentang platform ini iatu pada awal bulan oktober.

Ramai rakyat Malaysia yang terkesan dengan wabak Covid-19 seperti kehilangan pendapatan atau terjejas sebahagian pendapatan. Kerajaan Malaysia prihatin dengan kesusahan rakyat. Sebelum ini, terdapat cadangan agar duit caruman Akaun 1 KWSP boleh dikeluarkan bagi meringankan beban kewangan rakyat.

Trustpilot