Ringkasan Ucapan Perutusan Khas Perdana Menteri 10 Mei dan Video penuh-PKPB sambung 4 Minggu

Perutusan Khas Perdana Menteri, YAB Tan Sri Muhyiddin Yassin adalah satu peristiwa yang selalu ditunggu oleh rakyat Malaysia. Kemunculan Perdana Menteri di kaca TV disambut dan ditunggu seperti menunggu pengumuman Hari Raya. Rakyat Malaysia akan menonton perutusan tersebut baik dari siaran televisyen atau siaran langsung di media sosial seperti Facebook Live, dan Youtube Live.
Mengapa Perutusan Khas ini penting?. Ini kerana Perdana Menteri akan mengumumkan perkara yang berkaitan dengan keadaan semasa Malaysia. Pada masa kini, Malaysia masih di dalam Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB).
Perdana Menteri akan mengumumkan Apakah tindakan dan langkah kerajaan seterusnya dalam menangani wabak Covid-19 ini. Pasti persoalan yang paling besar yang berlegar di mulut rakyat adalah Adakah PKP di Malaysia akan dilanjutkan? Apakah langkah kerajaan untuk membantu rakyat di masa sukar ini?
Rakaman Video Perutusan Khas Perdana Menteri Malaysia 10 Mei 2020
Anda terlepas perutusan Khas Perdana Menteri hari ini? Kami sediakan ringkasan intipati utama ucapan beliau bagi memudahkan pemahaman anda.
Intipati Utama Perutusan Perdana Menteri Malaysia 10 Mei 2020.
- Kes covid-19 di Malaysia adalah terkawal.Malaysia tangga keempat daripada 105 negara. hanya tinggal 4 kawasan zon merah
- 6.64 juta pekerja telah kembali bekerja bagi membolehkan sektor ekonomi Malaysia beransur-ansur pulih. Rakyat diseru agar terus mengamalkan penjarakan sosial, pakai pelitup muka dan elakkan perhimpunan sehingga vaksin ditemui. Proses vaksin dihasilkan mengambil masa dalam tempoh 12-18 bulan.
- PKPB atau Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat akan disambung/diteruskan 12 Mei sehingga 9 Jun 2020 iatu tempoh selama 4 minggu.
- Larangan pergerakan antara negeri masih berkuatkuasa, Tiada perjalanan balik kampung dibenarkan. ziarah Perayaan dibenarkan dengan syarat hanya dalam Negeri yang sama dan perkumpulan tidak melebihi 20 orang.
- SOP Solat Jemaah akan diumumkan pada masa terdekat selepas mendapat perkenan oleh YDPA. SOP Rumah Ibadat Agama bukan Islam akan turut dibentuk.
- Pergerakan Rentas Negeri akan diberikan kelonggaran. Mohon melalui Gerak Malaysia atau datang ke balai polis berdekatan. Misalnya Negeri Semenanjung ingin balik ke Negeri Sabah.
- Rayuan BPN dilanjutkan hingga 31 Mei 2020. Pemohon boleh datang ke Kaunter LHDN atau menghantar email bermula 11 Mei 2020. Setakat ini sebanyak 2.3 juta permohonan diluluskan untuk permohonan baru dan rayuan menjadikan 10.6 juta penerima BPN.
- PKPD mungkin akan dikuatkuasakan pada kawasan yang mengalami peningkatan Kes Covid-19.
Diharapkan anda semua terus bersabar dan mematuhi segala peraturan pihak berkuasa dan mengamalkan amalan kesihatan dan kebersihan seperti penjarakan sosial dan pemakaian pelitup muka di luar rumah.
Teks Ucapan Penuh Perutusan Perdana Menteri 10 Mei 2020 boleh dirujuk di sini. Muat Turun Teks Ucapan BM
KERETA SEWA DI KOTA KINABALU? HUBUNGI SEKARANG, PROMOSI
JAWAPAN KEPADA PERSOALAN ANDA