Pada hari ini, admin ingin kongsikan pelbagai bantuan yang anda boleh mohon. Rupanya, banyak jenis bantuan yang ditawarkan oleh kerajaan Malaysia melalui Jabatan Kebajikan Masyarakat.
Ringkasan Perutusan Khas Perdana Menteri 5 Jun 2020: PENJANA
Kemunculan Perdana Menteri di paparan televisyen ataupun siaran "Live" di saluran media sosial paling ditunggu-tunggu oleh warga Malaysia seperti seorang artis terkenal yang akan membuat kemunculan.
Beliau sudah hampir lebih daripada 2 minggu tidak membuat kemunculan kerana dikuarantin disebabkan disyaki dijangkiti Covid-19, namun syukur, keputusannya adalah positif.
Pada 5 Jun 2020, Perdana Menteri Malaysia, Tan Sri Muhyiddin Yassin telah menyampaikan perutusan khas yang bertajuk: PELAN JANA SEMULA EKONOMI NEGARA (PENJANA) dan bertemakan "Bersama Menjana Ekonomi".
Dalam artikel ini, kami membantu anda untuk mendapatkan isi penting yang terkandung dalam teks ucapan beliau. Ini bagi memudahkan anda untuk memahami dan tidak perlu membaca teks ucapan berkenaan yang agak panjang, Perdana Menteri telah menyampaikan ucapan tersebut hampir 1 jam lamanya.
Ringkasan Teks Ucapan Perdana Menteri 5 Jun 2020.
Ucapan Penghargaan Dan Terima Kasih
Perdana menteri merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada semua petugas barisan hadapan di atas pengorbanan dan komitmen yang dicurahkan dan terima kasih kepada rakyat Malaysia kerana patuh dengan peraturan dan SOP PKPB. Tahniah kepada anda!
Keadaan Ekonomi Dunia Meleset
Ekonomi dunia kini menghadapi krisis yang terburuk sejak zaman Kemelesetan Ekonomi atau Great Depression pada tahun 1930-an. Penggangguran akan meningkat kepada dua angka dan penguncupan ekonomi negatif 3 peratus di negara maju.
Malaysia tidak terkecuali. kadar pengangguran dijangka akan meningkat kepada 5.5 peratus atau lebih 860,000 orang penganggur untuk keseluruhan tahun 2020.
Pakej Rangsangan Ekonomi yang telah dilaksanakan
- Pakej PRIHATIN
- PRIHATIN PKS
- Pembukaan beberapa sektor ekonomi pada 4 Mei 2020 lalu.
Pakej-pakej rangsangan ekonomi yang telah dilaksanakan oleh
kerajaan telah berjaya menyelamatkan lebih 2.4 juta pekerjaan, mengurangkan beban
4
aliran tunai hampir 11 juta rakyat serta memberi sokongan kepada lebih 300 ribu
syarikat.
4. Strategi menangani COVID-19
- Ketegasan (Resolve),
- Ketahanan (Resilience),
- Memulakan semula (Restart),
- Pemulihan (Recovery),
- Memperkasa (Revitalise) dan
- Menyusun Semula (Reform).
Pada masa kini, Malaysia sudah memasuki fasa keempat iaitu Pemulihan atau Recovery.
5. Pelan Jana Semula Ekonomi Negara (PENJANA)
Tema
"Bersama Menjana Ekonomi"
3 teras utama iaitu: Memperkasakan Rakyat (Empower People); Melonjakkan Perniagaan (Propel businesses); dan Merangsang Ekonomi (Stimulate the economy).
Inisiatif Kerajaan dalam PENJANA
Secara keseluruhan, terdapat 40 inisiatif bernilai RM35 bilion di bawah PENJANA. RM10 bilion merupakan suntikan fiskal langsung daripada Kerajaan.
Pengekalan Pekerjaan : Peruntukan RM 3 bilion.
Perluasan Program Subsidi Upah bernilai RM5 bilion dilanjutkan selama 3 bulan lagi dengan kadar RM600 sebulan untuk
setiap pekerja sehingga maksima 200 pekerja bagi setiap syarikat.
sektor pelancongan dan sektor-sektor yang tersenarai dalam
aktiviti ekonomi yang dilarang sepanjang tempoh PKPB, serta telah diarahkan
mengambil cuti tanpa gaji, majikan boleh memohon subsidi upah dengan syarat
pekerja tersebut menerima bayaran subsidi secara langsung.
Program Insentif Pengambilan Pekerja berjumlah RM1.5 bilion
syarikat akan diberikan insentif
kewangan untuk memberi pekerjaan kepada golongan penganggur dan belia.
- Pertama: Insentif bagi menggaji penggangur berumur di bawah 40 tahun sebanyak RM800 sebulan bagi setiap pekerja; dan
- Kedua: Insentif bagi menggaji penganggur berumur 40 tahun dan ke atas dan golongan OKU sebanyak RM1,000 sebulan.
Insentif ini akan diberikan selama 6 bulan.
insentif kepada majikan
yang menyediakan peluang perantis kepada lepasan sekolah dan graduan pada
kadar RM600 sebulan.
Program Peningkatan Kemahiran ; Peruntukan RM 2 Bilion
Elaun latihan sehingga RM4,000 boleh dituntut daripada PERKESO oleh mereka yang
hilang pekerjaan, walaupun mereka bukan pencarum di bawah Skim Insurans
Pekerjaan.
program latihan dan penempatan (place
and train), pelaksanaan kursus jangka pendek di institusi-institusi terpilih dan subsidi
latihan.
program peningkatan kemahiran (upskilling) di dalam industri penting seperti elektrik dan elektronik serta teknologi maklumat dan komunikasi dan menggalakkan
penyambungan pembelajaran melalui kursus jangka pendek dan subsidi latihan.
Keselamatan Sosial dan Kebajikan Golongan Gig : Peruntukan RM 75 Juta.
Mungkin ada pertama kali mendengar istilah gig kan? Gig ekonomi adalah sebuah model ekonomi yang memerlukan organisasi atau perniagaan beroperasi dengan bergantung kepada pekerja bebas. Siapa pekerja bebas itu? Mereka sekumpulan individu yang mempunyai pekerjaan sementara atau fleksibel. Contohnya adalah Perniagaan dalam talian, grab dan uber serta freelance (separuh masa).
- Geran sejumlah RM50 juta dalam bentuk dana padanan akan diperuntukkan bagi platform ekonomi gig untuk mencarum bagi pekerjanya di bawah Skim Bencana Pekerjaan PERKESO dan Skim i-Saraan KWSP
- Peruntukan sebanyak RM25 juta kepada MDEC bagi program Global Online Workforce (GLOW) yang bertujuan untuk membimbing rakyat Malaysia menjana pendapatan dalam talian melalui pelanggan antarabangsa
Jawatankuasa Khas Pekerjaan Nasional akan dipertanggungjawabkan untuk menyelaras dan memantau pelaksanaan kesemua inisiatif di atas.
Inisiatif Lain PENJANA
Galakan Work From Home
Pengecualian cukai pendapatan sehingga RM5,000 kepada pekerja yang
menerima manfaat dalam bentuk telefon bimbit, komputer riba atau tablet daripada
majikan.
Taska : Meningkatkan keyakinan ibu bapa
- Geran kepada pengendali taska untuk mematuhi dan melaksanakan SOP yang ditetapkan,
- e-Baucar akan 8 disediakan untuk perkhidmatan pengasuh kanak-kanak yang ditempah dalam talian.
- Insentif cukai pendapatan individu untuk yuran yang dibayar kepada taman asuhan dan taman didikan kanak-kanak sehingga RM3,000
Program MY30
RM30 sahaja sebulan untuk
menikmati pas perjalanan tanpa had bagi pengangkutan awam di bawah seliaan
Prasarana di Lembah Klang bermula 15 Jun hingga akhir tahun 2020.
Bantuan kumpulan sasar seperti OKU dan ibu tunggal
Bantuan one-off sebanyak RM300 sebelum Hari Raya Aidiladha.
GLC Penjana Komuniti
Menggalakkan GLC
mengangkat sesebuah komuniti dan menjalankan usaha bagi membangunkan
keupayaan sosio-ekonomi komuniti tersebut.
PEKA B40
Penambahan peruntukan sebanyak RM50 juta bagi membiayai saringan kesihatan dan kemudahan peralatan perubatan.
Data Internet Percuma
Galakan Perniagaan digital atau atas talian : RM 140 Juta
Peruntukan berjumlah RM 140 Juta. Peruntukan ini akan digunakan untuk sesi latihan, subsidi penjual dan bantuan penjualan. Inisiatif ini akan diterajui oleh MDEC bersama platform e-dagang yang terpilih.
Kempen "Shop Malaysia Online" : RM 70 Juta
Menggalakkan rakyat berbelanja secara atas talian, di mana
kod promosi dan pelbagai baucar diskaun akan diberi melalui platform e-dagang.
Geran dan pinjaman untuk PKS dan syarikat di peringkat pertengahan atau mid-tier companies : RM 700 Juta.
- RM100 juta Geran Padanan Digital PKS yang akan disediakan dengan kerjasama syarikat telekomunikasi;
- RM500 juta di bawah Dana Transformasi Teknologi PKS sebagai pinjaman mudah; dan
- RM100 juta Geran Automasi Pintar, di mana setiap syarikat yang layak akan menerima geran sehingga RM1 juta.
Skim Pembiayaan PKS PENJANA: RM2 bilion
Pembiayaan ini boleh dipohon mulai pertengahan Jun 2020 dengan had sehingga RM500 ribu bagi setiap PKS.
Skim Pembiayaan Pelancongan PENJANA : RM 1 Bilion
Pembiayaan Mikro PENJANA
Pinjaman Mikro Bank Simpanan Nasional dan TEKUN Nasional sebanyak RM400 juta di mana RM50 juta akan dikhususkan kepada usahawan wanita.
Pembiayaan Bumiputera
RM200 juta akan ditawarkan melalui Perbadanan Usahawan Nasional Berhad
(PUNB). Selain itu, RM300 juta akan disalurkan kepada MARA di mana usahawan
Bumputera termasuk institut kemahiran yang terjejas boleh mendapatkan pembiayaan
untuk modal kerja.
Skim SME-GO
Pembiayaan kepada 16,000 kontraktor
Gred G2 dan G3 yang berkelayakan dan telah mendapat projek di bawah PRIHATIN.
Bagi memberi kemudahan kepada pihak kontraktor, tiada cagaran atau deposit perlu
disediakan.
Insentif Cukai Pelbagai Bentuk
Potongan cukai berkait dengan perbelanjaan untuk
operasi dalam kebiasaan baharu seperti pembelian PPE dan kos ujian saringan. remisi penalti untuk bayaran lewat cukai
dan juga melanjutkan tempoh perbelanjaan pengubahsuaian dan pembaharuan
premis. Tambahan lagi, Elaun Modal Dipercepatkan dan potongan cukai khas
sebanyak 30 peratus bagi pengurangan sewa premis akan dilanjutkan.
Geran Padanan Perusahaan Sosial
Geran padanan melalui Malaysian Global Innovation and Creativity
Center (MaGIC) berjumlah RM10 juta kepada Perusahaan Sosial yang berjaya
mengumpul sumbangan untuk melaksanakan projek sosial bagi menangani isu yang
dihadapi oleh komuniti sasar dengan menggunakan kaedah inovatif.
Galakan Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS)
- Rebat cukai pendapatan sehingga RM20,000 bagi setiap tahun untuk tempoh tiga tahun taksiran pertama tertakluk kepada syarat yang ditetapkan. Rebat cukai pendapatan ini diberikan kepada syarikat baharu yang ditubuhkan dan beroperasi antara 1 Julai 2020 dan 31 Disember 2021.
- Pengecualian duti setem ke atas surat cara berkaitan percantuman atau pemerolehan bagi transaksi yang disempurnakan antara 1 Julai 2020 hingga 30 Jun 2021
Anda boleh mendapatkan teks ucapan penuh Perdana Menteri di portal PMO atau menonton rakaman video perutusan khas Perdana Menteri 5 Jun 2020 berikut:
TIPS DAN PANDUAN SETERUSNYA
Read what's new this week
Malaysia memulakan tahun 2021 dengan cabaran gelombang kedua wabak Covid-19 dan terpaksa melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan PKP di seluruh negara kecuali Negeri Sarawak.
Negara Malaysia sekali lagi dilanda gelombang kedua wabak Covid-19 yang mana hampir semua negeri dikenakan PKP kecuali negeri Sarawak. Malah kes jangkitan virus adalah sangat tinggi yang mencecah ribuan kes setiap hari.
Raiz Investment Review : Simpan dan Labur
Anda minat melabur? tetapi modal yang ada hanya sedikit? Kini anda boleh membuat pelaburan dengan jumlah pelaburan yang minimum serendah RM5 dengan RAIZ.
Penjawat Awam Akan Menerima Bantuan Khas Pada 25 Januari 2021 dan Kategori Layak dan Tidak Layak
Melalui Belanjawan 2021, Kerajaan telah bersetuju untuk memberikan Bantuan khas Kewangan Tahun 2021 dibayar kepada pegawai Perkhidmatan Awam Kumpulan Pengurusan dan Professional serta kumpulan pelaksana Gred 56 dan ke bawah. Bayaran ini akan turut diberikan kepada pesara Kerajaan yang menerima pencen dan veteran tidak berpencen.
Anda telah memohon Geran Khas Prihatin 2.0 tetapi gagal? ketahui Alasan tidak lulus?
Baru-baru ini, Malaysia heboh dengan scam platform menjana pendapatan secara mudah dalam talian seperti isharefans dan likeshare. Kini platform ini telah ditutup menyebabkan ramai yang menjadi mangsa scam dan kerugian ribuan ringgit.
Kini, Platform iShareFans telah ditutup dan menyebabkan ramai ahli kerugian sehingga ribuan ringgit. Sebelum ini kami sudah telah memberikan amaran bahawa operasi isharefans ini meragukan dan adalah scam. Kami adalah yang terawal memberikan review tentang platform ini iatu pada awal bulan oktober.
Kerajaan telah melancarkan program bagi membantu rakyat yang mengalami kesukaran ketika dalam wabak Covid-19 ini. Tekanan daripada rakyat akhirnya kerajaan bersetuju untuk memberikan kebenaran pengeluaran KWSP Akaun 1 melalui program i-Sinar.