Rayuan GKP akan Berakhir 15 Jun: Ini Cara Mudah Memohon

14/06/2020

Geran Khas Prihatin (GKP) untuk PKS adalah bantuan one-off sebanyak RM3000 untuk para peniaga kecil sederhana dan mikro. Bantuan ini diberikan oleh kerajaan bagi membolehkan para peniaga ini dapat survive dan sekurang-kurangnya dapat membantu mereka. Majoriti peniaga kecil kehilangan pendapatan semasa dalam tempoh PKP dan PKPB kerana tidak dibenarkan untuk beroperasi.

Permohonan GKP ini telah berakhir pada 31 Mei 2020. Keputusan permohonan GKP ini boleh mula disemak pada 3 Jun 2020. Ramai pemohon GKP yang mendapat keputusan mendukacitakan seperti TIDAK LULUS. Ramai yang gagal disebabkan dokumen yang tidak lengkap.

Kerajaan telah memberikan semula peluang kepada mereka dengan membuka permohonan rayuan GKP bermula 3 Jun 2020. Permohonan rayuan ini akan berakhir pada esok iatu 15 Jun 2020.

Apakah dokumen-dokumen yang diperlukan untuk permohonan rayuan ini? Jenis dokumen sokongan yang perlu dimuat naik di portal GKP adalah mengikut jenis alasan permohonan anda tidak lulus. Anda boleh membuat rujukan di sini : Rayuan Geran Khas Prihatin (GKP) : Panduan Penting Yang Anda Harus Tahu

Cara dan langkah-langkah Rayuan GKP.

Anda boleh mengikut langkah-langkah berikut untuk pengisian permohonan rayuan GKP.

  1. Masuk ke BANTUAN GERAN KHAS PRIHATIN (GKP) URL - https://gkp.hasil.gov.my/  dan klik Butang Log Masuk.
  2. Masukkan No. Kad Pengenalan/MyKad 12 Digit (cth: 123456107890) serta kata laluan yang telah didaftarkan dan klik butang Semak. 
  3. Setelah log masuk, pemohon boleh melakukan semakan Status Permohonan bagi permohonan yang telah didaftarkan. 
  4. Bagi permohonan yang berstatus Tidak Lulus berdasarkan alasan tidak lulus yang tertentu, butang Permohonan Rayuan akan dipaparkan untuk membuat Rayuan GKP. 
  5. Pemohon klik butang Permohonan Rayuan. 
  6. Pilih Jenis Dokumen Sokongan dan Nama Dokumen Sokongan yang diperlukan untuk di muat naik. Seterusnya klik butang Muat Naik. Sekurang-kurangnya Satu dokumen sokongan diperlukan
  7. Klik tanda bersetuju pada ruang Perakuan Pemohon sekiranya bersetuju dengan syarat-syarat yang ditetapkan dan kemudian klik butang Hantar permohonan Rayuan. 
  8. Setelah Permohonan Rayuan Berjaya dihantar pemohon boleh melakukan semakan pada bahagian Dokumen Sokongan di Paparan Maklumat GKP. Sila tekan OK. 

Mudah sahaja kan. Keputusan bagi Rayuan GKP akan diketahui pada 22 Jun 2020 dan pembayaran bagi rayuan yang lulus adalah pada 29 Jun 2020. Bantuan RM3000 berkenaan akan dimasukkan ke dalam akaun yang telah anda daftarkan.

Panduan lebih lanjut cara-cara permohonan rayuan GKP yang telah disediakan oleh pihak LHDN.

Latest posts in our blog

Read what's new this week
 

Kini, Platform iShareFans telah ditutup dan menyebabkan ramai ahli kerugian sehingga ribuan ringgit. Sebelum ini kami sudah telah memberikan amaran bahawa operasi isharefans ini meragukan dan adalah scam. Kami adalah yang terawal memberikan review tentang platform ini iatu pada awal bulan oktober.

Trustpilot